Sahabat@Dusun Bayu

Wednesday, April 27, 2011

TAHNIAH kepada Ayahanda Tercinta

Salam...

Selamat malam kepada sahabat-sahabat PDB...
Semoga berada dalam keadaan sejahtera sentiasa...

Entri kali ini saya nak ucapkan

TAHNIAH!!!

kepada ayahanda saya yg tercinta iaitu

Muhamad Bin Haji Bohari

kerana telah dikurniakan

PINGAT BINTANG BENTARA SARAWAK
(BBS)

pada

Istiadat pengurniaan Darjah-darjah kebesaran Negeri Sarawak

yang berlangsung siang tadi...

Ayahanda yg segak dgn berbaju melayu hitam & tersemat pingat yg baru diterima didadanya... Hehe...

Pingat yg diterima ayahanda... Bukan pingat yg membawa gelaran datuk tu k... Pingat Bintang Bentara Sarawak...

Ayahanda bersama dgn bonda tercinta yg "semakin mengembang"... Hihi...

Sekali lagi ucapan tahniah diucapkan kepada ayahanda
daripada anakandamu yg berada jauh di perantauan...

~~~...Bersabar itu indah dan banyak manfaatnya... Tapi, tahap kesabaran itu ada batasnya...~~~

Saturday, April 23, 2011

Beban Tugas Guru Semakin Mencabar

Salam...

PDB nak kongsikan satu artikel berkenaan dunia pendidikan daripada Harian Metro...

Apa pandangan anda?

Beban Tugas Guru Kian Mencabar

PERHUBUNGAN guru dan pelajar yang dulunya berlangsung secara harmonis, saling menghormati serta mendapat pengiktirafan masyarakat, kini semakin berantakan. Bukan saja pelajar dilanda masalah disiplin guru juga semakin mula menunjuk lagak dengan tindakan membelakangkan nilai kemanusiaan dan kewarasan.

Dan masyarakat pula mula diasak pelbagai pertanyaan dan persoalan mengenai nilai serta kredibiliti guru. “Adakah guru boleh mendidik?”, “Guru sudah hilang akalkah hingga sanggup mendera dan menghukum pelajar seperti haiwan?” serta pelbagai lagi persoalan yang memerlukan jawapan segera.

Malangnya, semakin banyak salah laku guru didedahkan, masih ada yang berani berterusan menongkah arus dengan mengambil jalan penyelesaian sendiri seolah-olah tragedi yang berlaku tidak mampu meninggalkan peringatan.

Persoalannya, mengapakah guru masih tidak mahu mengambil iktibar? Adakah keberanian itu kerana berasa diri kebal dengan status terhormat yang diberikan masyarakat ataupun dibelenggu faktor lain hingga menjadikan mereka bertindak tanpa kewajaran.

Bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah, Zuraidi Rahim, berkata masyarakat seharusnya memahami guru hanya manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan.

Menurutnya, status guru hanya disandang kerana terbabit dengan kerjaya berkenaan manakala secara khususnya, mereka masih seperti anggota masyarakat lain yang berdepan dengan tekanan dan cabaran.

“Apabila masyarakat menggunakan status guru dalam membuat penilaian, secara tidak langsung membabitkan keseluruhan golongan berkenaan. Dengan kata lain, kalau seorang bermasalah, semuanya seolah-olah melakukan kesalahan serupa dan patut dihukum.

“Sedangkan yang bermasalah hanya seorang dua. Hakikatnya, mereka tetap sama seperti orang lain yang melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan cabaran masing-masing,” katanya.

Kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan memperkatakan profesionalisme golongan terbabit.

Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada pula berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan sama. Malangnya kekerasan itu berakhir pula dengan tragedi.

Beliau berkata masyarakat boleh menyalahkan guru yang bersalah, namun perlu adil membuat penelitian terperinci sebelum menjatuhkan andaian.

Akuinya, ada guru berdepan dengan tekanan persekitaran luar biasa yang menjadi punca tindakan luar kewarasan, ditambah bebanan kerja serta sikap pelajar yang bermasalah.

“Dunia pendidikan hari ini tidak sama seperti dulu. Cabaran keterlaluan bukan saja persekitaran tapi sikap segelintir masyarakat yang bongkak serta lepas tangan menjadikan guru seperti ditindas.

“Masyarakat tidak boleh memaksa untuk memenuhi kehendak mereka secara total, malangnya berapa ramai mahu memahami? Kesudahannya apabila sentiasa ditekan dan tertekan, mereka boleh hilang pertimbangan.

“Apabila timbul isu membabitkan guru, masyarakat pula memberikan hukuman dan komen negatif sedangkan kebenaran masih belum terbukti. Ini menambah lagi beban guru yang sudah sedia terbeban,” katanya mengakui cabaran besar guru hari ini berlegar kepada matlamat untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat.

“Malangnya dalam memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin sukar. Ditambah tekanan memenuhi standard tugasan, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya, guru pasti sukar ‘bernafas’.

“Jadi mengapa masyarakat tidak mahu memudahkan tugasan itu dengan bersama menggembleng usaha dan memberi ruang privasi kepada guru mencorakkan sendiri tanggungjawab? Saya percaya cara itu dapat membantu mereka lebih berdaya saing dan kurang tekanan,” katanya.

Beliau bagaimanapun akur ada guru mempunyai emosi tidak stabil, bercelaru dan memerlukan rawatan sama ada berbentuk dorongan psikologi atau perubatan.

“Masalahnya, mereka berkelakuan normal namun bahaya kepada pelajar. Guru seperti ini memerlukan pemerhatian khusus dan sekolah terutama pentadbiran perlu peka kerana membabitkan soal keselamatan.

“Bagaimanapun, jangan meletakkan kesalahan atau noktah penamat terhadap perlakuan itu. Jika boleh dibantu, hulurkan bantuan ataupun merujuk kepada mereka yang lebih arif dan pakar untuk membantu,” katanya.

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan.

Menurutnya, guru yang tidak sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk melempiaskan kemarahan kepada pelajar tanpa disedari hingga mengakibatkan masalah lain.

“Dulu, guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi banyak komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak kerja remeh temeh terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi yang perlu diserahkan kepada pihak tertentu.

“Tekanan demi tekanan di samping tidak mendapat sokongan persekitaran menyebabkan segelintir guru akhirnya tertekan. Untuk menyalur atau meredakannya, mereka menzahirkan kepada golongan yang tidak mampu melawan dan kebiasaannya pelajar menjadi pilihan.

“Malangnya, ramai tidak prihatin terhadap masalah ini dan melambakkan segala tanggungjawab pada guru. Apatah lagi kebanyakan pelajar hari ini ‘tidak makan saman’ menyebabkan guru bagai terpaksa mengambil tindakan luar biasa untuk mengimbangi keadaan meskipun salah,” katanya.

Beliau berharap guru yang berasakan diri bermasalah agar dengan rela hati bertemu kaunselor atau pihak bertauliah untuk meredakan tekanan dan mencari alternatif terbaik untuk mengawal diri.

“Jika berasakan diri bermasalah, jumpa kaunselor untuk mencari penyelesaian. Tidak usah malu dan ketepikan persepsi buruk orang lain demi kebaikan diri sendiri.

“Amat malang sekali imej guru yang selama ini dihormati tercalar gara-gara masalah yang boleh diselesaikan. Dalam hal ini, masyarakat atau pelajar tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka berhak untuk bersuara,” katanya.

Bapa pelajar sekolah menengah di Alor Setar, Kedah, Izir Ahmad, berkata guru yang melepaskan kemarahan kepada pelajar dianggap tidak profesional dan melanggar batas tanggungjawab diamanahkan.

“Saya akui ada pelajar hari ini sangat degil, namun sebagai guru dan orang dewasa, perlu bertindak secara matang untuk mengawal perasaan. Walaupun perasaan bersifat subjektif, namun ia boleh dibentuk dengan pemikiran positif.

“Sebagai bapa, saya juga gusar melepaskan anak ke sekolah untuk dididik oleh guru bermasalah. Bagaimanapun saya yakin hanya segelintir guru saja yang bermasalah manakala yang lain masih berdedikasi untuk mendidik pelajar menjadi cemerlang,” katanya.

Anda sudah bacakan...?

Apa pandangan anda...?

Friday, April 22, 2011

Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sarawak 2011 & Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang 2011

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat PDB...
Semoga sihat-sihat sahaja ye...
Minggu ni saya sibuk sikit...
Maklumlah sekolah saya menjadi tuan rumah untuk 2 program besar...

1. Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sarawak...
19-20 April 2011...

2. Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang...
21 April 2011...

Tengok la beberapa keping gambar ni...
(Sumber gambar: Razali SMKAL)

 Pentas utama venue Bahas Ala Parlimen...
Tahniah kepada cikgu-cikgu yg bertungkus lumus menyiapkan persiapan pentas ini...
Tak perlulah saya sebutkan nama-nama mereka...
Kredit kepada mereka...

Salah satu pertandingan bahas ala parlimen yg berlangsung...

Pertandingan Nasyid... Salah satu pertandingan yg diadakan pada MTQ...

Naib Johan Pertandingan Nasyid... Tahniah kepada kumpulan nasyid SMK Agama Limbang...

Dua program yg besar berturut-turut...
Semua guru memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlangsung...
Sebelum program berlangsung lagi guru-guru dah mula bertungkus lumus bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar...

TAHNIAH....
Diucapkan kepada semua guru SMK Agama Limbang
dan
Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah Limbang
kerana telah berjaya menganjurkan program tersebut...

Alhamdulillah...
Majlis Penangguhan Karnival Bahasa & Majlis Penangguhan MTQ telah berjalan dengan lancar...
Sebab itulah pentingnya raptai majlis...
Supaya tidak kelam kabut semasa majlis sebenar berlangsung...

Dan saya cakap tugas sebagai pengacara majlis senang?
Kalau la ada kesilapan masa majlis berlangsung, siapa yg akan dilihat oleh penonton atau tetamu yg hadir...?
Mestilah mereka akan tengok pengacara majlis...
Betul tak...?

Sapa-sapa yg tau protokol majlis ni tau la kenapa pentingnya raptai majlis ni...
Lebih-lebih lagi majlis yg besar...
Bukan main redah je...
Kalau majlis tu berjalan dgn lancar & berjaya mesti la akan diingati oleh tetamu yg hadir...
Kalau majlis tu kelam kabut pun akan diingati oleh tetamu jugak...
Tapi, memalukan la...
Nama sekolah jugak yg org sebut...
Kesimpulannya, kerjasama semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan setiap program yg dijalankan berjalan dengan lancar dan berjaya. (Mcm kesimpulan rumusan pulak...Hihi...)

Tahniah kepada semua pemenang...
Tahniah kepada guru-guru SMK Agama Limbang...
Tahniah kepada murid-murid SMK Agama Limbang yg banyak membantu sepanjang program berlangsung...
 Tahniah kepada staf-staf SMK Agama Limbang...
Tahniah kepada semua yg terlibat...

Sekian saje..  Wassalam...

~~~Semoga "Rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi" tidak akan berlaku... Saya tak suka kalau berlaku mcm tu... Serius...~~~

Sunday, April 17, 2011

Layan Maharaja Lawak Minggu Ke-3: Usop Wilca Nyanyi Petang ni....

Salam...

Selamat berhujung minggu kepada semua...
Petang-petang mcm ni seronok makan pisang goreng sambil minum teh...
Uhhh... Syoknye...

Kalau kat rumah ni mesti mak sy buat pisang goreng...
Tak pon buat kuih ke...
Tak pon kakak sy masak donut...
Huhu...

Paling aku suka lempeng yg mak saya buat...
Cecah dgn susu....
Sedap2....
Huhu...

Rindunya kat family saya...
InsyaAllah...
Cuti bulan 6 nanti  saya balik rumah....
Hehe...

Time aku menaip entri ni aku sedang menikmati air soya jagung+jagung dgn makan keropok Roller Coaster...
Takde transpot nak kluar beli pisang goreng...
Huhu...

Tepung ada kat dapur tu...
Tapi, pisangnya ngak ada...
Hihi...

Takpe2...
Petang ni layan Maharaja Lawak je...
Hihi...

Gelak sampai kena sound dgn cikgu sebelah baru la senyap...
Hahaha....


Layan Maharaja Lawak-Usop Wilca...
Hehe...

Jumpa lagi next entri ye....

~~~...Berehat secukupnya untuk mengharungi minggu yang sibuk dan memenatkan... Semoga Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sarawak 2011 & Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang berjalan dengan lancar dan berjaya...Amin...~~~

Friday, April 15, 2011

Lagu Khas Untuk Calon-Calon Wakil Rakyat Pilihanraya Umum Sarawak 2011

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat PDB?
Semoga sihat-sihat sahaja...

Sekarang ni negeri Sarawak sedang hangat dengan 
kempen-kempen calon-calon wakil rakyat 
pilihanraya umum Sarawak 2011...
PDB tak dapat tunaikan kewajiban mengundi kerana berada jauh di perantauan...
Bukan sebab tak daftar...
Sy dah daftar masa umur 21 tahun dulu...
Masa tu ada kaunter SPR di UPM...
Hehe...

Ni ada lagu khas untuk bakal-bakal wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat...
Tunaikan tanggungjawab sebaik-baiknya apabila dah diamanahkan oleh rakyat...
Dengar la lagu ni  k...

Diari YB - N.D. Lala


Semoga YB yg dipilih jd YB yg mcm dalam lagu tu k...
Hehe...

Sekian...

Saturday, April 9, 2011

Godaan Dunia VS Kesibukan Dunia

Salam...

Fuh... Rasa mcm dah lama tak update blog ni...
Maaflah kepada sahabat-sahabat blogger sbb dah lama tak update blog PDB ni...
Dah lama gak tak blogwalking...
Semakin hari semakin sibuk...
Sbb tu la jarang nak bukak blog ni...
Kalau bukak pon kejap2 je...
Thanks la sbb masih sudi lagi singgah di PDB ni...

Skrg ni masih lagi sibuk dengan rutin2 harian sebagai sorang guru...
Bulan ni paling sibuk sbb sekolah sy akan menjadi tuan rumah karnival bahasa peringkat negeri Sarawak...
Jadi tuan rumah untuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat bahagian juga....
Bahas piala ketua menteri Sarawak juga dijangka akan berlangsung hujung bulan ini...
Jadi, sy sebagai guru bahas & jurulatih a.k.a juruletih & juruleter akan mula memerah idea untuk membuat teks bahas...
Jadi, sy kena bersedia dari segi fizikal & mental...
Huhu...

Skrg ni pun tgh memerah otak mencari idea untuk membuat lirik & lagu nasyid untuk MTQ & Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah... Pun akan berlangsung bulan ini juga... Huhu...
Tengah mencari idea untuk lagu nasyid sambil dengar lagu nasyid klasik...
Terpikat pulak dengan lagu nasyid ni...

GODAAN DUNIA
Ahmadi Hassan

Hidup di dunia (3x)
Waspada berwaspada

Godaan menggoda (3x)
Semua manusia

Sedarlah awaslah teman semua
Jauhilah jauhi godaan dunia.

Sedarlah awaslah teman semua
Jauhilah hindarilah
Godaan yang membawa
bencana dan perkatakan pada
semua umat manusia.

Janganlah kau
Bawakan dirimu
Hanyut di dalam 
Arus alam derita.

Derita kerana dikau tiada
Menghindari segala godaan dunia.

Hidup di dunia (3x)
Waspada berwaspada.

Godaan menggoda (3x)
Semua manusia.

Nak dengar lagu ni..Cari kat youtube k....
x dpt nak embed kod video tu... Huhu...

K la nak sambung dengar lagu nasyid klasik...
Hihi...

Selamat malam...

~~~...Kamu...Saya rindu kamu...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker