Monday, August 23, 2010

Jom Uji Mata Anda

Salam...

Untuk enrti kali ini, Poet Dusun Bayu hendak memberi amaran terlebih dahulu...

AMARAN!!!

Ya, amaran...

1) Sesiapa yg menghidap penyakit migrain jgn cuba untuk menguji mata anda...
2) Pastikan anda seorang yg penyabar...
3) Pastikan anda berada ditempat yg sejuk...Tak pun ada kipas kat sebelah...Hehe...
4) Jangan cepat mengalah sekiranya gagal utk kali pertama...
5) Kalau sakit mata, jangan salahkan saya...

Itu adalah antara amarannya...
Ada sebab mengapa saya memberi amaran kepada sesiapa yg ingin mencuba menguji mata anda...

3D Stereogram

Pernahkah anda mendengarnya atau membaca mengenainya?
Apakah 3D Stereogram...?

Secara ringkasnya Stereogram adalah suatu ilusi optik kedalaman yang biasanya diamati dengan membiarkan mata untuk fokus di belakang gambar (berbeza), atau kadang-kadang di depannya. Maknanya anda boleh melihat gambar 3D tanpa menggunakan cermin mata 3D itu.
Hebatkan mata kita...?

Sebelum itu, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Affiq Muhammad kerana memperkenalkan 3D Stereogram ini kepada saya...

 Mula-mula memanglah agak payah & sakit mata dibuatnya. Maklumlah rasa ingin tahu yg kuat telah menyebabkan saya tidak putus asa mencari apa yg ada di dalam gambar yg diberikan... Pening kepala pun ada nak tengok benda ni...Huhu...
Badan pun berpeluh-peluh sbb nak tengok punya pasal..
Sbb itulah saya memberi amaran terlebih dahulu...
Sebelum anda mencubanya...

Tanda membuang masa, jom kita tengok gambar 3D yang pertama ini...
Saya akan membantu & memberitahu cara-cara untuk melihat gambar ini...

Kalau anda perhatikan gambar ini, memanglah gambar corak abstrak...
Tapi, sebenarnya ada imej ikan lumba-lumba dalam gambar ini.
Baiklah, cara untuk melihat imej yg terdapat dalam gambar ini ialah:
1) Rapatkan mata & muka anda ke skrin laptop @ komputer anda untuk melihat gambar tersebut. (Jangan sampai mencium skrin laptop @ komputer anda pula)
2) Pastikan pandangan anda kabur melihat gambar tersebut.(Jangan julingkan mata anda k...)
3) Kemudian tarik muka anda perlahan-lahan daripada gambar tersebut tetapi tahap kekaburan masih lagi dikekalkan...
4) Secara perlahan-lahan anda akan nampak imej yg terdapat di dalam gambar tersebut.
Selamat mencuba kepada anda...

Jom tengok gambar yang lain pula.

Imej: Kapal terbang

Imej: Kamera DSLR

Imej: Kepala Naga

 Imej: Kuda

Imej: Singa

Imej: Love

Imej: Kala jengking

Imej: Jerung

Imej: Tupai

Macam mana?
Anda dapat tengok tak imej yg terdapat dalam gambar tersebut?
Pastinya anda setuju dengan amaran yg saya beritahu di ataskan...?
Hehe...

Kalau anda nak tengok lebih banyak gambar 3D Stereogram ni, bolehlah cari di Google...

Anda juga boleh membuat imej 3D anda sendiri...
Contohnya seperti berikut...

Nampak tak imej yg ada dalam gambar ini...?
Kalau nampak, sila beritahu saya apa yg anda nampak...?
Hehe...

Kalau nak buat imej mcm itu klik sini 3D Stereogram

Mesti mata anda semua dah lenguh & terpina-pinakan?
Rasa-rasanya ada kesan sampingan ke tidak eh...?
Huhu...
Takut juga ada kesan sampingan terhadap mata kita ni...Huhu...

Sekian... 

~~~...Terpina-pina & sakit plak kepala ni...Huhu... Kesan sampingan ke...?Huhu...~~~

21 comments:

  1. huh..rajin juak kitak updet..=)

    hehehe..
    pat mek diat gamba ya koh...
    =)

    ReplyDelete
  2. Hehe...ngisik masa lapang bah..hehe...
    kedong gik ada masa terluang juak bah..
    lak dah stat ngajar xda byk masa gik..huhu...

    Dpt ktk nangga semua imej yakh?
    Bgslah...hehe...

    ReplyDelete
  3. Banyak nyer gmabr...yg DSLR tu xnmpak... tapi yg last skali nmpak... huhuhu...dia tulisan kan... POET... btol x ??

    ReplyDelete
  4. yahoo..berjaya nmpak semua.. DSLR canon kannn..huhuhu

    ReplyDelete
  5. best semua dapat tgk imej tu...yang part last sekali tu mesti la nama tuan punyer blog nie..hehehe...

    ReplyDelete
  6. urhh...tak boleh. sakit mata!
    nanti kena gandakan power cermin mata ni pulak..

    ReplyDelete
  7. tak nampak. wuwuu. ke mata aku ada prob?

    ReplyDelete
  8. wan- tahniah dpt tgk semua...hehe...

    dayana- dpt tg semua eh...?
    bgs2...yg last tu semestinya btl..hehe...

    Assila- kene tgk btl2 baru x berpina-pina... cuba lagi k...

    ReplyDelete
  9. Aniza- kalau x boleh jgn paksa k..hehe... tapi, kalau dh nmpk mmg puas hati...hehe...

    Vanilla- x nampak ke???
    Cuba lagi k...

    ReplyDelete
  10. Ades...kite dah kero la mate..xnmpak paper..ahahaha... =)

    ReplyDelete
  11. uish hampir2 nak tekelua bijik mata.. hehe, gagal ler tak dpt tgk..

    ReplyDelete
  12. ♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥- x nmpk ape2 ke...? Try la lagi k...hehe..

    ReplyDelete
  13. LiFe KaMi - x dpt tgk gak eh...?
    Cuba la lagi k kalau nak la..hehe..

    ReplyDelete
  14. ad0ii,juling mate>.<

    ReplyDelete
  15. hehe.. alpha pun mcm Haw jugak .. nampak POET aje! kihkih.. :D

    Nanti la, ada masa lapang, alpha dtg sini lagi & cuba sabar .. [fuhh.. tarik nafas..].. moga2 dapt tgk imej yg tersembunyik tu! :)

    ReplyDelete
  16. Interesting...Thanks for sharing. Cara baru mencuci mata dan minda....Sy nampat tulisan POET...Class:)

    ReplyDelete

Komen banyak-banyak...
Terima kasih Komen @Poet Dusun Bayu