Sahabat@Dusun Bayu

Showing posts with label Tahun Baru Islam. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru Islam. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Entri Terakhir untuk Tahun Ini... Jumpa lagi tahun depan...

Salam...

Ini merupakan entri terakhir Poet Dusun Bayu untuk tahun ini...
Banyak kisah & peristiwa yg tak akan saya lupakan & jadikan pengalaman hidup yg paling bermakna...
Banyak yg sudah saya kongsikan dengan sahabat-sahabat blogger & pengunjung PDB ini...
Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan & singgah di PDB ni...

Semoga tahun baru 2011 akan membawa lebih banyak kisah & pengalaman yang menarik untuk kita semua...
Selamat tinggal tahun 2010...

Selamat datang tahun 2011...

Sekian...

Jumpa lagi tahun hadapan...
Hehe...

~~~...Perlu tidur awal.... Esok ada meting pertama guru...~~~

Monday, December 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432H

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat Poet Dusun Bayu?
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat-sihat & baik-baik sahaja...

Alhamdulillah...
Esok seluruh umat Islam akan menyambut tahun baru...
Salam Ma'al Hijrah saya ucapkan...
Esok sudah 1 Muharram 1432H...
Marilah sama-sama kita berdoa akhir tahun & berdoa awal tahun...


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Lagu yang paling selalu dimainkan apabila tibanya Ma'al Hijrah ialah lagu 1 Muharram yang didendangkan oleh Al Ajiba...
Lagu Tema Maal Hijrah
 
1 Muharram

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

 

Lagu 1 Muharram...

Jom kita berazam baru..Hehe...
Sekian...

~~~...Masih dalam proses untuk membiasakan diri dengan masa yg sedikit awal di sini...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker