Sahabat@Dusun Bayu

Sunday, January 24, 2010

Jangan Salah Sangka

Salam...

Pertama sekali aku nak mntk maaf kat sape2 la yg terasa dgn entri

Semangat Canselorian

kat bawah tu...

Bukan nak tunding salah kat sape2...

Cuba baca balik entri tu betul2...


"Tanyalah kepada adik-adik junior KC... Mereka tahu ke x apa itu semangat canselorian...

Entah-entah ada lagi yg tidak tahu..."


Aku x ckp semua junior xtau apa itu semangat canselorian...

Entri tu bukan utk menunding sapa2 yg salah...

Bukan jugak nak cari apa punca semangat canselorian tu makin kurang...

Tapi, nak bagi semangat kat adik2 yg masih tinggal kat KC utk naikkan semula semangat canselorian tu...

Ktorg yg senior dan alumni KC akan sentiasa menyokong korg semua...

Tak ada isu nak tunding jari kat sape2 k...

Kepada sape2 yg salah anggap tu...

Aku mintak maaf k...

Mungkin semangat canselorian tu dah ada dalam diri korg...

Sbb tu korg terasa...

Semoga Semangat Canselorian tu akan tersemat dalam diri semua warga KC...

~~~.......Ape yg aku buat semuanya salah pada pandangan mereka yg tidak mengerti...~~~

Pilihan Raya Kampus: Good Luck kepada sahabat-sahabat yg bertanding

Salam...

Pilihan Raya Kampus (PRK) kembali lagi...

Kepada sahabat-sahabat yg bertanding, semoga beroleh kejayaan...

Bukan senang nak jadi pemimpin...

Bukan senang jugak nak pilih pemimpin yang baik...

Kalau dah dipilih menjadi MPP nanti, jalankanlah amanah yg telah diberikan kepada anda semua dengan baik & tidak mengabaikan tanggungjawab anda...

Semoga semuanya berjalan dengan lancar...

~~~.......Semua orang boleh jadi pemimpin...~~~

Semangat Canselorian

Salam...

Semangat Canselorian...

Masih adakah lagi semangat itu dalam kalangan warga Kolej Canselor sekarang ini...?

Apa yg jelas sekarang, semangat itu semakin kurang...

Tanyalah kepada adik-adik junior KC... Mereka tahu ke x apa itu semangat canselorian...

Entah-entah ada lagi yg tidak tahu...

Semangat Canselorian ni sbnrnya bergantung kepada diri kita sendiri...

Tapi, kebanyakan budak kolej sekarang lebih suka jadi "beruk bilik" je...

Aku dah hampir 4 tahun berada di Kolej Canselor ini...

Aku bangga berada di kolej yg megah ini...

Aku yakin semangat canselorian itu sentiasa mengalir dalam tubuhku...

Mungkin tak semua rasa apa yg aku rasa...

Mungkin tak semua tahu mcm mana semangat canselorian yg aku rasa...

Apa-apa pon, semoga adik-adik junior KC naikkan semula semangat canselorian dalam diri korg semua k...

Teruskan kecemerlangan & kegemilangan KC...

~~~......Sedih nak meninggalkan Kolej Canselor & UPM...~~~

Saturday, January 23, 2010

Nostalgia Fesnik 2009

Salam...

Untuk entri kali ni Poet Dusun Bayu ingin mengimbau kembali nostalgia
Festival Nasyid Interkolej (Fesnik 2009) UPM
thn lepas...


Alhamdulillah...
Berkat kesungguhan rakan-rakan & pihak pengurusan Kolej Canselor,
utk Fesnik 2009 kumpulan nasyid

Da Voice telah berjaya mendapat tempat naib johan

dan

kumpulan nasyid Humairah mendapat tempat ketiga...


Syukur sangat-sangat sebab dapat mengharumkan nama Kolej Canselor...

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yg lain...

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan yg byk membantu...

Terima kasih juga kepada semua yg terlibat secara langsung & tidak langsung...

Terima kasih juga kepada warga kolej canselor yg menyokong kami...

Kumpulan Da Voice...

Kami dpt Naib Johan... Hehe...

Kepada sahabat-sahabat yg nak tgk persembahan ktorg... Tengok la kat video kat bawah k... Maaf la kualiti video x berapa nak ok... Thanks la kpd yg sudi upload kat youtube...



Kepada adik-adik yg masih tinggal di KC, teruskan kecemerlangan KC k...

~~~...........Mode mengenang kembali sejarah di Kolej Canselor...~~~

Thursday, January 21, 2010

Kolej Canselor Terus Gemilang

Salam...

Hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi aku akan meninggalkan Kolej Canselor yg tercinta ini...

Setelah hampir 4 tahun aku menginap di Kolej Canselor, sudah masanya aku meninggalkan kolej yg tercinta ini...

Banyak kenangan yg tidak akan aku lupakan sepanjang berada di kolej ini...

Tempat aku belajar banyak perkara...

Tempat aku dilahirkan sebagai pemimpin...

Tempat aku menimba pengalaman...

Tempat aku berjumpa dengan sahabat-sahabatku...

Tempat aku mengenali insan yg aku cinta & sayangi...

Tempat aku bergembira dan bersedih...

Semuanya tidak akan aku lupakan...

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yg ku kenali sepanjang berada di sini...

Terima kasih kepada pentadbiran KC...

Terima kasih semua...

Lagu Kolej Canselor Terus Gemilang ini sangat bermakna bagi aku...

Setiap perkataanya sangat memberikan kesan kepadaku...

Semoga semangat canselorian warga KC semakin meningkat...

Kekal Cemerlang....!!!



Terima Kasih Kolej Canselor...

~~~.....Sedih nak meninggalkan KC dan sahabat-sahabatku...~~~

Tuesday, January 19, 2010

Majlis Makan Malam Rasmi (MMMR) Kolej Canselor 2009/2010

Salam...

Majlis Makan Malam Rasmi (MMMR) Kolej Canselor 2009/2010 sudah pun berakhir...

Sekalung penghargaan & tahniah diucapkan kepada pihak pentadbiran Kolej Canselor & semua AJK pelaksana MMMR yg telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Makan Malam yg cukup gemilang...

MMMR kali ini semestinya telah meninggalkan memori yg terindah kepada para pelajar tahun akhir yang diraikan...

Kepada penerima anugerah, Tahniah diucapkan kepada anda semua...

~~~.....Cukup untuk entri kali ini... Entri seterusnya akan menyusul nanti...~~~

Saturday, January 16, 2010

Belum Sempat Meng"update" blog...

Salam...

Pemilik Dusun Bayu mahu berehat utk meng"update" blog kesayangan ku ini...

Berehat untuk seketika sahaja...

Bukan utk selama-lamanya...

Hehe...

Kepada sahabat-sahabat blogger sekalian, InsyaAllah blog ini akan diupdate selepas ini...

Terima kasih kerana masih setia mengikuti perkembangan blog ini...

Singgahlah lagi k...

~~~......Banyak yg nak dikongsikan dgn sahabat-sahabat blogger sebenarnya... Tapi belum ada kesempatan nak kongsikan dgn sahabat-sahabat sekalian...~~~

Saturday, January 2, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Salam...

Selamat menyambut tahun baru

2010

kepada semua sahabat2 blogger Poet Dusun Bayu...

Semoga tahun 2010 ini kita semua akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini...

Lebih baik dari pelbagai aspek...

Tak kiralah dari segi agama...

Dari segi pendidikan...

Dari segi pelajaran...

Dari segi pergaulan...

Dari segi perhubungan...

Dari segi kekeluargaan...

Dari segi kemasyarakatan...

Dan sebagainya... Hehe...

Yang penting, walau apa pun yg kita lakukan... Niat kena betul & ikhlas...

Semoga kita semua akan mencapai impian kita k...

Nak tau x apa azam baru Poet Dusun Bayu...?

Hmmm... Entah la... xtau la apa azam tahun ni...

Macam yg aku cakap tadi la... Nak jadi yg lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini...

Hehe...

Ok la... Poet Dusun Bayu nak ucapkan selamat tinggal kepada tahun 2009...

Banyak kisah suka duka yg aku lalui sepanjang tahun 2009...

Kisah gembira...

Kisah duka...

Kisah-kisah yg akan menjadi sejarah dan kenangan hidupku...

Tahun silih berganti...

Usia pun semakin meningkat... Masa depan semakin berada di depan mata...

Semoga semua impian aku akan tercapai...

Semoga aku mampu membahagiakan & mengembirakan semua org terutamanya insan-insan yang aku sayangi dalam hidupku...

Semoga tahun 2010 ini akan membawa lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan kepadaku...

Semoga dunia semakin aman...

Banyaknya semoga... Hehe... Ok la... Setakat ni dulu la utk entri kali ni...
Kepala den dah pening ni... Nak berehat dulu...

Wslm...

~~~.........Kalau azam nak kawen thn ni boleh x...? Hehe...~~~

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA BONDAKU YG TERCINTA

Salam...

Hari ini 02 Januari 2010... Genaplah 50 Tahun usia bondaku yg tercinta...

SELAMAT HARI LAHIR AKU UCAPKAN KEPADA BONDAKU YG TERCINTA...

SAPTUYAH BT. ABANG DAI

Semoga bondaku dipanjangkan usianya & sihat-sihat hendaknya...

Semoga kebahagiaan & kegembiraan sentiasa mengiringi kehidupan bondaku...

Semoga dilimpahkan rezeki yg banyak...

Terima kasih anakanda ucapkan kerana telah membesarkan anakanda dengan penuh kasih sayang yg tidak terhingga nilainya...

Terima kasih untuk setiap pengorbanan yg telah bonda lakukan untuk anakanda...

Maafkan anakanda sekiranya anakanda banyak menyusahkan bonda selama ini...

Saat ini, anakanda betul-betul rindukan bonda...

InsyaAllah lepas praktikal nanti, anakanda akan pulang menemui bonda...

Dari anakandamu,

Azwandy Muhamad
Bilik 116, Blok Murni,
Kolej Canselor, UPM.
01:59 pagi (Sabtu)

~~~...... Nak bagi hadiah ape eh kat mak saya... Bagi cadangan sikit... Hehe...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker