Sahabat@Dusun Bayu

Saturday, December 27, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430H

Salam...

Selamat menyambut Ma'al Hijrah 1430H
kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini...
Bersama-samalah kita bersyukur kepada Allah S.W.T.
kerana masih diberi kesempatan untuk terus hidup dan beribadat kepadaNya...

Salam Ma'al Hijrah 1430 H
daripada
Azwandy Bin Muhamad serta keluarga tersayang...
Semoga Allah S.W.T. merahmati kita semua...

Apa azam baru sahabat-sahabat...?

Thursday, December 18, 2008

Christmas for Payatas


The landfill in Payatas, The Philippines, is notoriously known the world over as Smokey Mountain. For over 35 years, the smoking dump site has grown to become a stark and heart-tugging reminder of the desperate conditions of humanity.

On a daily basis, children pick through newly arrived garbage to collect material to sell. The earnings made by one child are not enough to even buy food for the day. Hence, entire families are forced to climb the mountain each day, hoping to earn enough to feed everyone. Children as young as four years old are forced to work in this daily struggle for survival.

For more information, please visit: http://www.christmasforpayatas.com

Tuesday, December 9, 2008

KERETA IDAMAN POET: Bilakah akan dapat aku miliki...?

Salam...

Setiap orang mesti ada menyimpan untuk memiliki kereta idamankan...
Aku pun sama juga...
Banyak kereta yg menjadi idaman aku ni...
Tapi, setakat ni aku idamkan 2 buah kereta yg aku minat sgt...
InsyaAllah, suatu hari nanti akan aku miliki kalau ada rezeki...hehe...

Honda Jazz yg berjaya memikat hatiku..

Toyota Alphard yg membuat aku tertarik...hehe...

Itulah 2 buah kereta yg menjadi idamanku...
Dpt salah satu pun jadilah...
Kalau dapat dua-dua lagi bagus... Hehe...
Apa-pun yang kita idamkan, semuanya bermula dengan niat & usaha...
Niat yang baik & usaha yang berterusan... InsyaAllah, kita akan dapat memiliki apa yang kita idamkan dengan izin Allah S.W.T.

Semoga impian menjadi kenyataan... Amin...

Sunday, December 7, 2008

DOA HAMBAMU YA ALLAH...

Doa HambaMu ya Allah


Ya Allah…

Seandainya telah Engkau catatkan

Dia milikku, tercipta buatku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagian antara kami

Agar kemesraan itu kekal abadi.


Ya Allah…

Ya Tuhanku yang maha mengasihi

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

Ketepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi ya Allah…

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku

Bawalah dia jauh dari pandanganku

Luputkanlah dia dari ingatanku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Ya Allah…

Ya Tuhanku yang maha mengerti

Berikanlah aku kekuatan

Melontar bayangannya jauh ke dada langit

Hilang bersama senja nan merah

Agar aku bisa bahagia

Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta…

Gantillah yang telah hilang

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah

Walaupun tidak sama dengan dirinya.

Ya Allah ya Tuhanku…

Redhakanlah aku dengan takdirMu

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau maha mengetahui

Segala yang terbaik buat hambaMu ini.

Ya Allah…

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku

Di dunia dan di akhirat

Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian

Di dunia ini mahupun di akhirat

Yang menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.


Maka…

Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman

Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup

Ke jalan yang Engkau redhai

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

Amin… Ya Rabbal A’lamin…


Syukur Alhamdulillah... Allah temukan aku dengan seorang insan yang amat aku sayangi & amat menyayangiku...

Saturday, December 6, 2008

5 DISEMBER 2008: Berakhirnya penantianku...

Salam...

5 DISEMBER 2008
JUMAAT
5:12 PETANG
KUALA LUMPUR CITY CENTRE (KLCC)

Berakhirnya penantianku...
Aku dah dpt jwpnnya...

KLCC jadi saksi...
Alhamdulillah...
Syukur padaMu ya ALLAH...

Terima kasih a.w.k.

RAHSIA TARIKH LAHIR...

Rahsia Tarikh Lahir...

01, 06, 11, 16, 21, 26, 31
Kamu beranggapan bahawa cinta adalah perkara terindah dalam hidup dan kamu suka bila jatuh cinta. Wah! Mungkin sebab itu kamu ni jarang benar boleh hidup tanpa cinta. Sebab itu juga kamu mudah untuk jatuh cinta atau memperoleh cinta baru setelah kecewa. Namun ini bukan pula bermaksud kamu ni jenis playboy/playgirl. Selalunya kamu akan setia pada yang satu tapi mudah sangat dikecewakan. Mungkin ini kerana kamu sentiasa beranggapan bahawa orang yang kamu sayang tidak benar-benar jujur terhadap diri kamu seperti mana kejujuran yang kamu berikan kepadanya. Selain itu, kamu juga gemar bersama teman-teman hinggakan kadangkala kamu sanggup kecewakan si dia semata-mata untuk tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti kesukaan kamu bersama teman-teman. Dikalangan teman-teman, kamu sangat boleh diharap. Namun sikap panas baran melampau yang kamu miliki itu, membuatkan ramai yang tidak begitu menyenangi diri kamu dan itu adalah kelemahan paling besar yang kamu miliki. So, lepas ini kamu kenalah pandai-pandai kontrol sikit perasaan baran itu, jika tidak mahu teman-teman semakin menjauhkan diri dari kamu!

02, 07, 12, 17, 22, 27
Impian dan cita-cita adalah perkara yang paling penting dalam hidup kamu. Malah kamu juga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhinya. Itu adalah satu sikap yang positif untuk meraih kejayaan dalam hidup. Selain cita-cita dan impian, cinta juga dianggap sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan kamu namun sifat kamu yang sentiasa inginkan seseorang yang sempurna membuatkan kamu sukar mencari teman yang sesuai. Kamu juga sukar untuk mempercayai orang lain. Dari segi persahabatan, teman-teman adalah sangat penting bagi kamu malah kamu sangat menghargai tiap persahabatan yang terjalin itu. Namun begitu, kamu bersifat perahsia di kalangan teman-teman. Kamu bukan seseorang yang mudah hendak berkongsi rahsia dengan orang lain, biarpun teman rapat kamu sendiri. Mungkin itu adalah sikap semula jadi yang kamu miliki. Tidak mudah percaya pada orang lain. Biasalah tu, takut dijaja sesuka hati pula. Selain itu, kamu juga sangat gemar berfikir secara mendalam tentang segala perkara yang berlaku. Kata orang tu, kamu akan mengambil masa sebelum melakukan sesatu tindakan kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari.

03, 08, 13, 18, 23, 28
Kamu beranggapan kehidupan adalah pemberian Tuhan yang indah dan kamu gemar untuk menikmati tiap apa yang kamu lakukan dalam hidup. Sikap peramah dan baik hati membuatkan kamu disenangi ramai namun kadangkala sikap kamu yang agak emosi membuatkan mereka kurang menyenangi sikap kamu itu dan seolah menjauhkan diri. Bukan mereka tidak sudi lagi berkawan dengan kamu tapi sikap kamu yang "angin satu badan" itu kadangkala membuatkan mereka rimas. Dalam perhubungan cinta pula, kamu dikatakan seorang yang jujur dan setia dalam percintaan. Tapi awas, kamu tidak dapat langsung menerima sebarang bentuk penipuan. Sekali kamu tertipu, kamu lebih rela kehilangan cinta itu buat selama-lamanya walaupun sayang itu masih ada di hati. Ini kerana kamu teramat mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bagi kamu, jika sekali kamu ditipu tak mustahil ia akan berlaku lagi di masa depan. Itulah prinsip yang kamu pegang kuat, termasuk juga dalam hubungan persahabatan. Usah cuba menikam kamu dari belakang, buruk padahnya nanti. Dari segi emosi, kamu mampu mengawal emosi diri kamu bila berada di samping si dia namun kadangkala keputusan yang kamu ambil menimbulkan kesan negatif pada si dia.

04, 09, 14, 19, 24, 29
Dalam hidup, kamu sentiasa mempunyai matlamat yang hendak kamu capai. Malah kamu juga sangat mengambil berat tentang impian orang lain. Jadi tidak hairan jika kamu sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi untuk memenuhi keinginan orang lain seperti keluarga dan teman rapat. Bagi diri kamu, teman-teman punya pengaruh besar dalam kehidupan kamu dan kamu juga sanggup membantu mereka dalam apa keadaan sekalipun. Bahkan kadangkala seolah-olah mementingkan teman daripada keluarga sendiri. Dari segi personaliti diri, kamu juga dikatakan sering kali dipengaruhi oleh emosi diri tapi hanya sekejap saja. Kata orang tu, cepat panas tapi cepat pula sejuknya. Mungkin ini disebabkan rasa kurang sabar yang kamu miliki hingga buatkan kamu
selalu lupa diri.

05, 10, 15, 20, 25, 30
Kamu seorang yang suka disayangi dan dimanjakan oleh orang teman yang rapat dengan kamu. Seperti juga dengan grup C3, kehidupan adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk dinikmati. Walaupun ada pahit maungnya namun semua adalah perkara normal dalam kehidupan. Tidak perlu ambil serius sangat. Selain itu, rupanya kamu suka enjoy untuk menghiburkan hati. Ops! jangan pula salah faham, ia bukanlah perkara yang negatif. Mungkin sekadar keluar bersama teman-teman atau melakukan aktiviti yang disukai untuk menghilangkan tekanan. Ini juga salah satu sebab mengapa kamu punya ramai teman malah kamu memang punya hobi untuk menambah koleksi teman-teman yang kamu sayangi. Keburukan kamu, punya pelbagai impian tapi tak berusaha keras untuk mencapainya, Ini juga disebabkan oleh sikap semula jadi kamu yang suka sangat mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebenarnya kamu mampu memperoleh apa yang kamu impikan dalam hidup tapi selalunya ia tidak menjadi kenyataan kerana kamu sendiri tidak serius berusaha. Kamu juga gemar melakukan kerja separuh jalan. Untuk memiliki lebih banyak kejayaan di masa depan, kamu dinasihatkan agar lebih rajin berusaha dan cuba ubah sikap buruk kamu itu, demi kebaikkan diri kamu sendiri.


Selamat Hari Lahir kepada sahabat-sahabatku...

Wednesday, December 3, 2008

HARI ITU AKAN TIBA...

Salam...

Penantianku...
Kesabaranku...
Pengorbananku...
Kasih sayangku...
Cintaku...
Kebahagiaanku...
Hatiku...

Seluruh jiwa dan ragaku...

Hari itu akan tiba...
Sabar menanti...

Semoga jodoh kami panjang...sampai akhir hayat kami...

Monday, November 24, 2008

SELAMAT HARI LAHIR KE-20 ROHAIDA MUHAMED


Salam...

SELAMAT HARI LAHIR YG KE-20 KPD BDK KECIK @ ROHAIDA MUHAMED...
SEMOGA PJG UMUR & DILIMPAHKAN REZEKI YG BYK...

SEMOGA SEMUA IMPIAN AKAN TERCAPAI & GEMBIRA SELALU...
SEMOGA BERTAMBAH KETINGGIAN...HEHE... JGN MARAH DAK KECIK...

SEMOGA HEPI WITH HUSNI...HEHE...SWEETNYE...
BERAPA BANYAK SEMOGA DA....HUHU...

THANKS EH DAK KECIK TOLONG ORG HANDLE KKC-21...
NANTI ORG BLANJE MKN K...

Besday Gurl-Bdk kecik

Sebelum mandi tepung...hehe...

Selepas mandi tepung dgn telur...kesian dak kecik...huhu...

Dak kecik bersama-sama dengan perancang utama...hehehe...

Jgn marah eh Dak kecik...
Thanks 4 everything...

Saturday, November 22, 2008

PESERTA-PESERTA KKC-21: Masihkah kau ingat?

Salam...

Dah 3 hari Kursus Kepemimpinan Canselor Ke-21 berakhir. Banyak kenangan yg x dpt aku mahupun peserta-peserta lupakan...

Aku sebagai pengarah KKC-21 kali ni sgt berbangga kerana KKC kali ni berjalan dgn lancar dan objektifnya tercapai dgn jayanya...

Tanpa bantuan daripada barisan MTM 08/09, felo-felo dan pihak pentadbiran KC semestinya KKC kali ni x akan berjalan dgn lancarnya... TERIMA KASIH banyak-banyak aku dan Rohaida(Bdk kecik selaku timb. pengarah) ucapkan kpd semua yang membantu...

Jasa anda semua akan kami kenang sampai bila-bila... Kepada semua peserta-peserta KKC-21, aku sediakan sedikit gmbr utk kenangan anda semua... Ingat lagi x tempat-tempat di Hutan Lipur Kuala Woh dulu..hehehe...

Pejabat Hutan Lipur Kuala Woh

Tapak khemah

Jambatan gantung... Mesti ingat lagikan?

Sape ingat lagi tempat ni?

Checkpoint ni la paling peserta-peserta bengang...hehe...

hmmm.....

Padang yang menyimpan banyak kenangan...

Tempat abg mat masak... Kalau peserta lupe tmpt ni mmg la...

Tebing Merbau... Tmpt someone panggil aku "abg"...hehe...

Tapak khemah peserta...

Kalau x ingat tempat ni x tau la...

Ok la..ckp utk kali ni... nanti aku ltk lagi gmbr yg lain k...

"Pemimpin Unggul Perintis Kegemilangan"

Sunday, November 9, 2008

BUKU SAJAK: Terkandungnya Hasil-hasil Pemikiran Puitis

Salam...

Alhamdulillah... Aku masih mampu bernafas lagi hari ini... Esok, belum tentu lagi aku masih mampu untuk bernafas atau tidak... Semoga Allah panjangkan usiaku... Kerana, hajatku masih belum terlaksana... Ckp sakadar coretan ringkas ini sebagai mukadimah entri BUKU SAJAK ini...

Semester untuk kali ini telah pun berakhir. Setelah mengharungi pelbagai peristiwa, kuliah, peperiksaan, program dan aktiviti yang lain sepanjang semester ini, semua pelajar sibuk mengemas barang-barang mereka kerana cuti telah pun bermula. Jualan kotak semakin laris dan harganya juga melambung tinggi. Peniaga-peniaga mula mengambil kesempatan menjual kotak dengan harga yang mahal. Padahal, harga kotak tersebut hanya 50 sen sahaja.

Nak buat macam mana. Pelajar-pelajar terpaksa juga beli sbb nak simpan barang. Aku pun sama macam budak-budak lain gak. Walaupun aku tak balik cuti ni, aku pun kena la kemaskan bilik. Maklum la, aku tak suka barang-barang berselerak dan aku akan pastikan tempat aku kemas walaupun tempat rakan sebilik aku lebih kemas daripada tempat aku...Hehe... Teeettt... Masa tamat...hehe...

Dah 5 semester aku kat UPM ni... Buku-buku dan nota-nota pun dah banyak sangat. Sampai satu kotak besar pun tak muat nak simpan. Nak dibuang sayang pulak. Nak bagi kat junior pun sayang gak...Bagi pinjam boleh la..hehe... Mana-mana junior PBMP yang nak pinjam buku dan nota boleh la jumpa abg k...(Abg ker?)hehe...

Baiklah, berbalik semula kepada tajuk entri ini iaitu BUKU SAJAK. Mesti semua nak tahu apa itu BUKU SAJAK...?(Skema sikit ye...hehe...)Sebenarnya buku ini hanyalah buku biasa tempat aku menzahirkan hasil pemikiran yang puitis. Maka, aku gelar buku itu sebagai BUKU SAJAK. Buku ini aku jumpa semula di dalam kotak petang tadi setelah lama aku cari. Mungkin sudah tiba masanya aku perlu mencoretkan hasil-hasil pemikiran yang puitis semula. Mungkin juga sebagai permulaan untuk menjadikan hari-hari yang seterusnya lebih baik daripada hari ini dan semalam. Semoga esok lebih baik hendaknya...

Untuk yang pertama ini, aku akan kongsikan salah satu sajak ringkas yang tidaklah sukar untuk difahami dan dimengerti. Sajak ini aku nukilkan khas kepada seorang insan yang aku sayangi. Dan sajak ini juga merupakan salah satu sajak yang terdapat di dalam BUKU SAJAK aku. Baiklah, aku tinggalkan kalian semua dgn sajak tersebut buat tatapan dan renungan.

RUANG PENGHARAPAN
(Serangkai bingkisan buat si dia)

Di ruang pengharapan ini
aku duduk sepi
memikirkan sesuatu
yang tak pasti.

Di ruang pengharapan ini
aku duduk sunyi
mengingat kembali
kata-kata dan janji
yang aku rasa
telah dimungkiri.

Di ruang pengharapan ini
aku cari
jalan keluar
untuk aku lari daripada sepi
lari daripada sunyi
yang membebankan ini.

Di ruang pengharapan ini
tidak ada api
tidak ada cahaya yang menerangi
yang ada hanyalah
aku…
Mencari-cari
sinar harapan
yang aku nanti-nanti
yang ingin aku kecapi.

Biar pun ku menanti
sesuatu yang tak pasti
namun,
harapanku masih tinggi
setinggi mentari
dari bumi.
Aku akan setia menanti
di ruang pengharapan ini
sehingga jawaban
kepastian itu
lahir daripada hati
yang suci
dan aku mengerti
aku patut berhenti
menanti di ruang pengharapan ini
yang sangat menyiksa diri.


Semoga esok lebih baik...

Saturday, November 8, 2008

PPSMI: Sejauhmana keberkesanannya?

Salam…


Agak lama aku menyepi daripada melayan blog aku ini. Memang agak sibuk dengan tugas sebagai seorang pelajar dan pemimpin pelajar di kolej menjadi salah satu sebab blog aku ini bersawang selama sebulan. Pelbagai perkara dan peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut dan aku hanya mampu mendengar cerita daripada kawan-kawan dan melalui surat khabar yang aku sempat baca.


Dan akhirnya terbitlah entri ini daripada respon mengenai isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Seperti yang kita semua ketahui, keputusan UPSR 2008 akan diumumkan pada 13 November ini. Keputusan UPSR inilah yang akan menjadi penanda aras kepada hala tuju PPSMI yang telah menjadi isu hangat sejak pelaksanaannya pada tahun 2003. Adakah PPSMI ini perlu diteruskan atau sebaliknya? Adakah pelaksanaan PPSMI ini berjaya atau sebaliknya? Adakah objektif pelaksanaan PPSMI ini tercapai? Semua persoalan tersebut akan terjawab setelah keputusan UPSR 2008 diumumkan nanti. Dan harapan aku sebagai salah seorang warganegara Malaysia yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI ini agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tulus dan jujur mengeluarkan analisis mengenai pencapaian pelaksanaan PPSMI tersebut dan tidak ada kepentingan individu.


Keputusan UPSR 13 November

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 13 November ini iaitu sehari sebelum cuti sekolah bermula.


Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pencapaian UPSR itu nanti akan menjadi penanda aras kepada hala tuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


"Keputusan akan diumumkan minggu depan dan diharapkan pencapaian akan menunjukkan peningkatan yang positif.


"Kita juga pada masa yang sama akan mengukur pencapaian UPSR 2008 sebagaimana yang dimaklumkan sebagai penanda aras," katanya selepas merasmikan mesyuarat bulanan Kementerian Pelajaran di sini semalam.


Bagi tahun ini seramai 518,616 calon akan menduduki peperiksaan membabitkan 8,171 buah sekolah.


(Sumber: Kosmo/8 November 2008)


Memartabatkan Bahasa Melayu adalah agenda yang lebih penting dan bukannya memartabatkan Bahasa Inggeris. Tidak salah sekiranya kita ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Tetapi, janganlah disebabkan persaingan global yang semakin rancak ini dan memerlukan kita menguasai Bahasa Inggeris, bahasa kita di anaktirikan.


Mantapkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah dan bukanlah mengajarkan mata pelajaran sains dan matametik dalam Bahasa Inggeris. Itu lebih baik. Sekiranya kita tidak memartabatkan Bahasa Melayu di persada dunia, siapakah lagi yang akan memartabatkannya. Negara Jepun boleh menjadi contoh kepada kita. Mereka sangat mementingkan bahasa mereka dan Negara mereka juga sangat maju.


Baru-baru ini, timbul isu papan tanda jalan di Pulau Pinang yang menggunakan pelbagai bahasa. Barulah ada orang kita yang sedar bahawa bahasa kita semakin diperlekehkan. Barulah orang kita sedar bahawa Perkara 152 dan 153 perlembagaan Malaysia telah dicemari. Barulah orang kita hebat berdebat mempertahankan maruah bahasa dan diri sendiri. Salah siapa?


Masih sempat lagi kalau kita mahu mengubah sesuatu yang telah dilaksanakan sebelum menjadi lebih parah. Apa-apa keputusan, mestilah mengambil kira pandangan orang lain dan bukannya keputusan individu untuk kepentingan diri masing-masing.


Kepada semua orang kita, saya perlukan respon anda mengenai isu ini. Bersama-samalah kita memartabatkan bahasa kita.


“Hidup Bahasa Melayu….Hidup Bangsa Melayu…”

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker