Sahabat@Dusun Bayu

Sunday, August 30, 2009

Salam Kemerdekaan Ke-52 Tahun


Salam...

Salam kemerdekaan yg ke-52 tahun kepada semua rakyat Malaysia...

Sama-samalah kita mempertahankan negara bangsa kita...

Ini negara kita...

Inilah bangsa kita...

Tanah air yg tercinta...



Merdekakah kita...? Atau masih dijajah...? Fikir2lah bersama...

Kupanggil Namamu

Salam...


Kupanggil Namamu
WS Rendra

Sambil menyeberangi sepi,
Kupanggili namamu, wanitaku
Apakah kau tak mendengar?

Malam yang berkeluh kesah
Memeluk jiwaku yang payah
Yang resah
Karena memberontak terhadap rumah
Memberontak terhadap adat yang latah
dan akhirnya tergoda cakrawala

Sia-sia kucari pancaran matamu
Ingin kuingat lagi bau tubuhmu yang kini sudah kulupa
Sia-sia
Tak ada yang bisa kucamkan
Sempurnalah kesepianku

Angin pemberontakan menyerang langit dan bumi
Dan duabelas ekor serigala
Muncul dari masa silamku
Merobek-robek hatiku yang celaka

Berulangkali kupanggil namamu
Dimanakah engkau wanitaku?
Apakah engkau sudah menjadi masa silamku?

WS Rendra


Menjelang beberapa minit lagi nak menyambut kemerdekaan yg ke-52...

Suatu hari nanti...

Salam...

Suatu hari nanti...






Saturday, August 29, 2009

Bosan

Salam...

Bosannye...

Mmbr2 ramai yg balik rumah...

Maklumlah cuti sampai isnin...

Masing2 nak berpuasa & bbuka puasa dgn family...

Kalau rumah aku dekat pun aku dah balik da...

Tapi, rumah jauh...

Huhu...

Ape2 pon semoga gembira bersama family k...

Rindu kat family aku... Rindu kat org tu gak... huhu...

Thursday, August 27, 2009

Akhirnya siap juga...

Salam...

Akhirnya skrip drama yang grup aku buat dah siap...

Alhamdulillah...

Syukur sangat2...

Lepas ni dah boleh fokus kat asaimen lain pulak...

Thanks kepada ahli grup yg sudi menerima idea aku...

Aku rasa grup aku yg buat skrip paling tebal... 62 muka surat tu... Hehe...

Sunday, August 23, 2009

Penulisan Skrip Drama Bermula

Salam...

Atas tuntutan asaimen semester ini aku dan rakan-rakan ku ditugaskan untuk membuat skrip drama...

Memang pada mulanya agak berat bagi kami...
Tapi setelah mendapat sedikit pendedahan daripada penulis skrip drama yang sedang hangat di pasaran sekarang ni iaitu

Siti Jasmina Ibrahim

Kami sudah nampak bagaimana cara untuk menulis skrip...
Bukan senang nak buat skrip drama ni sebanarnya...

Kena ada jalan cerita yang menarik...

Alhamdulillah...
Hari ni aku dapat idea untuk skrip drama aku...
Aku dah mulakan proses menulis skrip...

Nak tahu x tajuknya...?

Jawapannya x boleh...
Rahsia lagi...

Aku harap skrip drama ini akan siap dalam masa 2-3 hari ni...
Harap-harap siap la dalam masa tu...

Dan aku harap juga
skrip ini akan dipilih untuk dihantar ke Astro...
Hehe...
Saje je...

So, doakan aku leh siapkan skrip drama ni cepat k...
Semoga skrip drama ni juga akan jadi skrip yg terbaik...
Amin...

Thanks kepada si dia sbb bagi idea untuk nama watak utama cite ni...

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadan

Salam...


InsyaAllah... 2 hari je lagi umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa.

Pertanyaan aku yg pertama...
Sudah bersediakah korg semua nak menunaikan ibadah puasa tahun ni...?

Pertanyaan aku yg kedua...
Kepada sesiapa yg perlu menggantikan puasa yg lepas, sudah menggantikannya ke belum...?

Jawapannya ada pada korang semua...


InsyaAllah...
Aku dah bersedia nak menjalani ibadah puasa pada tahun ni...
Semoga aku sentiasa diberikan kekuatan supaya dapat manjalani perintah Allah s.w.t.
Semoga korg semua pun dpt berpuasa penuh tahun ni...
Bagi yang keuzuran tu, faham-faham la k...
Jangan lupa ganti puasa nanti...

Semoga ramadan kali akan memberikan seribu rahmat kepada kita...

Amin...

Hasrat untuk berbuka puasa dengan si dia perlu diteruskan atau .......................

Monday, August 17, 2009

Muhasabah Diri Sejenak...

Salam...

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illah kerana dgn limpah dan izin-Nya, maka aku masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia ini... Dengan izin-Nya juga, aku masih mampu mengecapi nikmat yang diberikan kepadaku... Syukur alhamdulillah...

Untuk entri kali ni, aku nak mengajak korang semua untuk bermuhasabah sejenak... Kita lihat situasi yg berlaku sekarang. Situasi yang semakin menyebabkan kita semua risau, takut, bimbang dan seumpama dengannya... Aku rasa semua tahu apa yg berlaku sekarang ni... Seluruh dunia takut kepada virus H1N1. Sekarang ini kita diuji... Diuji oleh Allah s.w.t... Allah s.w.t. nak tgk kita mampu atau tidak menghadapi dugaan atau ujian yg diberikan. Mengapa kita diuji sedemikian rupa...? Supaya kita mengingati Allah... Supaya kita tidak lalai terhadap segala tanggungjawab kita sbg hamba-Nya di atas muka bumi ini. Agar kita tidak lari dari landasan yg betul... Agar kita tidak sesat....


Semoga kita semua mendapat keredhaan daripada-Nya... Amin...


Sama-sama la kita hayati lagu nasyid kat bawah ni... kalau nak tau macam mana lagu ni, cari la kat youtube k... Serius, lagu ni sangat bermakna dan dapat menjadikan hati kita tenang... Aku syorkan korang dgr la lagu ni k... Berkali-kali aku dgr... Sangat tenang...

AZAB ILLAHI
Oleh: IRSYADEE

Allahummad fa' 'annal baalaa'..
fa aadimna 'alar rakhaa'..
wa anta 'alaa
kulli syai in qadiir..
antal awwalu wal akhiir..

lapangkanlah hatimu dlm musibah..
dan bersabarlah di jalan Allah...
jgn hanya memeluk..dunia fana..
yg bersalut dengan dosa..

ingat azab neraka..
akan mengejar mu saat kau mati..
jd jujurlah harungi hidup ini..
jauhi azab Illahi..

bersyukurlah selalu..dan jangan ragu..
nescaya jauh azabmu..



Hati aku lapang dan tenang bila dgr lagu ni...

Friday, August 14, 2009

Mungkin 28, 000 Orang Di Malaysia Akan Mati Akibat H1N1

Salam...

Mungkin tajuk entri kali ni akan membuatkan anda semua terkejut dan takut... Untuk setakat hari ini sahaja 51 kematian telah dilaporkan akibat virus babi ini... Aku sangat tertarik dengan surat pembaca yang dimasukan ke dalam Utusan Malaysia semalam... Surat tersebut telah ditulis oleh seorang doktor di negara kita... Mungkina ade di antara anda telah pun membacanya... Tapi, aku nak letak jugak kat entri ni... mana la tau ade yg x bace lagi kn... Hehe... Untuk melihat gambaran yg lebih jelas mengenai ape yg ditulis oleh doktor tsbt korang baca la kat bawah ni k...

H1N1: Rakyat keluh-kesah

SAYA seorang pegawai perubatan di sebuah klinik swasta. Saban malam saya dihantui berita "28,000 rakyat Malaysia dijangka akan mati kerana jangkitan influenza A H1N1 dalam tempoh 2 tahun" yang dinyatakan oleh seorang pakar perubatan melalui satu saluran berita popular di Internet.

Saya terfikir seandainya yang menjadi mangsa tersebut adalah di kalangan orang-orang yang saya sayang dan rapat dengan saya, betapa sedihnya saya ketika itu.

Saban hari pula kita disajikan dengan berita kematian seorang demi seorang rakyat Malaysia kerana jangkitan H1N1 ini.

Namun, nampaknya pihak kementerian dan kerajaan Malaysia masih belum mengambil langkah drastik untuk mengawal penularan virus ini.

Penyakit ini memang mudah merebak, namun saya merayu pihak Kementerian Kesihatan terutama sekali Menteri Kesihatan; Datuk Liow Tiong Lai tolong fokuskan kepada cara mengawal @ meminimumkan penyebaran penyakit ini bukan sekadar membasuh tangan dengan bersih dan memakai penutup muka sahaja.

Lakukanlah pengesanan awal dengan ujian throat swab untuk semua pesakit yang suhunya melebihi 38 darjah celsius disertai simptom-simptom batuk/selesema/sakit tekak walaupun baru tiga hari demam, kerana pesakit yang positif H1N1 akan menjadi penyebar virus pada hari pertama lagi beliau demam.

Lebih awal dikesan, lebih awal dapat dimulakan rawatan dan berkuranglah penyebaran kepada orang lain yang sihat. Kenapa perlu tunggu sehingga pesakit masuk wad atau dah kritikal baru nak dibuat saringan. Kenapa? Kerajaan tak cukup duitkah hendak menampung ujian tersebut?

Sedarlah ini adalah 'tsunami' yang bukan berbentuk ombak besar yang dapat dilihat dengan mata kasar tapi virus yang amat halus yang berterbangan dengan membawa impak yang amat besar.

Tolonglah. Berilah perhatian pada masalah ini, rakyat tidak bimbang lagi siapa yang akan menang di Permatang Pasir, tapi rakyat lebih bimbangkan kesihatan mereka, suami/isteri dan anak-anak mereka.

Melaburlah lebih sedikit untuk mengesan lebih awal influenza A H1N1 ini agar rawatan (antiviral) dapat diberi lebih awal, dengan itu dapat mengurangkan penyebarannya dan kurangkanlah perbelanjaan negara dalam hal-hal yang kurang penting seperti majlis-majlis keraian atau yang berbentuk hiburan.

Rata-rata pakar perubatan, para doktor dan staf kesihatan yang lain hanya menunggu arahan daripada pihak kementerian untuk menjalankan ujian saringan awal ini untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan awal yang terbaik

Sama-samalah kita membanteras influenza A H1N1. Setiap penyakit diciptakan Allah, ada penawarnya, kecuali mati.

DOKTOR RISAU

Cheras

Sumber: Utusan Malaysia 13 Ogos 2009


Korang dah bacakn...? Ape perasaan korang sekarang...? Lepas je baca utusan malaysia tu aku terus balik bilik & cari la blog yg dinyatakan oleh doktor tu... Kalau ade sape2 yg nak baca blog tu boleh la klik kat laman blog ni k...

http://almizan.wordpress.com

Aku masukkan sikit la mengenai isu yg telah ditulis kat dalam blog tu utk korang baca k... Kalau nak baca banyak lagi pegi la kat blog tu k...

Hingga 28,000 di M’sia mungkin mati akibat H1N1

Aug 1, 09 8:03pm
Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.”Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia,” kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya “Flu measures: Confusion rather than non-compliance” yang diedarkan kepada beberapa media semalam.

Sumber: http://almizan.wordpress.com


Justeru itu, sama-samalah kita berdoa agar kita semua dijauhi daripada malapetaka ini... Langkah-langkah drastik perlu dilakukan oleh pihak kerajaan agar penularan wabak ini dapat diatasi segera...

Semoga orang-orang yg aku sayangi dilindungi olah Allah s.w.t. Amin...

Monday, August 10, 2009

Cuti lagi ke...?

Salam...

UPM akan cuti lagi ke...?
Tu la persoalan yg tengah hangat sekarang ni...
Macam-macam khabar angin aku dengar...
Macam-macam versi plak tu...

Semuanya masih lagi jadi tanda tanya...
Semakin hari semakin bertambah jumlah kematian akibat virus babi tu...
Harap-harap kite semua akan selamat drpd bencana ni...

Kalau cuti lagi, macam mana eh...?

Saturday, August 8, 2009

Buntu...

Salam...

Ape nak jadi pun aku x tau...
Knape la jadi mcm ni je...
Aku ingatkan da ok da...

BUNTU...

Aku betul2 buntu...
x tau nak buat mcm mana lagi da...
Alahai...
Ape la nak jadi ni...
Tamat.


Wednesday, August 5, 2009

Marah la...

Dia sudah muak...
Tulis la ape yg nak ditulis...
Habis...!

Tuesday, August 4, 2009

Ngedate: Takde...

Salam...

Hari ni last cuti setelah seminggu UPM cuti... Cuti awal sbb virus babi tu la... Maknanye, cuti pertengahan semester diawalkan... xde cuti lagi ok... Cuti raye je lagi... Harap2 lepas ni xde la UPM dicutikan... Ye la, kalau UPM cuti lagi cuti raya nanti xde la... Huhu... Dah la aku dah beli tiket balik raya ni... Kalau cuti tu cancel... Sah2 aku merusuh nanti... Hehe... Tapi, kalau dah terpaksa cuti... Aku redha je... Untuk kepentingan semua jugak kn...

Dia sudah muak...
Tulis la ape yg nak ditulis...
Habis...!


Nak kuar dgn Q, Ema, Anim, Nini, Neno, Yan, Husni, Rahmah, Laloq dan zue je la... Nek Nurul Estima & Siti Kancil... Kte g Floria kat Putrajaya nak...? Hehe...

Jerebu lagi...

salam...

Mata pedih...
huhu...

Jerebu dtg lagi...

Jerebu + H1N1= Kne pakai mask jugak...

Selamat kembali kpd pelajar2 UPM
setelah seminggu bercuti...

Jga kesihatan anda...

Kalau demam...
Cpt2 pegi PKU...

Kpd yg masih belum sihat...
Jgn balik UPM dulu...
Berkuarentin la kat rumah...
Kang x pasal2 UPM dicutikan lagi...
Huhu...

Esk da stat kuliah smula... Asaimen belum buat lagi... Huhu...

UPM tutup jika berlaku penularan kedua H1N1

KUALA LUMPUR: Tindakan drastik menutup sementara kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang mungkin hanya dilakukan sekiranya penularan wabak influenza A(H1N1) berlaku lagi di kampus itu, kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah, hari ini.

"Apapun, kita akan patuhi nasihat yang diberikan Kementerian Kesihatan dan jika kementerian mahu kita beri cuti atau tutup kampus kepada pelajar dan kakitangan dalam usaha mengekang virus itu daripada menular, kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Antarabangsa Anatomi Kayu di sini, hari ini.

Minggu lalu, UPM terpaksa mempercepatkan cuti pertengahan semester yang sepatutnya 17 hingga 23 Ogos kepada 29 Julai hingga esok apabila empat pelajarnya disahkan positif H1N1.

Dr Nik Mustapha berkata, UPM sudah bersedia memberi suntikan anti-viral sebagai langkah pengawalan kepada pelajar dan kakitangan universiti itu dan suntikan itu boleh didapati di pusat kesihatan universiti dan ia diberikan secara percuma.

"Jika berlaku lagi 'serangan kedua' kita akan bagi topeng muka dan juga sanitizer kepada setiap pelajar dan sebelum cuti baru ini pun kita sudah agih-agihkan kepada pelajar," katanya.

Mengenai kemungkinan cuti berpanjangan akan mengganggu proses peperiksaan semester, beliau berkata ia boleh disusun semula kerana semua peperiksaan yang dijalankan diuruskan universiti sendiri.

Sumber: Berita Harian, Selasa, 4 Ogos 2009

Kepada semua pelajar UPM jaga la kesihatan anda k...

Monday, August 3, 2009

Entri Yg Ke-100 Poet Dusun Bayu...

Salam...

Ni adalah entri yg
ke-100
Poet Dusun Bayu...

Terima kasih kepada semua pengunjung
Poet Dusun Bayu...

Terima kasih kepada semua Follower
yg sentiasa mengikuti perkembangan & bagi komen kat setiap
entri Poet Dusun Bayu...

Poet Dusun Bayu
sangat menghargainya...

Teruskan melawat
Poet Dusun Bayu
kepada semua...

Dah seratus entri dah kat Poet Dusun Bayu... Dah nak 8 bulan gak dah dgn si dia... Semoga kami berbahagia selalu... Amin...

Masih By Ada Band

Ada Band – Masih (Sahabatku Kekasihku)


Masih (Sahabatku Kekasihku) - Ada Band


rasa cinta yang dulu tlah hilang

kini berseri kembali

tlah kau coba lupakan dirinya

hapus cerita lalu


dan lihatlah

dirimu bagai bunga di musim semi

yang tersenyum

menatap indahnya dunia

yang seiring menyambut

jawaban segala gundahmu


reff: walau badai menghadang

ingatlah ku kan selalu setia menjagamu

berdua kita lewati jalan yang berliku tajam


setiap waktu wajahmu yang lugu

selalu bayangi langkahku

telah lama kunanti dirimu

tempat ku kan berlabuh


cahya hatiku

yakinlah kekal abadi selamanya

seperti bintang

yang sinarnya terangi

seluruh ruang di jiwa

membawa kedamaian


reff2: walau badai menghadang

ingatlah ku kan selalu setia menjagamu

berdua kita lewati jalan yang berliku tajam


resah yang kau rasakan

kan jadi bagian hidupku bersamamu

letakkanlah segala lara di pundakku ini


repeat reff2



Lirik lagu Ada Band – Masih (Sahabatku Kekasihku) ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Ada Band – Masih (Sahabatku Kekasihku).



Khas untuk Sahabatku Kekasihku...

Hari Ke-3: Mogok Berakhir...

Salam...

Hari ke-3...
Jam 11.19 p.m. kat hset aku...
Maka berakhirlah mogok "si dia" kat aku...
Hehe...

Ingatkan "si dia" nak mogok sampai seminggu...
Jgn marah eh...
Gurau je...

Pasni jgn mogok2 lagi eh...
Kesian kat saya...
huhu...

Bersurai..........

Nsb baik la mogok x melarat... Yg pastinye... Aku rindu sgt2 kat si dia... Huhu...

Sunday, August 2, 2009

Virus Vavi H1N1 Vs Asaimen

Salam...

VIRUS VAVI H1N1

Hari ni virus vavi H1N1 telah meragut nyawa ke-6 di negara kita...
Memang menyedihkan...
Huhu...

Marilah kita sama2 berdoa agar wabak pembunuh ini nyah dari dunia ini...
Sama2 lah kita menjaga kesihatan kita...

Kalau rasa tidak sihat
cepat-cepatlah pergi mendapatkan rawatan kesihatan...
Mencegah lebih baik daripada mengubati...

VS

ASAIMEN

Asaimen banyak gilo sem ni..
huhu...

Aku belum buat satu pon lagi...
Bahan nak wat asaimen xde...
Dah g library da...
Tapi, x jumpe gak bahannye...
Huhu...

Bahana Virus H1N1 vs baca buku Cerpen terjemahaan Arab Moden... Sape2 yg susah nak tdo... baca la buku tu... hehe..


Tiga hari da... Betul-betul mogok ni... Huhu...

Saturday, August 1, 2009

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UNTUK MEMBENDUNG PENULARAN WABAK H1N1 DI UPM

LANGKAH-LANGKAH YG AKAN DIAMBIL OLEH PKU UTK MBENDUNG PENULARAN WABAK H1N1 DI UPM

1. Pengedaran MASK dan HAND SANITIZER (29 Julai - 5 Ogos)
i. Pljr Sabah/Sarawak & pljr lain yg masih berada di kolej akan dbekalkan dgn mask setiap hari.
ii. Pljr Sabah/Sarawak & pljr lain yg masih berada di kolej akan dbekalkan dgn hand sanitizer dgn anggaran seorg 1 botol (60ml)
iii. Mbekalkan mask dan hand sanitizer kpd semua pljr yg pulang ke kampus pd 4 Ogos 2009.

2. PELAJAR YG MASIH MPUNYAI GEJALA ILI PD 4 OGOS
i. UPM menasihatkan mana2 pljr yg masih mgalami gejala ILI spt selesema, batuk, demam @ kurang sihat shingga 4 Ogos 2009, dminta supaya terus tinggal di rumah masing2 & perlu mdptkan rawatan secara bterusan di hospital @ klinik bdekatan dgn sgr. Pljr bkenaan blh mdaftar semula di UPM setelah pulih dr gejala tsebut.

sumber: UPM Hotspot
Semoga semua berada dalam kondisi yg baik...

Maafkan Aku...

Salam...

Aku rasa aku yg bersalah...
Semuanya berpunca dari aku...
Mmg patut pun aku "dibuat" macam tu...
Tak pandai nak jaga hati & perasaan...

Maafkan aku...
Untuk yg sekian kalinya...

Hidup ini ada pasang surutnya.....

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker