Sahabat@Dusun Bayu

Monday, August 8, 2011

Kakitangan Awam Dapat Bonus Raya Setengah Bulan Gaji

Salam...

Berita GEMBIRA...
Kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan...

Bonus Raya 2011 kepada kakitangan awam & pesara kerajaan...

Syukur alhamdulillah.....

Kerajaan bersetuju membayar bonus kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 iaitu setengah bulan gaji @ minimum RM500.

Buat pesara kerajaan, mereka akan menerima bayaran khas sebanyak RM500. Pembayaran bonus dan bayaran khas ini akan di buat pada pertengahan Ogos 2011 ini.

Di jangkakan  pemberian bonus kakitangan awam Hari Raya Aidilfitri 2011 iaitu setengah bulan gaji @ minimum RM500 dan bayaran khas untuk pesara ini dapat meringankan beban mereka dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Untuk rekod, Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian 2 bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini iaitu bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas Hari Raya Aidilfitri.

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker