Sahabat@Dusun Bayu

Saturday, August 30, 2008

KEMERDEKAAN MILIK KITA BERSAMA...

Salam kemerdekaan...

Menjelang sambutan kemerdakaan yg ke-51 negara kita ini, marilah kita sama-sama menghayati semula detik-detik perjuangan nenek moyang kita dahulu yang bersusah payah memerdekakan tanah air yang tercinta ini... Bukan mudah untuk mereka untuk menebus kemerdekaan yang menjadi harapan setiap insan. Biar pun tumpah darah mereka, yang penting kemerdekaan tetap menjadi kenyataan. Kepada anak bangsa yang tercinta, hayatilah perjuangan mereka. Tanpa mereka, kita tidak akan merasa nikmat yang kita rasai sekarang. Tanpa mereka, kita pastinya masih dijajah oleh penyangak dunia yang kejam dan mengganas sesuka hati mereka. Marilah sama-sama kita menjaga dan mempertahan kemerdekaan yang sudah berusia 51 tahun ini. Jangan biarkan kita dijajah lagi... Jangan biarkan penyangak dunia masuk campur dalam urusan negara kita... Jangan biarkan mereka mempengaruhi kita... Jangan lalai wahai anak bangsa ku yang merdeka... Jangan robohkan menara kebebasan yang telah kukuh di dada tanah air yang tercinta ini...

Pada tahun ini, tema "Perpaduan Teras Kejayaan" telah dipilih untuk menjadi tema rasmi sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 negara...

CINTA DALAM HATI : Monolog Seorang Lelaki...

Salam...


Aku ade sorg mmbr lelaki... Mmbr rapat gak la. Dh lama la x dgr cite n kabo dia.. Baru2 ni dia ade call aku. Masa 2 pkl 1.45 pagi cmtu la. Maklum la nak jimatkan. Guna "supersaver". Aku ingat dia saje2 je nak call aku. Sbb nak manfaatkan "supersaver" dia 2. Aku pun layan je la.. Tapikan, dari segi nada suara dia masa 2 aku dah dpt agak dia nak bgtau aku cite dia. Mmg btl pun dia nak cite kat aku cite dia. Aku pun layan la dia masa 2.


Cite dia mcm ni, dia ade knl ngn sorg perempuan. Pempuan 2 duk satu tmpt dia blaja. Dia ckp la dia bknln ngn pempuan 2, pas 2 jth cinta kat pempuan 2, pempuan 2 pun jth cinta kat dia... Dipendekkan cite, diorg rapat n becinta. Aku pun ckp la, ok la kalau dah mcm 2... Bgs la kalau dah ade m.we... Ade la org yg sayang. x la mcm aku, xde org yg nak...(Aku saje je ckp cm 2 kat dia)... pas 2 dia ckp mmg la bgs, tapi ade masalah rupenye...

Bersambung...

Wednesday, August 27, 2008

Apa ertinya kalau kita tidak mengerti...

Apa ertinya kalau kita tidak mengerti...

Aku menulis

bukan kerana

aku puitis...

Aku menulis

kerana hati

yang sedang

menangis...

Aku berkata

bukan kerana

aku pujangga...

Aku berkata

kerana hati

yang sedang

terluka…


Terima kasih kepada sahabat-sahabat...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker