Sahabat@Dusun Bayu

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru... Terima kasih cikgu...!

Salam...

SELAMAT HARI GURU

kepada 

SEMUA GURU DI MALAYSIA

terutama yang telah mendidik dan mengajar saya semasa

di tadika Kpg Buntal, SK Istana, SK Tambey, SK Sejijak, SMK Tun Abang Haji Openg, di Universiti Putra Malaysia...

Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada guru-guru di SMK Munshi Abdullah, Melaka

dan

Guru-guru di SMK Agama Limbang, Sarawak...
Tempat saya bertugas sekarang...

Tidak lupa juga kepada ayahanda tercinta yg merupakan inspirasi saya iaitu

Cikgu Muhamad Bin Haji Bohari

yang telah bersara... Tapi, akan tetap dipanggil cikgu sampai bila-bila...

TERIMA KASIH CIKGU...!


Teringat lagu ni masa sambutan hari guru masa sekolah rendah dulu...

Siap cikgu nangis-nangis lagi...

Hehe...

Semoga saya juga akan menjadi seorang guru yang berjaya mendidik murid-murid saya menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara....

Amin...

~~~...Sedikit kecewa apabila apa yg diharapkan untuk hari guru kali ini hanya sekadar indah dari khabar sahaja... Huhu...~~~

Tuesday, May 10, 2011

Peluang Guru Bahasa Melayu Mengajar di Luar Negara

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat...?
Semoga sihat-sihat sahaja...

Jom baca berita ini yg saya petik daripada Berita Harian...

HANTAR GURU BM KE LUAR NEGARA

Kerajaan teliti cadangan ajar anak warganegara bahasa, budaya Malaysia

KERAJAAN akan meneliti cadangan untuk melatih dan menghantar guru bahasa Melayu bagi mengajar kanak-kanak warga Malaysia di luar negara.

Langkah itu adalah susulan cadangan Malaysian Danish Association (MDA) yang kebanyakan ahlinya bekerja dan menetap di Denmark, yang bimbang anak mereka tidak tahu langsung berbahasa Melayu dan tidak mengenali budaya negara asal-usul mereka. 

Ia disuarakan sendiri pengerusi persatuan itu, Poo Chu Chua, pada majlis makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, malam tadi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran yang berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Ketiga Menteri-Menteri Pelajaran Asia Eropah (ASEMME) di Axelborg Hall berkata, cadangan sama pernah disuarakan warga Malaysia yang menetap di London sebelum ini.

"Kita boleh mengkaji perkara ini kerana ia sesuatu yang baru. Kita perlu teliti kerana ada implikasi kos. Kita kena teliti berapa ramai anak Malaysia di luar negara perlu diajar bahasa Melayu dan di mana kelas kita nak adakan?.

"Kita juga perlu kaji bolehkah Kementerian Pelajaran menghantar guru ke sini, atau kita bawa orang kita di sini ke Malaysia untuk dilatih dan mereka boleh balik semula ke sini untuk menjadi tenaga pengajar, kerana mereka menetap di Denmark," katanya pada sesi dialog selepas makan malam bersama lebih 100 rakyat Malaysia di Denmark di sini.
Ini semua kata Timbalan Perdana Menteri perlu diteliti kerana Malaysia juga mempunyai kemudahan untuk memberikan latihan, namun kurang pasti sama ada boleh menghantar tenaga pengajar tetap di negara ini.

"Tapi bahasa Melayu tidak terlalu sukar. Ada orang kita boleh mengadakan kelas dan memberikan kelas antara satu ke dua jam sehari, kita boleh teliti perkara ini," katanya.

Justeru, Muhyiddin mengarahkan MDA mengemukakan butiran terperinci, dengan beliau akan kaji sama ada kementerian boleh menghantar tenaga pengajar atau melatih orang untuk dihantar ke sini.

Dari segi buku teks kata beliau, Kementerian bersedia menghantar buku bahasa Melayu secara percuma dari Malaysia untuk kemudahan kanak-kanak Malaysia di luar negara.

Terdahulu, ketika mengemukakan isu berkenaan Chu Chua yang juga seorang pensyarah yang bekerja di sini berkata, mereka mempunyai anak kecil dan mereka mahu melihat anak-anak mereka belajar bahasa Melayu serta faham dengan budaya Malaysia.

Justeru beliau mahu Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran memberi sokongan kepada persatuan itu, bagi menganjurkan kelas berkaitan, sekali gus mendapatkan tenaga pengajar.

"Kita tidak ada sukarelawan untuk mengajar bahasa Melayu dan budaya Malaysia supaya anak-anak kami, biarpun jauh di luar negara, masih memiliki bahasa dan budaya yang dibawa bersama mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Saturday, May 7, 2011

Lagu Open Your Eyes: Maher Zain Versi Melayu Bukalah Matamu (Video)

Salam...

Jom kita hayati lagu ini...

Bukalah Matamu...



Kita perlu buka mata hati dan minda
Saksikan semua petanda
Mampukah menafikannya
Terpaku tak terkata...

Berikanlah kami petunjuk... Allah...
Ke arah jalan Mu yang lurus... Allah...
Dekat dengan Mu selama-lamanya...

Allah ciptakan segalanya
kami semua menadah tangan
bersyukur selamanya...

Alhamdulillah...

Setiap lirik lagu ni penuh dengan makna yang mencengkam jiwa...

Kredit kepada

Soul Studio...

Sunday, May 1, 2011

Gambar Kereta Perodua Myvi Baru 2011

Salam...

Jom tengok gambar

Kereta Perodua Myvi Baru 2011...

Mungkinkah inilah rupanya kereta Myvi Baru yg diceritakan...

Pandangan hadapan...

Pandangan sisi...

Macam mana?

Lawa ke tidak...?

Kita tunggu je pelancarannya nanti k...

Apa-apa pun, sy nak kereta yg kat bawah ni boleh tak...?
Hehe...

Ni kereta Alza... Lawa kan... Hehe...

Ok la...Sekian dulu untuk kali ni...

Selamat Hari Pekerja

Salam...

Hari ini 1 Mei 2011...

1 Mei setiap tahun merupakan Hari Pekerja...

Jadi Poet Dusun Bayu nak ucapkan...

SELAMAT HARI PEKERJA

kepada semua pekerja di seluruh dunia...
Tak kira la kerja apa sekali pun...


Selamat hari pekerja juga untuk saya..hehe...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker