Sahabat@Dusun Bayu

Friday, December 31, 2010

Entri Terakhir untuk Tahun Ini... Jumpa lagi tahun depan...

Salam...

Ini merupakan entri terakhir Poet Dusun Bayu untuk tahun ini...
Banyak kisah & peristiwa yg tak akan saya lupakan & jadikan pengalaman hidup yg paling bermakna...
Banyak yg sudah saya kongsikan dengan sahabat-sahabat blogger & pengunjung PDB ini...
Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan & singgah di PDB ni...

Semoga tahun baru 2011 akan membawa lebih banyak kisah & pengalaman yang menarik untuk kita semua...
Selamat tinggal tahun 2010...

Selamat datang tahun 2011...

Sekian...

Jumpa lagi tahun hadapan...
Hehe...

~~~...Perlu tidur awal.... Esok ada meting pertama guru...~~~

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

Salam...

TAHNIAH... TAHNIAH... TAHNIAH...

Kepada pasukan bola sepak negara kita
kerana telah menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010...

Walaupun tewas kepada Indonesia dengan jaringan 2-1...
Namun pasukan negara kita tetap menjadi juara dengan kelebihan 4-2...
Tahniah juga kepada Safee Saili kerana telah menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 jaringan...

Safee Saili menjaringankan gol kelimanya dengan rembatan kaki kiri yg menewaskan Marcus...

Penjaring terbanyak kejohanan milik Safee...

Tahniah kepada semua pemain negara kita...
Semoga kecemerlangan ini akan berterusan sampai bila-bila...

 Piala AFF Suzuki 2010 menjadi milik negara kita... Syabas diucapkan kepada wira-wira negara kita...

Pengumuman!!!
Hari jumaat ni cuti... 
Pak Najib bagi cuti sbb nak buat majlis kesyukuran negara kita menang...
Hehe...

Sekian...

Sumber gambar: Berita Harian

~~~...Bangga dengan semangat penyokong-penyokong kita yg beramai-ramai menyokong pasukan negara...~~~

Wednesday, December 29, 2010

Serius Aku Kecik Hati

Salam...

Keciknya hati saya ni...
Huhu...
Bukan hati saya bersaiz kecik ok...

Tapi, saya kecik hati dengan seorang kawan...
Kira kawan baik jugak la...
Nak tau tak kenapa saya kecik hati...?
Hmmm...
Dia betunang x bagi tau pon...
Saya tau pon sbb tgk gambar dia btunang kat mukabuku oranng lain...
Kalau tak, mmg x tau la dia betunang...

Nak tgk kat mukabuku dia mmg x dapat la...
Sbb dia x approve saya...
Katanya tunang dia tu x suka org lelaki lain kat dalam mukabuku dia...
Kecuali sedara-mara je...
Adoi...
Sampai mcm tu sekali ke...?

Tapi, saya hormat apa yg dia buat...
Kecik hati mmg la kecik hati sbb tak diberitahu pasal dia betunang...
Nak kata dia wat majlis kecik2 je tak jugak...
Huhu...

Takpe la...
Mcm tu la kawan...
Sedih aku...
Kawen nanti kalau x jemput mmg aku makan hati berulam jantung la pulak...
Huhu...

Apa2 pon...
Semoga berbahagia hendaknya...
Semoga ikatan pertunangan akan utuh sehingga ke gerbang perkahwinan...
Dan perkahwinan dia akan kekal hingga akhir hayat....

Sekian....

Untuk kawanku...

~~~...Kalau aku pun x bgtau kawan mjlis aku nanti mcm mana eh...?~~~

Monday, December 27, 2010

Malaysia Terkam Indonesia Di Bukit Jalil

Salam...

TAHNIAH!!!

Kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah memenangi perlawanan akhir pertama menentang Indonesia dengan jaringan...

3-0

Bekalan yang agak selesa untuk dibawa ke Indonesia 29 Disember ini...
Semoga kejuaraan untuk edisi kali ini akan menjadi milik negara kita...


Piala yg semakin pasti menjadi milik kita...

Kesebelasan utama pasukan negara kita yg diketuai oleh Syafiq bermain dengan cemerlang...

Safee Saili menjaringkan 2 gol dan menjadikan dia sebagai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini...

Shahrol yg baru melangsungkan perkahwinannya bermain dengan cemerlang & menghasilkan gerakan cantik untuk memberi umpanan kepada Safee & Ashari untuk menjaringkan gol...

Kuna juga beraksi cemerlang dengan permainan yg cantik & bijak membuat gerakan menyerang dari arah kanan padang...

Amirul Hadi kurang menyengat dengan gerakannya yg sering kehilangan bola & digantikan dengan Ashari yg telah menghasilkan 1 gol buat Malaysia...

Benteng terakhir Malaysia... Khairul Fahmi juga sentiasa konsisten & cemerlang...

Apa-apa pun masih ada lagi 90 minit yg terpaksa dilalui oleh pasukan negara kita...
Bekalan 3 gol ke Indonesia diharapkan akan menaikkan semangat juang pasukan negara...
Semoga kemenangan akan menjadi milik kita...
Sama-sama kita berdoa & menyokong pasukan negara kita...

Sekian...

~~~...Kalau penyokong Malaysia pancar laser kat pemain Indon, nanti penyokong Indon buat apa pulak ye kat pemain Malaysia...? Kesal dengan sikap segelintir penyokong Malaysia sehingga menyebabkan perlawanan diberhentikan dan Sultan Pahang turun ke balapan...~~~

Sunday, December 26, 2010

Di Limbang Sudah

Salam...

Alhamdulillah saya sudah berada di Limbang...
Perjalanan jauh yg dilalui akhirnya sampai ke destinasi...
Perjalanan jauh untuk kembali semula ke Limbang ini seolah-olah percutian yg menarik...

Dari Kuching kami singgah bermalam di Sarikei...
Keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke Miri dan bermalam di Miri juga...
Dah hari ini kami meneruskan perjalanan merentasi luar negara...
Hehe...

Merentasi Brunei sebelum sampai ke Limbang...
Hihi...

Beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan 2011 akan bermula...
Doakan saya akan menjadi seorang guru yg terbaik...
Hehe...

Adios...

~~~...Mula terfikir nak beli kereta...Hehe...~~~

Friday, December 24, 2010

Singgah Bermalam Di Sarikei

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat???
Semoga sihat-sihat sahaja...

Sekarang saya berada di Sarikei...
Nak tahu tak kat mana tu...
Silalah google k...
Hehe...
Sarikei ni salah satu daerah di Sarawak...
Lebih dikenali sebagai bandar nanas...
(Rasanya mcm tu la...Hihi...)

Inilah lambang bandar Sarikei...

Kami berehat & bermalam di sini...
Sekarang ni berada di salah sebuah hotel...
Agak selesa la hotel ni...
Harga pon murah juga...
RM80 semalam...

Penat rasanya badan ni...
Saya nak berehat sebentar...
Esok akan meneruskan perjalanan yg jauh...
Doakan kami selamat sampai ke destinasi k...

Adios...

~~~...Merindui kamu...~~~

Thursday, December 23, 2010

Kaulah Segalanya (Lirik & Video)

Salam...

Jom layan lagu ni...
Best je lagu ni...
Hehe...

Ini lirik lagu tu...

Kaulah Segalanya
By Hazrul Nizam

Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinarikan semula hatiku,
Kaulah segalanya,
Yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Hulur tanganmu kasih,
Sambut cintaku,
Jangan tinggalkan aku seorang diri
Tak sanggup lagi dilukai

Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
Menerima sejarah hidupku

Kaulah segalanya,
Yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

Cintaku padamu, ikhlas sejati


Video lagu Kaulah Segalanya...

Sekian...

~~~... Maafkan aku... Esok aku akan balik semula ke Limbang... Akan melalui perjalanan yg jauh lagi... Doakan aku selamat sampai...~~~

Wednesday, December 22, 2010

Perjalanan Yang Jauh

Salam...

Alhamdulillah...
Saya sudah selamat sampai di rumah...
Perjalanan yang jauh saya rasakan...

Walaupun saya orang Sarawak...
Namun, belum semua tempat saya pernah pergi...
Syukur juga kerana saya ditempatkan di Limbang...
Dapat juga saya menjelajah ke hampir semua bahagian Sarawak termasuklah negara Brunei...
Dari Limbang-Brunei-Miri-Bintulu-Sibu-Sarikei-Betong-Sri Aman-Serian-Samarahan-Kuching....
Perjalanan jauh yg pernah saya lalui...
Hehe..

Yang pastinya pengalaman yg seronok...
Hehe...

Cuti 2 minggu je...
Musim persekolahan akan bermula tak lama lagi...
Tak sabar nak mengajar...
Hihi...

Sekian...

~~~IMYSMML~~~

Sunday, December 19, 2010

Sediakan Lilin Sebelum "Blackout"

Salam...

Selamat petang sahabat-sahabat blogger & pengunjung-pengunjung Poet Dusun Bayu...
Ini kisah semalam...
Hehe...

Petang semalam hujan lebat diikuti oleh kilat & guruh yg kuat...
Tiba-tiba tak ada elektrik...
Masa tu dah nak maghrib...
Untuk pengetahuan semua, saya & seorang lagi housemate baru sahaja berpindah ke kuartes sekolah...
Kuartes ni dah lama takde org tinggal...
Kuartes kami terletak hujung sekali & berhampiran hutan...
Banyak juga cerita yg mistik yg kami dgr pasal sekolah ni...
Lebih-lebih lagi kuartes guru yg dah lama takde org tinggal ni...
Huhu...

Cikgu-cikgu lain dah balik bercuti...
Kami je yg tinggal sbb baru habis orientasi guru baharu...

Dipendekkan cerita, bila blackout tu, kami pun risaulah sbb mmg gelap sangat...
Lebih kurang 20minit juga blackout...
Barulah ada elektrik semula...

Saya pun legalah sbb nak masak pulak...
Hujan & kilat masih belum lagi berenti...
Tak lama lepas saya masak, blackout sekali lagi...
Kali ni mmg gelap sangat...
Dah la lilin takde...
Touchlight pon takde...
Huhu...

Saya dengan housemate saya pon makan la jugak ditemani cahaya laptop...
Hihi...

Tak lama lepas makan tu baru la elektrik ada semula...
Fuhhh...
Lega... Hehe...

Jadi, lepas ni nak beli lilin & touchlight...
Bak kata pepatah...
"Sediakan lilin sebelum blackout..."
Hehe...

Pengalaman balckout pertama di rumah baru...
Hihi...

Sekian...

~~~...Bukan takut ye... Tapi, belum cukup berani... Hehe...~~~

Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia

Salam...

Selamat berhujung minggu kepada semua...

Pastinya anda semua sudah mengetahui bahawa pasukan bola sepak negara kita telah layak ke perlawanan akhir Piala Suzuki 2010...

Setelah penantian selama 14 tahun, akhirnya pasukan bola sepak negara kita layak ke perlawanan akhir...

TAHNIAH!!!

Kepada pasukan negara kita...

Semoga akan menjadi johan Piala Suzuki tahun ini...

Sekian...

~~~...Sama-samalah kita mendoakan kejayaan pasukan negara kita...~~~

Saturday, December 18, 2010

Kriteria Isteri Idaman Suami adalah...

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger & pengunjung-pengunjung Poet Dusun Bayu?
Semoga semuanya sihat-sihat sahaja...
Hehe...

Kriteria Isteri Idaman Suami adalah...
  • Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah paling penting.
  • Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat suami tertawa dan menghiburkan semasa berduka juga penting.
  • Seorang isteri yang memahami, solehah, jujur, taat beribadah dan dapat dipercayai sangat penting.
  • Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan suami secara zahir & batin juga sangat penting.
  • Tapi yang paling penting sekali keempat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenali antara satu sama lain... Hehehe...

Sumber: Mastika/ April 2010
Teringat cerita P. Ramlee Madu 3...Hehe... "Butang baju melayu abang mana Pah..."

Friday, December 17, 2010

Lawak: Kisah Ulama' dan Pramugari

Kisah Ulama' dan Pramugari

Seorang ulama' sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.

Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka dia terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Semasa dia mengangkat salah satu kakinya ke singki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama' itu dan menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tak boleh masukkan kaki ke dalam singki tu, sebab mengotorkan singki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama': (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari: (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama': (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari, ini bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari!

Sumber: Mastika/ April 2010

Moral daripada cerita ini: Di akhirat nanti bukan saja lidah, kaki pun boleh berkata-kata...

Thursday, December 16, 2010

Lawak: Pisau Lipat

Salam...

Selamat pagi sahabat-sahabat blogger Poet Dusun Bayu...
Semoga anda semua ceria hari ini k...
Kepada yg sedang berduka, bacalah entri ini agar hilang sedikit hiba...
Hehe...

