Sahabat@Dusun Bayu

Sunday, November 21, 2010

C.I.N.T.A. by The Baginda's

Salam...

Entri kali ni pasal lagu lagi...
Pernah tak dengar lagu
C.I.N.T.A...

Lagu tu band dari Indon yg nyanyi...
Nama band tu The Baginda's...
Banyak gak la lagu yg best...
Tapi, lagu ni pun saya rasa best...
Jom dengar sama-sama k...
Hehe...

Ini lirik lagu tu...

C.I.N.T.A.
The Baginda's

Berapa kali ku harus katakan cinta
Berapa lama ku harus menunggumu

Diujung gelisah ini aku
Tak sedikitpun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

[*]
Luka luka luka yang kurasakan
Bertubi tubi tubi yang kau berikan
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Tapi aku balas senyum keindahan

[**]
Bertahan satu cinta
Bertahan satu c.i.n.t.a
Bertahan satu cinta
Bertahan satu c.i.n.t.a

Pernahkan engkau sejenak mengingat aku
Pernahkan ingat walau seperti angin berlalu

Di setiap malam kini aku
Tak sedetikpun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

Back to [*][**]
Back to [*],[**] 2x

 

 Adios...

~~~...Suka dia eja C.I.N.T.A...Hehe...~~~

Saturday, November 20, 2010

Lagu Khas Untuk Cikgu Qamarul

Salam...

Kepada sahabatku Cikgu Qamarul...
Semoga ko akan dapat menyesuaikan diri dengan baik di tempat baru nanti...
Aku doakan ko akan menjadi seorg guru yg cemerlang mendidik anak bangsa sehingga berjaya...
Boleh bah kalau kau...
Hehe...

Lagu ini khas untuk ko...
Dengar k...
Haha..


Apa macam bro...?
Ok tak lag tu...?
Hehe...

Nanti kita g naik kinabalu sama-sama k...
Thn depan aku g Sabah gak...
Kita g cuti-cuti k...
Hihi...

Sekian bro...
~~~...Qamarul posting Sabah... Kena la tu... Muka dia pon mcm org Sabah bah..Hehe...~~~

Di Manakah Aku Akan Ditempatkan?

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger & pengunjung-pengunjung Poet Dusun Bayu...?
Saya doakan kamu semua sentiasa dalam keadaan sihat sahaja...

Sekarang ni masih lagi berteka-teki di sekolah manakah saya akan ditempatkan...
Alhamdulillah...
Saya dapat mengajar di sekolah menengah agama di Sarawak...
Cuma belum tahu lagi sekolah mana yg akan menjadi sekolah pertama saya berkhidmat...

Di Sarawak terdapat 8 buah sekolah menangah agama...
.
.
.
SMKA Sheikh Hj Othman Abdul Wahab, Kuching
SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching
SMKA Matang, Kuching
SMKA Sibu
SMKA Miri
SMKA Limbang
SMKA Igan 
SMKA Seri Aman
 .
.
.
 Tiga daripada sekolah menengah agama tersebut terletak di Kuching...
Mana-mana sekolah pun saya ditempatkan, saya tak kisah...
Hehe...
Kalau dapat di Kuching lagi la bgs...
Hehehe...

Kepada rakan-rakan seperjuangan yg akan ditempatkan di Sarawak,
Selamat Datang saya ucapkan...

Kepada rakan-rakan seperjuangan yg akan posting minggu depan....
Tahniah diucapkan...
Jgn lupa post kat FB nama sekolah k...
Hehe...

Sekian dulu...

Adios...

~~~...Rasa x sabar nak mengajar... Tapi, dak sekolah dah cuti...Hehe...~~~

Friday, November 19, 2010

Komputer Riba (Laptop) Rendahkan Kualiti Sperma Lelaki

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger & pengunjung Poet Dusun Bayu...?
Semoga semuanya sihat-sihat sahaja k...

Kepada lelaki-lelaki... Sila baca entri ini k...

Komputer Riba Rendahkan Kualiti Sperma Lelaki

New York, Rabu- Penggunaan komputer riba di atas riba mungkin bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki, menurut kajian terbaru.

Cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan meletakkan komputer riba di atas meja, menurut ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin.
 Sumber gambar: Encik Google

Dalam kajian itu, pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum 29 lelaki muda yang menggunakan komputer riba di atas riba.

Walaupun pelapik diletakkan di bawah komputer riba, suhu skrotum peserta didapati meningkat dengan cepat.
 Sumber gambar: Encik Google
 Sumber gambar: Encik Google

"Jutaan pengguna komputer riba adalah dalam kalangan lelaki dalam lingkungan umur yang mempunyai kesuburan tinggi dan juga penggunaan komputer di atas riba dalam tempoh 10 minit mampu merendahkan kualiti sperma. " katanya.

Lelaki-lelaki sila ambil perhatian k..
Hehe...

Sebenarnya perempuan juga tidak terkecuali dalam kes ini...
Hihi...

Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku...
Jangan letak laptop kat riba k...

Sekian...

~~~...Tips kesihatan ini disediakan khas untuk anda..Hehe...~~~

Thursday, November 18, 2010

18 November 2010: It's Your Birthday

Assalammualaikum w.b.t...

Awak... Entri ini khas untuk awak...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
18 November 2010...
Hari ini hari ulang tahun kelahiran awak...
Usia awak dah pun bertambah...
Hehe...

Ulang tahun kelahiran awak kali ini tidak seperti yang lepas...
Tahun lepas kita dapat raikan sama-sama...
Awak ingat lagi tak birthday awak tahun lepas...?
Mestilah awak ingatkan...
Sampai mata awak masuk tepung...
Hehe...
Kesian awak...
Sori wak eh sbb baling tepung kat awak...
Tapi, bukan saya yg baling tepung kat mata awak...
Hehe...

Birthday awak tahun ini pastinya tak sama seperti tahun-tahun yg lepas...
Kalau tahun lepas, kita dapat sambut sama-sama...
Lagi pun masa tu kita masih di kolej...
Kalau kat kolej, awak dah kena baling dengan tepung dah ni...
Hihi...

Tapi, birthday awak kali ni...
Kita dah ada kehidupan masing-masing...
Awak dekat sana...
Saya di sini...

Relationship kita pon dah lain...
Mcm yg awk cakap...
Mungkin ini sudah takdir kita...
Dan saya harus terima hakikat itu...
Yup... Saya cuba sedikit demi sedikit untuk terima hakikat ini wak...
Huhu...

Eh... Nape tiba-tiba sedih ni...
Today is your birthday...
Saya tak nak awak rasa sedih...
Saya nak awak hepi je...
Hehe...

So, sempena ulang tahun kelahiran awak ni...
Saya nak wish kat awak...
Semoga awak dipanjangkan usia...
Semoga awak dilimpahkan rezeki yg banyak...
Semoga semua impian awak akan tercapai...
Semoga awak sentiasa gembira...
Semoga awak sentiasa bahagia...
Semoga awak akan dapat kerja PTD...
Semoga awak akan dapat tunaikan niat awak kat mak & ayah awak...
Hmmm....
Yang ni berat ckit saya nak wish...
Tapi, saya terpaksa wish juga...
Saya doakan awak akan mendapat pasangan hidup yang terbaik utk awak...
Saya harap dia mampu bahagiakan awak sepanjang hayat awak...

Banyaknya semoga..
Hehe...

Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada kisah hidup saya...
Terima kasih kerana sudi membahagiakan hidup saya dahulu...
Terima kasih untuk segala-galanya...

Apa-apa pon, semoga awak gembira k...
Tahun ni tak ada hadiah untuk awak...
Huhu...
Saya harap awak simpan lagi hadiah yg sy bagi masa birthday awak yg lepas k...
Hehe...
Sampaikan salam saya kat family awak k..

Awak... Tak lama lagi saya akan berkhidmat sebagai guru di sini...
Doakan saya akan menjadi seorang guru yg baik & cemerlang k...

Sekian...

Azwandy Muhamad
18/11/2010
12:00 AM
~~~...Rindu kisah kita yg dulu...Huhu...~~~

Wednesday, November 17, 2010

Sape nak hadiah free dari Paris? =)

Salam...

Saya join contest lagi...
Nak tau tak contest apa...?
Contest ni namanya...
Sape nak hadiah free dari Paris?=)
Hehe...

'Eiffel Tower Giveaway' 

 Inilah banner untuk contest tersebut...
Kalau nak join contest ni, klik kat banner tu k...

Tak pun klik terus kat link ni...

Contest ni pon ada syaratnya...
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1. bt entry "Sape nak hadiah free dari Paris? =)" 
and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog 
 (Gambar banner kat atas tu la k...) 
 = Settle
2. dan jgn lupe, letakkan gambar ni skali kat side bar blog korg 
dan link kan terus ke entry ni ye. klu pic besau sngt, korg tlg kecikkan ye.
= Settle

3. mnjadi follower blog ni.
= Settle

 4. tag 3 org blogger 
lain dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!
- Saya nak tag...
=Settle

5. dan last sekali, 
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat 
kotak komen entry "Sape nk hadiah free dari Paris? =)" ni ye.
 =Settle
 
Hadiah?
 5 souveniors yang akan dipos khas oleh Farah dari Paris.
mungkin akan di up kan lagi bilangan hadiah. 
mkin ramai, makin banyak hadiah. 
up to us bebes. =)

Pemenang?
akan dipilih berdasarkan beberapa calculation buatan sendri 
seperti giveaway seblom ni. unik kan?

Tarikh Tutup:
20.11.2010, 12.00 PM 
 
  Penganjur juga ada menyediakan 1 hadiah dari Malaysia+1 hadiah dari France utk entry paling kreatif. 
 
 Semoga menang!!!

Hehe...

~~~...Siapa lagi nak join, silakan k...~~~

Entri Khas Untuk Awak

Salam...

Saya ada entri khas untuk awak...
.
.
.
Awak tahu bila entri itu akan saya publish...

Sekian...

Apa Tujuan Uncle Seekers Mendedahkan "Cinta Syyhh Permaisuri Aishah "nya?

Salam...

Saya rasa tertarik dengan sebuah isu yang semakin hangat diperkatakan oleh para blogger sekarang ini...
Isunya...
Uncle Seekers yg mendedahkan kisah "Cinta Syyhh" dengan Permaisuri Aishah di blognya...
Klik sini untuk ke blog Uncle Seekers...

Pendedahan berani Uncle Seekers ini bukan hanya mengaibkan mantan Permaisuri Agong tersebut...
Malah mengaibkan dirinya serta keluarganya sendiri...

Persoalannya...
Apakah tujuan dia berbuat demikian...?
Macam ada yg tak kena saya rasa...
Sehinggakan Uncle Seekers dengan berani & tanpa segan silu mendedahkan apa yg berlaku...
Kisah mengenai Permaisuri Aishah juga telah dibuat beberapa episod...
Kalau nak tahu lebih lanjut...
Sila ke blog Uncle Seekers k....

Ada yang mengutuk tindakannya...
Tidak kurang juga ada yg menyokongnya...

Yang pastinya...
Dia telah mengaibkan mantan permaisuri Agong tersebut...

Semoga dia menghentikan tindakannya yg boleh menjatuhkan maruah org lain tersebut...

Sekian...

~~~...Kenapa la uncle Seekers buat entri pasal tu... Agaknya nak tarik pembaca kot... Ada iklan nuffnang ke kat blog dia...? Hahaha...~~~

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam...

Selamat Hari Raya Aidiladha
Poet Dusun Bayu
ucapkan kepada semua umat Islam di dunia...

Semoga kita semua akan mendapat keredhaan daripada Ilahi...
Amin...


Poet Dusun Bayu ada sebuah pantun 6 kerat untuk anda semua...
Hehe...

Lembu nangis tak henti-henti,
Kambing pula menyorokkan diri,
Unta boleh pula buat-buat mati,
Ayam pura-pura kena denggi,
Apasal dengan diorg ni,
Laaaa...! Patut la, Hari Raya Haji.

Haha...!

Salam Aidiladha
daripada
Poet Dusun Bayu serta keluarga...

Sekian...

~~~...Esok ada sedikit majlis kesyukuran... Dtg la k... Hehe...~~~

Monday, November 15, 2010

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST)

PERHATIAN...!!!
Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) bagi guru-guru lulusan Sarjana Muda Pendidikan bil. 5/2010 dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Sekolah Rendah) boleh disemak di laman web KPM bermula  
15 November 2010 sehingga 3 Disember 2010.
Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.
Untuk semakan klik
di sini.

Sumber: Web Kementerian Pelajaran Malaysia
Tahniah kepada semua sahabat-sahabat yg berjaya ditempatkan...

Kenapa Orang Tak Takut Hantu Waktu Siang?

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat yang disayangi...?
Semoga sihat-sihat sahaja k...

Alhamdulillah, hari ini saya ada kesempatan untuk update Poet Dusun Bayu ni...
Hehe...

Korang pernah nampak hantu tak...?
Pernah..?

Bila...?
Mesti waktu malamkan...

Takde pulak dengar org jumpa hantu waktu siang...
Kalau waktu siang hantu, maknanya bukan hantu tu...
Manusia jadi hantu tu...
Haha...

Poet Dusun Bayu ada sebuah video nak tunjukkan kepada kamu semua...
Video ni berkenaan dengan hantu gak...
Hehe...
Tengok la k...
Tak seram pon....


Betul x saya cakap..?
Tak seramkan...?
Hehe...

Kalau siang tak takut hantu...
Kalau malam baru takut hantu....
Hehehe...

Hmmm...
Memang tak dinafikan ada makhluk lain selain kita di dunia ini...
Tapi, janganlah kita terlalu takut & taksub dengan makhluk tersebut...
Makhluk tersebut juga ciptaan-Nya...
Maka, kita seharusnya lebih takut kepada-Nya...

Sekian...

~~~...Kat negara kita ada mcm-mcm hantu jugak kan...?~~~

Sunday, November 14, 2010

Exam PTD Dah Lepas... Tunggu 15 November 2010 Pula

Salam...

Selamat pagi minggu semua...
Mulakan hari anda dengan senyuman...
Hehe...

Alhamdulillah, exam PTD dah selesai diduduki...
Terima kasih kepada semua yg mendoakan saya...
Berkat doa anda semua, boleh la saya jawab tadi...
Susah memang la susah...
Masa yg diperuntukkan pun sekejap...
Hmmm... Boleh kot jawab tadi...
Cuma esei BI je yg sy x confident...
Huhu...

Apa-apa pon, tunggu je la resltnya nanti...
Kalau ada rezeki lulus la...
Hehe...

Hmmm...
15 November 2010...
Ada apa dengan tarikh ni...?
Kita sama-sama tunggu k...
Hehe...

Semoga ada khabar gembira...
Amin...

~~~...Exam PTD senang bagi yg dah bersedia & dah stadi... Lagi senang yg guna kabel... Baik punya... Huhu...~~~

Friday, November 12, 2010

Wish Me Luck

Salam...

Wish Me Luck For PTD Examination Tomorrow...

Thanks...

~~~...Rasa mcm x bersedia nak exam esk...Huhu...~~~

Alhamdulillah... Frame Gambar Dah Dapat.

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger Poet Dusun Bayu...?
Semoga sihat-sihat sahaja k...

Alhamdulillah...
Saya sihat-sihat sahaja...

Tadi pegi cari frame untuk gambar konvo... Alhamdulillah jumpa juga... Saya beli kat kedai yg buat frame... Murah pun murah... Mula-mula tadi g servei kat kedai gambar... Tengok frame saiz 11R ada yg harganya RM40, RM50, RM60... RM70 pun ada jugak... Mahal tu... Lepas tu bapa saya cakap, baik beli kat tempat buat frame je... Jadi, ktorg pun pegi la kedai yg buat frame tu...
 
Sampai je kat kedai tu, terus berkenan dengan frame kayu tu... Cantik & simple... Hehe... Saya pun tanya la berapa harganya... Tauke kedai tu pun ckp la harganya RM27... Wah... Murahnya... Saya cakap dalam hati saya..Hehe... Saya pun cuba la mintak harga yg lebih murah... Saya tawar RM25 satu... Saya cakap la, saya nak beli 3 frame tu... Tauke tu pon ckp, tu la harga yg paling murah... Dalam hati saya ckp, memang la murah kalau dibandingkan dengan harga frame kat kedai gambar tadi...
 
Baru je saya nak ckp saya setuju nak beli frame tu,  tauke tu tunjuk frame yg lain plak... Harganya RM24... Lagi cantik dari frame yg saya tgk mula-mula tadi... Lepas tu dia siap suruh pilih nak design yg mcm mana... Saya pon pilih la yg paling cantik dimata saya..Hehe... Saya beli 3 frame kayu & 1 frame emas... Bebaloi la.. Sebab harganya pon murah... Kalau kat kedai gambar yg saya tgk tadi frame mcm tu harganya RM50 satu... Yg saya beli kat kedai tu RM24 je satu... Frame emas tu RM15 je... Hehe... Dalam 30minit mcm tu la tunggu frame tu siap... Akhirnya, tergantung jugak gambar konvo saya... Hihi...

Jadi, kalau korg nak beli frame gambar, beli la kat kedai yg buat frame gambar k... Kat situ lagi murah berbanding di kedai gambar atau kedai-kedai lain... Hehe...

Sekian dulu k.... Jumpa lagi next entri.. Hehe...

~~~...Rasa serba salah sebab tersalah gurau...Huhu...~~~

Thursday, November 11, 2010

Yeah.. Saya Update Blog...

Salam...

Selamat malam semua...
Saya update blog ni...
Hehe...
Tu je...
Hahahaha...
Jgn marah k...

Semoga sahabat-sahabat sentiasa sihat, gembira & berbahagia selalu k....

Adios...

~~~...Gudluck kepada sahabat-sahabat yg masih menduduki exam k...Hehe...~~~

Entri Ni Nak Letak Tajuk Apa Ye...?

Salam...

Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger & pengunjung-pengunjung Poet Dusun Bayu...
Kerana sokongan andalah saya masih berblogging sehingga sekarang...
Hehe...

Apa je yg saya nak tulis eh... Hmmm...Yup... Hari ini berlalu seperti biasa... Bangun tidur lambat sebab tidur pon lambat... Bukan sebab online ye saya tidur lambat... Tapi, memang tak boleh nak tidur... Jadi, saya dengar lagu sampai la tertidur... Hehe... Lagu apa??? Biasa la... Lagu yg saya layan sebelum tidur... Pujaan Hati & Disaat Aku Mencintaimu... Hahaha... Sila gelak.. Sebab saya agak jiwang ye... Tapi, saya suka lagu itu... Hihi... Bangun lambat dekat nak tengah hari... Huhu... Minggu ni saya x bertugas untuk menghantar kakak saya pergi & balik kerja... Tugas itu diambil alih oleh bapa saya... Cuti belajar kononnya... Maklum la nak exam PTD sabtu ni... Stadi pon ikut mud gak... Kalau xde mud nak stadi, x stadi la... Buku yg saya kena baca tebalnya 747 muka surat... Tapi, saya baru je baca 28 muka surat... Huhu... Malas betul nak baca... Sapa yg boleh tolong saya bacakan buku ni...?

Ada orang cakap nape saya tamak sangat sbb dah dpt posting pon nak mintak gak PTD ni...? Hmmm... Saya bukan tamak.. Tapi, cuma nak mencuba nasib... Kalau ada rezeki saya, saya dpt la PTD ni... Tapi, guru tetap pekerjaan yg bermakna bagi saya... Kepada sahabat-sahabat yg akan menduduki exam PTD sabtu ini, semoga berjaya saya ucapkan... Sekarang ni saya hanya menunggu untuk ditempatkan sahaja... Saya tak kisah dapat kat mana pon... Asalkan posting je... Dapat posting pon saya dah bersyukur... Tak macam sesetengah bakal guru yg x bersyukur apabila dah posting... Siap merungut plak tu... Walau dekat mana sekali pon kita ditempatkan, jangan lupa & jgnabaikan amanah yg diberikan k... InsyaAllah, keputusan penempatan akan keluar minggu hadapan... Boleh semak di web KPM... Menurut sumber yg boleh dipercayai la... Harap-harap betul la... Kepada sahabat-sahabat yg sudah mendapat surat & akan posting ke Sarawak, tahniah diucapkan... Selamat datang ke Sarawak... Hehe...

Tadi pegi cari frame gambar untuk gambar konvo saya... Cari punya cari... x jumpa-jumpa... Jadi, esk la nak cari lagi... Nak cari kat kedai gambar la... Baru ada kn..hehe... Tadi jumpa frame gambar, tapi yg kecik la... Hehe... Maka, esk kena bangun awal la..Huhu... Nak bangun lambat lagi...Hehe... Nanti dah posting, xdpt bangun lambat lagi...Huhu... Sila jangan contohi sikap buruk ini k..Hahaha...

Masa pegi jalan-jalan cari frame tadi, jumpa org jual gula-gula kapas... Terus nak beli... Sebab dah lama tak makan gula-gula kapas tu... Lepas tu berebut plak dengan kakak saya... Dia pon nak makan gak gula-gula kapas tu.. Ingat masa kecik-kecik dulu... Suka sangat mkn gula-gula kapas tu... Hehe... Lepas tu kakak ajak g minum kat Kubah Ria... Tempat makan baru kat kuching ni... Agak ramai jugak la yg makan kat situ... Kali pertama ktorg g makan kat situ... Just try je kakak saya ckp... kalau ok, datang lagi nanti... Hmmm... Kawan saya pernah makan kat situ... Diorg cakap x best... Makanan yg diorder pon lambat siap... Saya pon cakap la kat kakak saya mcm tu... Kakak saya ckp la, kta try la dulu... Hmmm... 15minit kemudian... Makanan belum sampai gak... Akak saya pon ckp, betul la... Makanan lambat siap... Huhu... dekat nak 20minit baru la makan sampai... Mungkin sebab ramai sangat kot... Tu yg lambat tu... Tapi tak pe... Tadi kakak saya belanja... Maklum la dah dapat gaji... Bayangkan 4 bulan gaji tak masuk... Skali gaji masuk bulan ni kayo kakak den..Hehe... Untuk bulan ni je la... Bulan depan gaji mcm biasa... Maknanya, gaji saya pon masuk gak la esk... Gaji jd driver kakak saya.....Hihihi...

Masa saya taip entri ni pulak, abg saya yg sulung balik... Dia bagi KFC kat saya... Dia pon dah dpt gaji la tu... Baru saya teringat, bulan ni gaji masuk awl untuk sambut raya haji... Rezeki saya la dpt makan KFC malam ni... Alhamdulillah... Kenyang... Perut kenyang... Mata pun ngntok... Sampai sini dulu la ye... Adios...
Sayang kamu semua... Haha...

~~~...Jumaat ni ada majlis penyampaian hadiah..Hehe....~~~

Wednesday, November 10, 2010

Masihkah Kau Ingat: Cerita masa sekolah rendah dulu

Salam...

Saya pernah buat entri mengenai cerita ini semasa awal pengelibatan saya sebagai blogger dahulu...
Klik pada link di atas...

Apabila saya tengok semula enrti-entri yg lepas...
Saya tidak sangka, susah agak lama juga saya menjadi blogger ni...
Hehe...

Macam-macam cerita & entri yg saya dah buat...
Entri ini juga merupakan salah satu entri yg saya suka...
Senyum sorang-sorang bila baca balik...
Hehe...

Jom baca sama-sama k...

Kwn2 msti nak tau ape ceritanyekn...
hmmm... cerita ni kwn2 pun pernah lalui gak dulu..
biasa la masa kecik2 kn... mcm2 je kerenah...
ok la, slmt membaca...

- kat skolah ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.salesman susu pon camtu gak.
Sumber gambar: Encik Google

- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program NILAM, sebok semua nak pinjam buku.
NILAM- Nadi Ilmu Amalan Membaca

Sumber gambar: Encik Google
 
- RMT (Rancangan Makanan Tambahan) kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm btl....
Dik, jgn gelojoh sgt makan tu...Hehe... Sumber gambar: Encik Google

- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. lepas tu pensel box yg bertingkat-tingkat pon ada gak..hehe...
Sumber gambar: Encik Google
Sumber gambar: Encik Google

- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

Sumber gambar: Encik Google

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

Terima kasih kepada zackzukhairi.blogspot.com

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
Bukan pembaris ni ye... Saya cari pembaris tu kat Google x jumpa..Huhu..
Sumber gambar: Encik Google

- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

Sumber gambar: Encik Google
 
- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
Sumber gambar: Encik Google
 
- main game 2D. super contra, supermario, street fighter, sume pakai tape.
Sumber gambar: Encik Google
Sumber gambar: Encik Google
 
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
Sumber gambar: Encik Google
 
- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
Sumber gambar: Encik Google

- balik skola beli JoJo x pon Dendang.Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
Sumber gambar: Encik Google

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
Sumber gambar: Encik Google

-Tamiya/Auldey mini 4WD race car. Sangup habis beratus-ratus ringgit nak beli benda alah neh. Motor @ dinamo saja pun dah dekat RM100. Bateri pulak mesti mau pakai bateri rechargeable. Takat pakai bateri cap ayam memang tak jalan la...
 Sumber gambar: Encik Google

- Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles, thundercats, maskman, flashman, Gaban dan mcm lg. tapi, smpai skrg pon kwn sy suke tgk cite2 ni...

Banyak lagikan sebenarnya...
Hehe...
Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg x brubah,muda cume skali so kite enjoy... !!!! 

 ~~~....Adoi...penatnya cari gambar kat google dgn internet yg slow ni...Huhu...~~~

Tuesday, November 9, 2010

Khas Untuk Seorang Sahabat: Apa Ertinya Kalau Kita Tidak Mengerti

Salam...

Entri ini khas untuk seorang sahabat...
Baca & fahami la k...

Apa ertinya kalau kita tidak mengerti...
Aku menulis
bukan kerana aku puitis...

Aku menulis
kerana hati yang sedang menangis...

Aku berkata
bukan kerana aku pujangga...

Aku berkata
kerana hati yang sedang terluka…

~~~...Tahniah kepada sahabat-sahabat yg sudah tahu posting di mana...~~~

Gua Di Tengah London

Salam...

Selamat tengah hari kepada sahabat-sahabat blogger & pembaca setia Poet Dusun Bayu yg disayangi...
Hehe...

Percaya atau tak kalau saya cakap ada gua di tengah-tengah kota London...?

Kalau tak percaya...
Jom tengok gambar ni...
Hehe...

Inilah gua yg saya maksudkan...
Hehe...

Tapi, sebenarnya gua tersebut merupakan lukisan yang telah dilukis oleh Edgar Muller...
Nampak macam betul-betulkan...?

"Bayangkan anda sedang berjalan-jalan di kawasan bandar dan tiba-tiba ada gua besar di depan kaki anda di tengah jalan. Jika anda melihat hal seperti itu, maka mungkin beberapa seniman seperti Edgar Muller ada di suatu tempat di sekitar tersebut."

Jom kita tengok macam mana Edgar membuatnya...

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Sangat kreatifkan...?
Sesiapa yg ada bakat mcm ni, boleh la buat juga kat negara kita ni...
Hehe...

Sekian...

~~~...Entri bergambar lagi...Hehe...~~~

Rekaan Bangunan Masa Depan

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger yang disayangi...?
Semoga semuanya sihat-sihat sahaja k...
Hehe...

Nak tengok tak rekaan bangunan-bangunan masa depan...?
Jom tengok sama-sama k...

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 Itu adalah antara gambar rekaan bangunan pada masa hadapan...
Hehe...

Sekian...

~~~...Malasnya nak study.Huhu...~~~

Monday, November 8, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir

Salam...

Sekarang ini pastinya sedang berlangsung peperiksaan akhir di universiti-universiti tempatan...
Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 
semoga berjaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir...
Terutamanya kepada adik-adik junior di Universiti Putra Malaysia...

Sumber gambar: Enck Google

Apabila tibanya peperiksaan pastinya akan timbul tekanan kepada pelajar-pelajar...
Tekanan timbul mungkin kerana kurang bersedia...
Tidak mengulangkaji pelajaran...
Dan faktor-faktor lain...

Sumber gambar: Enck Google
 
Jadi, pelajar-pelajar hendaklah bijak belajar...
"Study Hard @ Study Smart...?"
Anda yang memilihnya...

Sumber gambar: Enck Google

Apabila berada di dalam dewan peperiksaan...
Jangan tidur ketika menjawab soalan...
Tidak kira sama ada sudah siap atau belum...
Kalau tidur sebelum siap menjawab bahaya...
Nanti tak pasal-pasal soalan ujian tak dapat dijawab...
Kalau tidur setelah siap menjawab soalan pun bahaya juga...
Manalah tau air liur meleleh di kertas jawapan...
Hahaha...

Jadi, gunakanlah masa yg diperuntukkan dengan sebaik-baiknya...

Sumber gambar: Enck Google

"Gunakanlah masa yg diperuntukkan dalam peperiksaan dengan sebaik-baiknya sehingga tamat masa menjawab..."
 
Jangan lupa berdoa sebelum menjawab soalan...
Semoga anda semua beroleh kejayaan...

Sekian...

~~~...Doakan saya berjaya untuk exam PTD Sabtu ini k...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker