Salam...
Walaupun saya sakit kepala...
Tapi, saya nak juga tulis entri ini...
Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya menulis entri mengenai...
Kenapa Lelaki Sanggup MATI kerana CINTA...?
Pagi tadi saya ada terbaca berita mengenai seorang lelaki yang minum racun kerana ditinggalkan kekasihnya...
Dalam hati saya berkata, kenapa la lelaki tu sanggup minum racun sebab kena tinggal dgn kekasihnya...
Kenapa la nak bunuh diri...
Macamlah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ini...
Dan...
Kenapa perempuan itu tinggalkan dia...
Menurut sumber, lelaki itu ditinggalkan kekasihnya yg telah berjumpa dengan lelaki lain...
Hmm... Maknanya, perempuan tu ada lelaki lain la...
Tapi, kenapa lelaki tu sanggup minum racun hanya kerana kecewa ditinggalkan kekasihnya...?
Setakat yg saya tahu, bukan hanya kes lelaki yg minum racun ni sahaja yg berlaku...
Ada banyak lagi kes lelaki yg cuba membunuh diri kerana kecewa dengan tindakan kekasih yg meninggalkan mereka...
Ada yg sanggup terjun bangunan...
Ada yg sanggup terjun sungai...
Ada yg sanggup makan ubat terlebih dos...
Ada yg sanggup gantung diri sendiri...
Ada yg sanggup minum racun tikus...
Banyak lagi la...
Motifnya hanya kerana kecewa...
Persoalannya, kenapa mereka sanggup berbuat demikian...?
Pada hakikatnya, siapa yg tidak kecewa apabila cinta & kasih sayang yg disemai dimusnahkan dalam sekelip mata sahaja...
Apatah lagi perhubungan yg dibina sudah lama...
Ada yg bercinta sejak zaman sekolah lagi...
Keluarga masing-masing sudah mengetahui mengenai mereka dan berharap perhubungan mereka akan berkekalan...
Yang lebih mengecewakan lagi ada juga yg sudah merancang untuk berkahwin...
Malahan sudah hendak berkahwin...
Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai seorang lelaki yang mengambil dadah sebagai "ubat" kecewanya...
Mungkin ada di antara anda yg sudah membacanya...
Lelaki tersebut merupakan seorang penjawat awam...
Diceritakan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan beberapa hari sahaja lagi...
Segala persiapan majlis perkahwinan sudah dilakukan...
Kad jemputan juga sudah diedarkan...
Tetapi, dengan sekelip mata sahaja, bakal isterinya memutuskan hubungan mereka...
Siapa yg tidak kecewa dilakukan sebegitu rupa...
Yg pastinya keluarga mereka menanggung malu...
Segala persiapan yg telah dilakukan sia-sia sahaja...
Menurut lelaki tersebut, dia telah berhutang untuk mengatur segala persiapan perkahwinan itu...
Oleh sebab kecewa yg teramat sangat, dia mengambil jalan singkat dengan mengambil "ubat" pengubat kecewanya...
"Ubat" yg saya maksudkan ialah dadah jenis syabu...
Dalam seminggu dia akan menghabiskan RM2000 hingga RM3000 untuk meng"ubat" sakit kecewanya...
Hutang entah ke mana... Diri merana... Keluarga porak-peranda...
Huhu...
Apa perasaan bekas kekasihnya?
Mungkinkah dia puas dengan apa yg telah dia lakukan...?
Atau
Dia akan berkata "Pergi mampuslah lelaki macam tu...!"
Kenapa apabila segala persiapan perkahwinan sudah dibuat baru nak mintak putuskan hubungan...?
Hanya perempuan tu je yg tahu...
Huhu...
Apa perasaan anda sekiranya anda berada di tempat lelaki tersebut...?
Susah nak cakapkan?
Hmmm... Ada yg lagi dahsyat... Lelaki yg kecewa ini sanggup membunuh kerana kecewa...
Banyak juga kes ini berlaku...
Anda semua mesti mengetahuinyakan...?
Tak payah la saya nak nyatakan kat sini...
Saya bangkitkan semula persoalan saya...
Kenapa Lelaki sanggup MATI Kerana CINTA...?
Ada sesiapa yg boleh komen...
Hehe...
Tujuan saya buat entri ini bukan untuk merendah-rendahkan kaum saya...(Lelaki)...
Tidak juga untuk memburuk-burukkan kaum hawa...(Perempuan)...
Tapi, sekadar renungan bersama...
Kalau ada yg tak suka dengan entri ini, bagitahu saya...
Saya boleh terima...
Segala pendapat juga saya akan baca...
Hehe...
Sekian...
~~~...Saya rasa tak sedap hati la..Huhu..~~~