Semasa aku tgh stdy kat PKP td, tiba-tiba rasa bosan menegur aku... Aku pun ape lagi, layan la bosan 2... Brenti stdy jap, dan aku ternmpk Utusan Malaysia yg bertarikh 11 April 2008(Jumaat). Aku pun belek2 la Utusan Malaysia 2... Sampai je kat berita dunia, aku agak terkejut ckit la dgn satu tajuk berita 2... Tajuknye " Muslim boleh minum arak?". Kalau ade yg x baca lagi berita 2, kat bwh ni ade aku tulis balik... Lps hbs baca, sama2 la kita bincangkan isu ni k...
Muslim boleh minum arak?
DOHA, Qatar 10 April - Ulama terkenal, Dr. Yusuf al-Qaradawi hari ini mengeluarkan fatwa yang membenarkan alkohol menjadi minuman kepada umat Islam dengan hanya bersyaratkan, mesti dalam jumlah yang kecil.
Fatwa tersebut disiarkan kelmarin dalam akhbar Al Arab yang menyebut ulama kelahiran Mesir itu membenarkan alkohol atau arak diminum dengan jumlah yang sedikit terutama yang dihasilkan melalui penapaian asli dan ia didapati tidak melanggar ajaran Islam.
"Kehadiran arak dalam lingkungan 0.5 peratus tidak menjadi larangan kerana ia terlalu minimum dari aspek kuantiti, lebih-lebih lagi jika dihasilkan melalui penapaian asli.
"Jadi, tidak salah untuk kita menggunakannya termasuklah untuk diminum, " kata Yusuf.
Fatwanya ini dijangka menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam itu sendiri.
"Fatwa terbaru al-Qaradawi ini boleh menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam," kata Editor akhbar Ash-Sharq, Abdullatif al-Mahmud.
Namun ketika dihubungi oleh agensi berita AFP, Yusuf berkata, kebenaran ini menimbulkan kontroversi kerana orang ramai tidak difahami perkara ini secara betul dan tepat.
-AFP
Dah baca kn? Mcm mana? Ape pendapat kwn2... Ulama yg terkenal yg ckp 2... Bkn calang2 org plak 2...hmmm...Mesti byk kekeliruan yg akan berlaku. Benda yg haram boleh jd halal plak.. Kalau ade sebarang cadangan atau pendapat, bagi la k.. Aku amat mengalu-alukan...
"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."