Sahabat@Dusun Bayu

Saturday, July 10, 2010

S-A=SA... Y-A=YA.... SAYA... S-U=SU... K-A=KA... SUKA... T-I=TI... D-U-R=DUR... TIDUR... SAYA SUKA TIDUR...

Salam...

Saat aku menulis entri ni, aku tengah tersenyum keseorangan melihat gelagat anak buah aku mengeja...

Nama anak sedara aku tu Zetty Natasha... Baru berusia 5 tahun...

Sungguh lancar Zetty mengeja...

Sungguh mencuit hati & rasa kagum juga melihat dia membelek-belek surat khabar & membaca tajuk-tajuk utama berita...

Terdetik utk aku bertanye kepadanye...

"Umur Zetty berapa tahun...?"

Zetty menjawab...

"Lima tahun la Pak Mok..."

Wah.... Sudah lima tahun...

Aku x dpt tgk anak2 sedara aku ni membesar...

Ye la... 4 tahun belajar kat UPM...

Balik pon kejap2 je...

Abang Zetty berumur 6 tahun...

Ariq Haikal namanye..

Tadi ayah dgn mama diorg g sekolah ambik report card diorg...

Cikgu diorg ckp seelok-eloknya Zetty terus masuk darjah satu thn depan...

Sebab dia dah pandai...

Takut membazir masa je kalau dia masih di Pra-sekolah thn dpn...

Bgs jugak cadangan cikgu tu...

Betul jugak ape yg dia ckp...

Yang x leh tahannye tadi...

Mak aku tanye la kat Zetty...

"Zetty... Pak Mok suka apa...?"

Dgn cepat je Zetty jawab...

"P-A-K= PAK... M-O-K=MOK... S-U=SU... K-A=KA... SUKA... T-I=TI... D-U-R=DUR... TIDUR...
PAK MOK SUKA TIDUR
...

Padan muka aku...Huhu...

Ade2 je anak buah aku tu...

Kadang-kadang geram jugak dgn diorg ni sbb suka kaco aku tgh online...
Nak main game la... Nak tekan-tekan la...

Tapi, bila diorg xde... Rumah ni sunyi jek...
Rindu pulak dgn diorg...
Huhu...

Ape2 pon... Aku sayang diorg...

Hehe...

S-E=SE... K-I-A-N= KIAN...

SEKIAN...

~~~...Sayang family sy...~~~

Thursday, July 8, 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS!!!

Salam...

Seorang sahabat Poet Dusun Bayu telah kirimkan email berantai yg mungkin korg pon dah baca mengenainya... Mungkin jugak ada jugak yg belom baca... Bacalah k... Sekadar untuk berkongsi sahaja...

Shaken Baby Syndrome (SBS)

General Info.....

Pesakit terakhir yang kami "tidurkan" ialah bayi yang berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info.....
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
:

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi and ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenankakn bayi anda, lebih baik adanda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.


Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Sekadar untuk berkongsi...

~~~...Sy pon suke gak men lambung2 anak buah sy...Huhu...~~~

Monday, July 5, 2010

GURU TERLAMPAU: Kerana Nila Setitik... Rosak Susu Sebelangga...

Salam...

Mesti korang ade baca tentang tentang Guru Terlampau ni dalam surat khabar METRO aritukn...
Perbuatan guru tu telah mencemarkan institusi pendidikan dan boleh diibaratkan
Kerana nila setitik, rosak susu sebelangga...

Kalau korang belum baca lagi berita tu, Poet Dusun Bayu ade sediakan utk korang...
Bacalah k...

MANGSA SYAHWAT GURU

KUALA LUMPUR: Guru terlampau. Itulah gelaran yang layak diberi kepada seorang guru yang sanggup menjadikan pelajarnya sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu.

Guru lelaki terbabit bermain cinta dengan pelajarnya itu sejak awal tahun ini.
Peristiwa malang itu berlaku dua kali iaitu April dan 18 Jun lalu sebelum terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian kepada ibunya selepas tidak dapat menyimpan rahsia itu lagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata selepas mendengar pengakuan anaknya, si ibu membawa mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 3 petang Isnin, dua minggu lalu.

Katanya, berdasarkan keterangan ibu mangsa, anaknya didakwa dirogol dua kali di rumah guru terbabit di Rawang.

“Mangsa turut mendakwa guru berkenaan mengajak dia pulang ke rumahnya sejurus tamat waktu sekolah dengan alasan mengambil buku yang tertinggal sebelum kejadian rogol berlaku.

“Mangsa mungkin ketakutan dan bimbang kejadian itu diketahui orang, menyebabkan dia mengambil keputusan berdiam diri sebelum didedahkan kepada ibunya pada 21 Jun lalu,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mangsa kemudian dibawa ibunya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil ujian mendapati kesan koyak pada kemaluan mangsa, bagaimanapun dia tidak hamil.

“Polis mengesan lokasi dan identiti suspek dan hanya menunggu masa sesuai menahannya,” katanya.


Sumber: Harian Metro

~~~...Tugas guru semakin mencabar... Semoga aku akan menjadi yang baik...~~~

Sunday, July 4, 2010

Award From Ashutz-amor

Salam...

Blog Poet Dusun Bayu ni dpt award lagi...

Kali ni my junior yg bagi...

Thanks tu Syud @ Ashutz-Amor

sbb bagi award ni kat sy...Hehe...

Award Blog A+ plak tu...

So, bla dah dpt award kne la jwb soalan ni sbg tanda penghargaan...

Hehe..

What do you feel to know that u get this award?
- I feel lonely..Hehe...
- Just want to say thanks to Syud...Hehe...

List down 7 bloggers that deserve this award.
Kepada sesiapa yg bertuah, terimalah award ni k...Hehe..

Fajar Suria
Cikgu Fiq
BabyOrange87
srikandisyurga
gul@-gul@ h@t!ku
warna warni kehidupan
miss silent

Tahniah kepada penerima yg tertag k...hehe...

~~~...Masih lagi menanti dalam ketidakpastian...huhu..~~~

Saturday, July 3, 2010

Akhirnya... Aku Pilih Dia

Salam...

Sudah lama aku menanti untuk memilikinya...

Akhirnya, hari ini aku sudah memilikinya...

Sebelum ini, hati masih berteka-teki mahu memilih yang mana satu...

Ada yang kata itu...

Ada yang kata ini..

Hmmm... Pening nak pilih yang mana...

Bila dah tau yang baik & sesuai utk aku...

Aku pun pilih dia...

Dengan restu daripada bondaku...

Dapat jugak aku memilikinya...

Brodband Celcom

Hehe...

Ni la bodbannye... Tapi, yg aku punye special edition sempena worldcup...

Bodban Celcom je yg ok kat kawasan rumah aku...

Thanks kat my bonda sbb luluskan loan utk aku beli bodban ni...

Bayar setiap bulan plak, aku pau la kakak aku.. Hehe...

Nanti dah keje aku bayar la sendiri...

Hehe...

Tu je entri utk kali ni...

Dah ade bodban ni, senang la nak update blog..

Hehe...

Daa~~~

~~~...Nak kumpul duit...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker