Sahabat@Dusun Bayu

Showing posts with label Bebas. Show all posts
Showing posts with label Bebas. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

4 Jam sebelum berlepas

Salam...

Selamat bercuti kepada sesiapa saja yg tengah bercuti...
Hehe...

Saya pun tengah bercuti sekarang...
Maklumlah cuti sekolahkan...
Cikgu pun cuti juga... Hihi...

Tinggal seminggu sahaja lagi cuti ni...

Sepanjang cuti ni ramai kawan-kawan yg berkahwin...
Tahniah la diucapkan kepada kawan-kawan yg melangsungkan perkahwinan mereka...
Semoga berbahagia & berkekalan hingga akhir hayat...

Beberapa jam je lagi saya akan naik belon nak pegi Key iL... Hehe...
Ada urusan ckit...
x sabau nak jumpa MissSilent saya...

Doakan perjalanan saya selamat k...

Saya akan terus balik ke negara Limbang nanti...

Wassalam...

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja

Salam...

Hari ini 1 Mei 2011...

1 Mei setiap tahun merupakan Hari Pekerja...

Jadi Poet Dusun Bayu nak ucapkan...

SELAMAT HARI PEKERJA

kepada semua pekerja di seluruh dunia...
Tak kira la kerja apa sekali pun...


Selamat hari pekerja juga untuk saya..hehe...

Friday, April 15, 2011

Lagu Khas Untuk Calon-Calon Wakil Rakyat Pilihanraya Umum Sarawak 2011

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat PDB?
Semoga sihat-sihat sahaja...

Sekarang ni negeri Sarawak sedang hangat dengan 
kempen-kempen calon-calon wakil rakyat 
pilihanraya umum Sarawak 2011...
PDB tak dapat tunaikan kewajiban mengundi kerana berada jauh di perantauan...
Bukan sebab tak daftar...
Sy dah daftar masa umur 21 tahun dulu...
Masa tu ada kaunter SPR di UPM...
Hehe...

Ni ada lagu khas untuk bakal-bakal wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat...
Tunaikan tanggungjawab sebaik-baiknya apabila dah diamanahkan oleh rakyat...
Dengar la lagu ni  k...

Diari YB - N.D. Lala


Semoga YB yg dipilih jd YB yg mcm dalam lagu tu k...
Hehe...

Sekian...

Saturday, April 9, 2011

Godaan Dunia VS Kesibukan Dunia

Salam...

Fuh... Rasa mcm dah lama tak update blog ni...
Maaflah kepada sahabat-sahabat blogger sbb dah lama tak update blog PDB ni...
Dah lama gak tak blogwalking...
Semakin hari semakin sibuk...
Sbb tu la jarang nak bukak blog ni...
Kalau bukak pon kejap2 je...
Thanks la sbb masih sudi lagi singgah di PDB ni...

Skrg ni masih lagi sibuk dengan rutin2 harian sebagai sorang guru...
Bulan ni paling sibuk sbb sekolah sy akan menjadi tuan rumah karnival bahasa peringkat negeri Sarawak...
Jadi tuan rumah untuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat bahagian juga....
Bahas piala ketua menteri Sarawak juga dijangka akan berlangsung hujung bulan ini...
Jadi, sy sebagai guru bahas & jurulatih a.k.a juruletih & juruleter akan mula memerah idea untuk membuat teks bahas...
Jadi, sy kena bersedia dari segi fizikal & mental...
Huhu...

Skrg ni pun tgh memerah otak mencari idea untuk membuat lirik & lagu nasyid untuk MTQ & Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah... Pun akan berlangsung bulan ini juga... Huhu...
Tengah mencari idea untuk lagu nasyid sambil dengar lagu nasyid klasik...
Terpikat pulak dengan lagu nasyid ni...

GODAAN DUNIA
Ahmadi Hassan

Hidup di dunia (3x)
Waspada berwaspada

Godaan menggoda (3x)
Semua manusia

Sedarlah awaslah teman semua
Jauhilah jauhi godaan dunia.

Sedarlah awaslah teman semua
Jauhilah hindarilah
Godaan yang membawa
bencana dan perkatakan pada
semua umat manusia.

Janganlah kau
Bawakan dirimu
Hanyut di dalam 
Arus alam derita.

Derita kerana dikau tiada
Menghindari segala godaan dunia.

Hidup di dunia (3x)
Waspada berwaspada.

Godaan menggoda (3x)
Semua manusia.

Nak dengar lagu ni..Cari kat youtube k....
x dpt nak embed kod video tu... Huhu...

K la nak sambung dengar lagu nasyid klasik...
Hihi...

Selamat malam...

~~~...Kamu...Saya rindu kamu...~~~

Wednesday, March 9, 2011

Semoga Semua Urusanku Dipermudahkan-Nya

Salam...

Semoga semua urusan & perancanganku dipermudahkan-Nya...

Amin...
.
.
.
.
.
.
Aku harap dapat memilikinya...

60D...

Saturday, February 5, 2011

Hujan

Salam...

Hujan...
Hujan petang ini...
Dingin petang ini menyelimuti tubuhku...
Deru rintihan hujan mengamit mataku yang kelayuan...
Desiran angin sayu mendodoikan diri yg kepenatan...
Aku hanya membaringkan jasadku yg keletihan...
Untuk beradu di kamar yg kebiruan...

Sekian...

Zzzzzzzzzz............

~~~....Baru balik dari Miri... Ngantuk+hujan= Tidur...~~~

Wednesday, February 2, 2011

Cuti-cuti Ke Miri

Salam...

Esok saya akan menaiki bas menuju ke Miri...
Menghilangkan kebosanan di sini...
Mencari sedikit hiburan untuk mengisi ruang keboringan...
Hehe...
Ke Miri hingga hari Sabtu...
Doakan saya selamat sampai & selamat kembali semula k....

Gudnite semua...

Adios...

~~~...Bulan 2 menjelma... Tak lama lagi bulan 3... x sabar rasanya...Hehe...~~~

Sunday, January 30, 2011

Selamat Bercuti & Selamat Tahun Baru Cina

Salam...

Selamat bercuti kepada yg bercuti...
Hehe...

Saya cuti sekolah seminggu...
Yg x cuti sekolah tu selamat bekerja la ye...
Hihi...

Selamat Tahun Baru Cina juga kepada kaum Cina...
Nak angpau boleh...?
Haha...

Adios...

~~~Bosannya...Huhu...~~~

Sunday, January 23, 2011

Tahniah Awak

Salam...

Selamat berhujung minggu kepada kamu semua...

Entri ini khas untuk awak...

Saya nak ucapkan TAHNIAH kat awak...
Sbb dapat... 
Anugerah Siswazah Kelas Pertama Negeri Sembilan...
Saya bangga dengan awak...
Semestinya mak ayah awak lagi bangga dengan awak...
TAHNIAH...

~~~...Tak sabar nak jumpa awak...Hehe...~~~

Thursday, January 20, 2011

Anak Si Tonjoi Tiada Kepala

Salam...

Lama dah tak berjumpakan...?
Tapi, x la lama sgt pon...
Hehe...

ok la sahabat-sahabat...
Saya ada sedikit perkongsian ni...
Tadi saya ditag oleh kakak saya di mukabuku...
Agak terkejut kerana kakak saya tag gambar seekor anak kucing yg tiada kepala...
Rupa-rupanya anak kucing itu adalah anak kpd kucing di rumah saya...
Nama kucing tu Si Tonjoi...
Kami bagi nama kucing tu Si Tonjoi...

Si Tonjoi melahirkan 5 ekor anak...
Seekor daripadanya tidak ada kepala...
4 ekor sahaja anak Si Tonjoi yg hidup...
Yang tak ada kepala tu dah mati & dah dikuburkan dah...
Tengok la gambarnya k...

Hanya 4 ekor yg masih hidup... Yang tak ada kepala tu dah mati...

Anak kucing ini hanya membesar di dalam perut Si Tonjoi....

Kalau anak kucing ini hidup sekali pun, sukar untuknya menjalani kehidupan...
Macam-macam yg boleh berlaku...
Dengan izin-Nya...
SubahanAllah...

Sekian...

~~~...Mesti Si Tonjoi sedihkn...Huhu..~~~

Sunday, January 16, 2011

Selamat Berhujung Minggu

Salam...

Selamat berhujung minggu kepada semua...
Hari ahad ni kita berehat-rehatlah ye...

Saya pun nak berehat...
Sebab penat pegi Miri semalam...
Memecut kereta dengan lajunya di lebuh raya Brunei...
Hehe...

Baju kerja pun dah dibasuh semalam...
Senang sikit sbb dah ada mein basuh kat rumah guru ni...
Peti sejuk pun dah ada...
Hehe...
Leh la masak macam2 lepas ni...
Hihi...

Jom kita segarkan diri dengan....
Mandi....
Haha...

Adios...

~~~...Laporan orientasi belum siap lagi...Huhu... Esk nak hantar kat mentor....~~~

Tuesday, January 11, 2011

Masih Lagi Sibuk

Salam...

Minggu ini saya masih lagi sibuk...
Belum sempat untuk membuat entri yg baru...
InsyaAllah...
Nanti saya update blog ini k...

Terima kasih kerana sudi singgah...

Adios...

~~~...Siapa yg pernah jadi ahli SPBT sila tolong saya...Huhu...~~~

Saturday, January 8, 2011

Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2011

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger & pengunjung-pengunjung setia Poet Dusun Bayu...?
Semoga berada dalam keadaan sihat-sihat & gembira sentiasa...

Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2011...
Penat...
Tapi...
Saya sukakannya...
Walaupun penat...
Itulah tugas seorang guru...

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan...
Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik...
Anda telah memilih untuk menjadi guru...
Jadi, anda terimalah tugas yang diberikan dengan hati yg terbuka...
Jalankan tanggungjawab yg telah diberikan dengan sebaik-baiknya...
Saya yakin, anda semua boleh melaluinya...

Sekian...

~~~...Cuti Tahun Baru Cina ni nak pegi mana eh...?~~~

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam...

Kita berjumpa lagi tahun ini...
Tahun lepas dah banyak kisah yg PDB kongsikan dengan korg semua...
Tahun ni pon, insyaAllah...
Ada lagi kisah yang akan dikongsikan...
Lebih2 lagi susah bergelar GURU ni...
Hehe...

Teruskan membaca di PDB k....

Selamat Tahun Baru 2011
kepada anda semua...

Sekian...

~~~...Ada azam tak tahun ni eh...? Hmm... Nak kmpl duit... Hehe...~~~

Friday, December 31, 2010

Entri Terakhir untuk Tahun Ini... Jumpa lagi tahun depan...

Salam...

Ini merupakan entri terakhir Poet Dusun Bayu untuk tahun ini...
Banyak kisah & peristiwa yg tak akan saya lupakan & jadikan pengalaman hidup yg paling bermakna...
Banyak yg sudah saya kongsikan dengan sahabat-sahabat blogger & pengunjung PDB ini...
Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan & singgah di PDB ni...

Semoga tahun baru 2011 akan membawa lebih banyak kisah & pengalaman yang menarik untuk kita semua...
Selamat tinggal tahun 2010...

Selamat datang tahun 2011...

Sekian...

Jumpa lagi tahun hadapan...
Hehe...

~~~...Perlu tidur awal.... Esok ada meting pertama guru...~~~

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

Salam...

TAHNIAH... TAHNIAH... TAHNIAH...

Kepada pasukan bola sepak negara kita
kerana telah menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010...

Walaupun tewas kepada Indonesia dengan jaringan 2-1...
Namun pasukan negara kita tetap menjadi juara dengan kelebihan 4-2...
Tahniah juga kepada Safee Saili kerana telah menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 jaringan...

Safee Saili menjaringankan gol kelimanya dengan rembatan kaki kiri yg menewaskan Marcus...

Penjaring terbanyak kejohanan milik Safee...

Tahniah kepada semua pemain negara kita...
Semoga kecemerlangan ini akan berterusan sampai bila-bila...

 Piala AFF Suzuki 2010 menjadi milik negara kita... Syabas diucapkan kepada wira-wira negara kita...

Pengumuman!!!
Hari jumaat ni cuti... 
Pak Najib bagi cuti sbb nak buat majlis kesyukuran negara kita menang...
Hehe...

Sekian...

Sumber gambar: Berita Harian

~~~...Bangga dengan semangat penyokong-penyokong kita yg beramai-ramai menyokong pasukan negara...~~~

Wednesday, December 29, 2010

Serius Aku Kecik Hati

Salam...

Keciknya hati saya ni...
Huhu...
Bukan hati saya bersaiz kecik ok...

Tapi, saya kecik hati dengan seorang kawan...
Kira kawan baik jugak la...
Nak tau tak kenapa saya kecik hati...?
Hmmm...
Dia betunang x bagi tau pon...
Saya tau pon sbb tgk gambar dia btunang kat mukabuku oranng lain...
Kalau tak, mmg x tau la dia betunang...

Nak tgk kat mukabuku dia mmg x dapat la...
Sbb dia x approve saya...
Katanya tunang dia tu x suka org lelaki lain kat dalam mukabuku dia...
Kecuali sedara-mara je...
Adoi...
Sampai mcm tu sekali ke...?

Tapi, saya hormat apa yg dia buat...
Kecik hati mmg la kecik hati sbb tak diberitahu pasal dia betunang...
Nak kata dia wat majlis kecik2 je tak jugak...
Huhu...

Takpe la...
Mcm tu la kawan...
Sedih aku...
Kawen nanti kalau x jemput mmg aku makan hati berulam jantung la pulak...
Huhu...

Apa2 pon...
Semoga berbahagia hendaknya...
Semoga ikatan pertunangan akan utuh sehingga ke gerbang perkahwinan...
Dan perkahwinan dia akan kekal hingga akhir hayat....

Sekian....

Untuk kawanku...

~~~...Kalau aku pun x bgtau kawan mjlis aku nanti mcm mana eh...?~~~

Sunday, December 26, 2010

Di Limbang Sudah

Salam...

Alhamdulillah saya sudah berada di Limbang...
Perjalanan jauh yg dilalui akhirnya sampai ke destinasi...
Perjalanan jauh untuk kembali semula ke Limbang ini seolah-olah percutian yg menarik...

Dari Kuching kami singgah bermalam di Sarikei...
Keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke Miri dan bermalam di Miri juga...
Dah hari ini kami meneruskan perjalanan merentasi luar negara...
Hehe...

Merentasi Brunei sebelum sampai ke Limbang...
Hihi...

Beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan 2011 akan bermula...
Doakan saya akan menjadi seorang guru yg terbaik...
Hehe...

Adios...

~~~...Mula terfikir nak beli kereta...Hehe...~~~

Wednesday, December 22, 2010

Perjalanan Yang Jauh

Salam...

Alhamdulillah...
Saya sudah selamat sampai di rumah...
Perjalanan yang jauh saya rasakan...

Walaupun saya orang Sarawak...
Namun, belum semua tempat saya pernah pergi...
Syukur juga kerana saya ditempatkan di Limbang...
Dapat juga saya menjelajah ke hampir semua bahagian Sarawak termasuklah negara Brunei...
Dari Limbang-Brunei-Miri-Bintulu-Sibu-Sarikei-Betong-Sri Aman-Serian-Samarahan-Kuching....
Perjalanan jauh yg pernah saya lalui...
Hehe..

Yang pastinya pengalaman yg seronok...
Hehe...

Cuti 2 minggu je...
Musim persekolahan akan bermula tak lama lagi...
Tak sabar nak mengajar...
Hihi...

Sekian...

~~~IMYSMML~~~

Sunday, November 21, 2010

C.I.N.T.A. by The Baginda's

Salam...

Entri kali ni pasal lagu lagi...
Pernah tak dengar lagu
C.I.N.T.A...

Lagu tu band dari Indon yg nyanyi...
Nama band tu The Baginda's...
Banyak gak la lagu yg best...
Tapi, lagu ni pun saya rasa best...
Jom dengar sama-sama k...
Hehe...

Ini lirik lagu tu...

C.I.N.T.A.
The Baginda's

Berapa kali ku harus katakan cinta
Berapa lama ku harus menunggumu

Diujung gelisah ini aku
Tak sedikitpun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

[*]
Luka luka luka yang kurasakan
Bertubi tubi tubi yang kau berikan
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Tapi aku balas senyum keindahan

[**]
Bertahan satu cinta
Bertahan satu c.i.n.t.a
Bertahan satu cinta
Bertahan satu c.i.n.t.a

Pernahkan engkau sejenak mengingat aku
Pernahkan ingat walau seperti angin berlalu

Di setiap malam kini aku
Tak sedetikpun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

Back to [*][**]
Back to [*],[**] 2x

 

 Adios...

~~~...Suka dia eja C.I.N.T.A...Hehe...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker