Monday, November 8, 2010

AIdiladha Disambut Pada 17 November Ini

Salam...

AIDILADHA DISAMBUT PADA 17 NOVEMBER INI

Seperti yang kita semua sedia maklum, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atau Aidiladha pada hari Rabu, 17 November ini bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh itu semalam bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 10 Zulhijah 1431 Hijrah ialah pada 17 November 2010 Masehi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 17 November 2010 Masehi."

Itulah pengumuman yang telah dibuat semalam menerusi radio dan televisyen.

Sekian...

~~~...Sunburn ooo sunburn... Huhu...~~~

6 comments:

Komen banyak-banyak...
Terima kasih Komen @Poet Dusun Bayu