Doa HambaMu ya Allah
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu kekal abadi.
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya.
Ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya Tuhanku…
Redhakanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini.
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Yang menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka…
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin… Ya Rabbal A’lamin…
Syukur Alhamdulillah... Allah temukan aku dengan seorang insan yang amat aku sayangi & amat menyayangiku...
2 comments:
gile aaa bosh..touching siot poem ni..:) create sendiri ke bos?
ko rasa jaq...?hehe..
Post a Comment