Lawak: Pisau Lipat

Suatu hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat di atas tanah.
Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam hutan akan dihukum.

Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa dan siswi yang lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu. Tak ada seorang pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu meninggikan suaranya.

"Ayuh cepat! Mengaku aje la, lagi pun sebenarnya saya susah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini. Tapi, saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Senyap! Masih tiada jawapan daripada para pelajar lain.

"Kerana tidak ada yang jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya!" kata senior itu dengan nada yang tegas.

Pelajar-pelajar yang lain semuanya diam. Masing-masing mahu mendengar nama siapakah yang akan dipanggil. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.

Lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL!!! Cepat keluar!!!"

Sumber: Mastika/ April 2010

Moral daripada cerita ini: "Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris"

Thursday, December 9, 2010

PJJ: Semoga Kami Berjaya Melaluinya...

Salam...

"PJJ- Percintaan Jarak Jauh..."
.
.
.
.
.
.
.
"Semoga kami berjaya melaluinya..."
.
.
.
.
.
.
Doakan kami ye sahabat-sahabat...

~~~...Perlu tidur... Perlu bangun awal esk...~~~

Tuesday, December 7, 2010

"edit foto contest"

Salam Maal Hijrah saya ucapkan...

Tengok tajuk entri ni pun korang dah tahu kan apa kandungannya...
Hehe...

Poet Dusun Bayu join contest lagi...
Kali ini saya dijemput oleh blogger yg sgt suka ambik & edit gambar...
My junior di UPM...
Tapi, dia dok kolej enam...sebelah kolej saya je..
Hihi...

Nak tau sapa dia...
G jengok kat laman blog dia k...
Kat bawah ni link ke blog dia...
Rajin-rajin la singgah k...


Thanks invite saya join contest ni k...
Berbalik semula kita ke contest yg saya sertai ni...

"edit foto contest"


Contest ini telah dianjurkan oleh si gadis chantek manis yg bernama
Klik kat link tu kalau nak g blog dia k...

Syarat-syarat contest ni senang je...
Nak tau syaratnya tak...?
Klik kat link kat bawah ni k...


Mudah je contest ni...
Cuma letak gambar yg sebelum diedit & selepas diedit...
Hehe...

Saya mmg suka edit gambar...
Gambar yg saya nak pertaruhkan ni pernah saya tunjukkan sebelum ni...
Hihi...

Gambar yg saya pertaruhkan ialah....

Jeng... Jeng... Jeng...

Ini Gambar sebelum diedit...

Ini gambar selepas diedit...

Ini gambar yg telah saya editkan untuk sahabat saya... Software yg saya gunakan Adobe Photoshop CS3...
Hehe...
Macam gambar kat studiokan...?
Hihi...

Penganjur bagi saya menang k...
Huhu...

Saya nak tag 5 org ni...
Mereka yg bertuah ialah...


Sahabat-sahabat blogger Poet Dusun Bayu yg lain yg nak join contest ni pon boleh juga...
Join la k...
Hehe...

Tarikh tutup contest ini pada:

31 DISEMBER 2010

Pemenang akan diumumkan pada:

8 JANUARI 2011

Selamat menyertai k...

Adios...

~~~...Contest terakhir yg saya join untuk 2010 ini...Hehe...~~~

Tanya sama hati... Apa yang kau rasa...?

Salam...
 
Entri luahan rasa hati yg tak mampu berkata-kata...
Cuma dapat merasa pada zahirnya...

Dingin malam ini menyelimuti tubuhku yg separuh dibogelkan. Cengkerik bernyanyi merdu di luar kamarku ini seolah-olah berlawan, bunyi siapakah yang paling merdu... Aku cepat-cepat menarik baju yang aku letakkan dipenjuru katilku tadi. Rasa sejuk aku rasakan mula menyerang tubuhku... Aku pakaikan semula baju yg aku tanggalkan tadi... Kelajuan kipas aku perlahankan daripada nombor 3 ke nombor 2... Hah...! Baru la kurang sedikit rasa sejuknya... 
 
Bilik warden yang aku dan 2 orang lagi guru baru duduki untuk sementara ini sudah mula sunyi sejak sejam tadi... 2 orang sahabatku itu sudah lena dibuai mimpi indah dek malam yg dingin ini... Cuma aku yg belum mahu melayan mataku yg mahu beradu ini... Ada sesuatu yang sedang bermain difikiranku... Dan aku yakin, sahabat-sahabatku yang lain juga memikirkannya. Sudah pasti ada yg tidak lena tidurnya... Dan pasti juga ada yg sudah berkuruh tidurnya... 
 
Gaji yang dijanjikan akan diterima pada bulan 12 ini nyata membuatkan kami semua gembira dan teruja. Mana tidaknya, gaji pertama bergelar guru. Tambahan pula, masing-masing sudah berkira-kira mahu membayar wang pendahuluan sewa rumah terutama guru-guru dari semenanjung & perbelanjaan lain. Bagi aku, aku mahu memberikan sebahagian daripada gaji pertamaku kepada emak & bapa. Sebahagian lagi untuk membayar hutang-piutang. Dan selebihnya untuk membeli perkakas rumah guru yg akan aku duduki. Namun, segalanya punah belaka apabila kami semua mendapat tahu berita yg mendukacitakan kami bahawa gaji kami hanya akan dapat pada bulan 2 tahun depan... 
 
Aduh...! Alamak...! Apa...? Betul ke...? Macam mana ni...? Itu adalah antara reaksi & keluhan sahabat-sahabatku yg mengharap akan mendapat gaji pertama kami pada bulan 12 ini... Kebanyakan kami bukanlah daripada keluarga yg berada... Masing-masing berkata mereka telah meminjam duit daripada keluarga & saudara mara untuk mengadakan diri di sini... Kesian & turut bersimpati juga aku mendengarnya... Aku cuma mampu meminta mereka supaya bersabar sahaja... InsyaAllah, mesti ada caranya untuk meringankan beban mereka... Termasuk juga aku... Hmmm... Itulah perkara yg bermain-main difikiranku ketika ini... 
 
Tapi, ada lagi perkara yg bermain-main difikiranku... Masih lagi berlegar-legar di ruang fikiranku... Masih lagi berada di dasar hatiku... Masih lagi terbuku di jiwaku... Dia... Ya... Tentang dia... Dia sudah kembali semula... Kembali mengisi ruang hatiku... Mengubati semula luka yg membelah hatiku dulu... Kehadirannya kali ini sangat membahagiakan aku. Kehadirannya semula menyerikan hidupku... 2 tahun berlalu... 2 tahun yang penuh dengan pelbagai kisah kami... 2 tahun yg bermakna bagi aku...


Ada sahabat yg bertanya, kenapa tak hapuskan saja "Countdown" itu... Bukan sudah tidak ada apa-apa lagi dengannya...? Aku cuma mampu tersenyum... Namun, hatiku masih yakin & kuat mengatakan bahawa dialah jodohku... Dialah kekasihku... Dialah yang akan menjadi isteriku... Dialah yang akan menjadi ibu kepada anak-anak kami... Dan hanya dialah yg akan menjadi permaisuri sepanjang hayatku... Syukur alhamdulillah... Walaupun banyak cabaran & dugaan yg aku lalui... Walaupun hati telah dilukai... Walaupun ada halangan yg tidak bertepi... Namun, Allah masih lagi menetapkan hatiku untuk setia menunggunya... Dan penantianku tidak sia-sia apabila dia kembali semula kepadaku... 
 
"Selamat ulangtahun perhubungan kita wak... Sudah 2 tahun kita berkasih-kasihan... Sudah bermacam-macam dugaan kita lalui... Sudah bermacam-macam perasaan kita rasai... Sudah bermacam-macam halangan kita rempuhi... Dan kita masih di sini... Masih bersama kembali... Merencana kehidupan yg kita hendaki... Saya doakan & berharap agar semua yg kita hajati akan dimakbulkan oleh Illahi..."

Kehadirannya semula dalam hidupku memang tepat pada masanya... Terima kasih kerana hadir semula dalam hidupku... Terima kasih kerana masih mencinta & menyayangi diriku... Terima kasih kerana sudi merencana impian masa depan denganku... Terima kasih kerana sudi melengkapi hidupku... 2 tahun lagi... InsyaAllah... Kita akan bersatu... Kita akan sama-sama merealisasikan impian kita... Semoga semuanya akan dipermudahkan oleh-Nya... Amin...

Aku sangat mencintai & menyayangi dirinya...
Doakan kami akan bersama...
Buat selama-lamanya...

Sekian sahaja luahan hati yg meronta-ronta mahu berbicara...

~~~...Entri yg penuh dengan bahasa berbunga-bunga... Jangan jemu... Jangan mengata... Aku tidak memaksa kamu membaca...Hehe...~~~

Monday, December 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432H

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat Poet Dusun Bayu?
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat-sihat & baik-baik sahaja...

Alhamdulillah...
Esok seluruh umat Islam akan menyambut tahun baru...
Salam Ma'al Hijrah saya ucapkan...
Esok sudah 1 Muharram 1432H...
Marilah sama-sama kita berdoa akhir tahun & berdoa awal tahun...


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Lagu yang paling selalu dimainkan apabila tibanya Ma'al Hijrah ialah lagu 1 Muharram yang didendangkan oleh Al Ajiba...
Lagu Tema Maal Hijrah
 
1 Muharram

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

 

Lagu 1 Muharram...

Jom kita berazam baru..Hehe...
Sekian...

~~~...Masih dalam proses untuk membiasakan diri dengan masa yg sedikit awal di sini...~~~

Friday, December 3, 2010

Saya Di SMK Agama Limbang

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat Poet Dusun Bayu yg di sayangi semua...
Semoga sihat-sihat hendaknya...

Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat blogger kerana sudah agak lama tidak menulis di PDB ini...

Alhamdulillah, hari ini saya ada kesempatan untuk menterjemahkan apa yg saya rasa setelah ditempatkan di SMK Agama Limbang, Sarawak...

Saya bersyukur kerana ditempatkan di sekolah ini...
Hehe...

Banyak lagi yg akan saya kongsikan dengan sahabat-sahabat...

Tunggu entri terbaru daripada PDB k...

Salam...

Sunday, November 21, 2010

C.I.N.T.A. by The Baginda's

Salam...

Entri kali ni pasal lagu lagi...
Pernah tak dengar lagu
C.I.N.T.A...

Lagu tu band dari Indon yg nyanyi...
Nama band tu The Baginda's...
Banyak gak la lagu yg best...
Tapi, lagu ni pun saya rasa best...
Jom dengar sama-sama k...
Hehe...

Ini lirik lagu tu...

C.I.N.T.A.
The Baginda's

Berapa kali ku harus katakan cinta
Berapa lama ku harus menunggumu

Diujung gelisah ini aku
Tak sedikitpun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

[*]
Luka luka luka yang kurasakan
Bertubi tubi tubi yang kau berikan
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Tapi aku balas senyum keindahan

[**]
Bertahan satu cinta
Bertahan satu c.i.n.t.a
Bertahan satu cinta
Bertahan satu c.i.n.t.a

Pernahkan engkau sejenak mengingat aku
Pernahkan ingat walau seperti angin berlalu

Di setiap malam kini aku
Tak sedetikpun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

Back to [*][**]
Back to [*],[**] 2x

 

 Adios...

~~~...Suka dia eja C.I.N.T.A...Hehe...~~~

Saturday, November 20, 2010

Lagu Khas Untuk Cikgu Qamarul

Salam...

Kepada sahabatku Cikgu Qamarul...
Semoga ko akan dapat menyesuaikan diri dengan baik di tempat baru nanti...
Aku doakan ko akan menjadi seorg guru yg cemerlang mendidik anak bangsa sehingga berjaya...
Boleh bah kalau kau...
Hehe...

Lagu ini khas untuk ko...
Dengar k...
Haha..


Apa macam bro...?
Ok tak lag tu...?
Hehe...

Nanti kita g naik kinabalu sama-sama k...
Thn depan aku g Sabah gak...
Kita g cuti-cuti k...
Hihi...

Sekian bro...
~~~...Qamarul posting Sabah... Kena la tu... Muka dia pon mcm org Sabah bah..Hehe...~~~

Di Manakah Aku Akan Ditempatkan?

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger & pengunjung-pengunjung Poet Dusun Bayu...?
Saya doakan kamu semua sentiasa dalam keadaan sihat sahaja...

Sekarang ni masih lagi berteka-teki di sekolah manakah saya akan ditempatkan...
Alhamdulillah...
Saya dapat mengajar di sekolah menengah agama di Sarawak...
Cuma belum tahu lagi sekolah mana yg akan menjadi sekolah pertama saya berkhidmat...

Di Sarawak terdapat 8 buah sekolah menangah agama...
.
.
.
SMKA Sheikh Hj Othman Abdul Wahab, Kuching
SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching
SMKA Matang, Kuching
SMKA Sibu
SMKA Miri
SMKA Limbang
SMKA Igan 
SMKA Seri Aman
 .
.
.
 Tiga daripada sekolah menengah agama tersebut terletak di Kuching...
Mana-mana sekolah pun saya ditempatkan, saya tak kisah...
Hehe...
Kalau dapat di Kuching lagi la bgs...
Hehehe...

Kepada rakan-rakan seperjuangan yg akan ditempatkan di Sarawak,
Selamat Datang saya ucapkan...

Kepada rakan-rakan seperjuangan yg akan posting minggu depan....
Tahniah diucapkan...
Jgn lupa post kat FB nama sekolah k...
Hehe...

Sekian dulu...

Adios...

~~~...Rasa x sabar nak mengajar... Tapi, dak sekolah dah cuti...Hehe...~~~

Friday, November 19, 2010

Komputer Riba (Laptop) Rendahkan Kualiti Sperma Lelaki

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger & pengunjung Poet Dusun Bayu...?
Semoga semuanya sihat-sihat sahaja k...

Kepada lelaki-lelaki... Sila baca entri ini k...

Komputer Riba Rendahkan Kualiti Sperma Lelaki

New York, Rabu- Penggunaan komputer riba di atas riba mungkin bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki, menurut kajian terbaru.

Cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan meletakkan komputer riba di atas meja, menurut ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin.
 Sumber gambar: Encik Google

Dalam kajian itu, pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum 29 lelaki muda yang menggunakan komputer riba di atas riba.

Walaupun pelapik diletakkan di bawah komputer riba, suhu skrotum peserta didapati meningkat dengan cepat.
 Sumber gambar: Encik Google
 Sumber gambar: Encik Google

"Jutaan pengguna komputer riba adalah dalam kalangan lelaki dalam lingkungan umur yang mempunyai kesuburan tinggi dan juga penggunaan komputer di atas riba dalam tempoh 10 minit mampu merendahkan kualiti sperma. " katanya.

Lelaki-lelaki sila ambil perhatian k..
Hehe...

Sebenarnya perempuan juga tidak terkecuali dalam kes ini...
Hihi...

Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku...
Jangan letak laptop kat riba k...

Sekian...

~~~...Tips kesihatan ini disediakan khas untuk anda..Hehe...~~~

Thursday, November 18, 2010

18 November 2010: It's Your Birthday

Assalammualaikum w.b.t...

Awak... Entri ini khas untuk awak...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
18 November 2010...
Hari ini hari ulang tahun kelahiran awak...
Usia awak dah pun bertambah...
Hehe...

Ulang tahun kelahiran awak kali ini tidak seperti yang lepas...
Tahun lepas kita dapat raikan sama-sama...
Awak ingat lagi tak birthday awak tahun lepas...?
Mestilah awak ingatkan...
Sampai mata awak masuk tepung...
Hehe...
Kesian awak...
Sori wak eh sbb baling tepung kat awak...
Tapi, bukan saya yg baling tepung kat mata awak...
Hehe...

Birthday awak tahun ini pastinya tak sama seperti tahun-tahun yg lepas...
Kalau tahun lepas, kita dapat sambut sama-sama...
Lagi pun masa tu kita masih di kolej...
Kalau kat kolej, awak dah kena baling dengan tepung dah ni...
Hihi...

Tapi, birthday awak kali ni...
Kita dah ada kehidupan masing-masing...
Awak dekat sana...
Saya di sini...

Relationship kita pon dah lain...
Mcm yg awk cakap...
Mungkin ini sudah takdir kita...
Dan saya harus terima hakikat itu...
Yup... Saya cuba sedikit demi sedikit untuk terima hakikat ini wak...
Huhu...

Eh... Nape tiba-tiba sedih ni...
Today is your birthday...
Saya tak nak awak rasa sedih...
Saya nak awak hepi je...
Hehe...

So, sempena ulang tahun kelahiran awak ni...
Saya nak wish kat awak...
Semoga awak dipanjangkan usia...
Semoga awak dilimpahkan rezeki yg banyak...
Semoga semua impian awak akan tercapai...
Semoga awak sentiasa gembira...
Semoga awak sentiasa bahagia...
Semoga awak akan dapat kerja PTD...
Semoga awak akan dapat tunaikan niat awak kat mak & ayah awak...
Hmmm....
Yang ni berat ckit saya nak wish...
Tapi, saya terpaksa wish juga...
Saya doakan awak akan mendapat pasangan hidup yang terbaik utk awak...
Saya harap dia mampu bahagiakan awak sepanjang hayat awak...

Banyaknya semoga..
Hehe...

Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada kisah hidup saya...
Terima kasih kerana sudi membahagiakan hidup saya dahulu...
Terima kasih untuk segala-galanya...

Apa-apa pon, semoga awak gembira k...
Tahun ni tak ada hadiah untuk awak...
Huhu...
Saya harap awak simpan lagi hadiah yg sy bagi masa birthday awak yg lepas k...
Hehe...
Sampaikan salam saya kat family awak k..

Awak... Tak lama lagi saya akan berkhidmat sebagai guru di sini...
Doakan saya akan menjadi seorang guru yg baik & cemerlang k...

Sekian...

Azwandy Muhamad
18/11/2010
12:00 AM
~~~...Rindu kisah kita yg dulu...Huhu...~~~

Wednesday, November 17, 2010

Sape nak hadiah free dari Paris? =)

Salam...

Saya join contest lagi...
Nak tau tak contest apa...?
Contest ni namanya...
Sape nak hadiah free dari Paris?=)
Hehe...

'Eiffel Tower Giveaway' 

 Inilah banner untuk contest tersebut...
Kalau nak join contest ni, klik kat banner tu k...

Tak pun klik terus kat link ni...

Contest ni pon ada syaratnya...
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1. bt entry "Sape nak hadiah free dari Paris? =)" 
and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog 
 (Gambar banner kat atas tu la k...) 
 = Settle
2. dan jgn lupe, letakkan gambar ni skali kat side bar blog korg 
dan link kan terus ke entry ni ye. klu pic besau sngt, korg tlg kecikkan ye.
= Settle

3. mnjadi follower blog ni.
= Settle

 4. tag 3 org blogger 
lain dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!
- Saya nak tag...
=Settle

5. dan last sekali, 
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat 
kotak komen entry "Sape nk hadiah free dari Paris? =)" ni ye.
 =Settle
 
Hadiah?
 5 souveniors yang akan dipos khas oleh Farah dari Paris.
mungkin akan di up kan lagi bilangan hadiah. 
mkin ramai, makin banyak hadiah. 
up to us bebes. =)

Pemenang?
akan dipilih berdasarkan beberapa calculation buatan sendri 
seperti giveaway seblom ni. unik kan?

Tarikh Tutup:
20.11.2010, 12.00 PM 
 
  Penganjur juga ada menyediakan 1 hadiah dari Malaysia+1 hadiah dari France utk entry paling kreatif. 
 
 Semoga menang!!!

Hehe...

~~~...Siapa lagi nak join, silakan k...~~~

Entri Khas Untuk Awak

Salam...

Saya ada entri khas untuk awak...
.
.
.
Awak tahu bila entri itu akan saya publish...

Sekian...

Apa Tujuan Uncle Seekers Mendedahkan "Cinta Syyhh Permaisuri Aishah "nya?

Salam...

Saya rasa tertarik dengan sebuah isu yang semakin hangat diperkatakan oleh para blogger sekarang ini...
Isunya...
Uncle Seekers yg mendedahkan kisah "Cinta Syyhh" dengan Permaisuri Aishah di blognya...
Klik sini untuk ke blog Uncle Seekers...

Pendedahan berani Uncle Seekers ini bukan hanya mengaibkan mantan Permaisuri Agong tersebut...
Malah mengaibkan dirinya serta keluarganya sendiri...

Persoalannya...
Apakah tujuan dia berbuat demikian...?
Macam ada yg tak kena saya rasa...
Sehinggakan Uncle Seekers dengan berani & tanpa segan silu mendedahkan apa yg berlaku...
Kisah mengenai Permaisuri Aishah juga telah dibuat beberapa episod...
Kalau nak tahu lebih lanjut...
Sila ke blog Uncle Seekers k....

Ada yang mengutuk tindakannya...
Tidak kurang juga ada yg menyokongnya...

Yang pastinya...
Dia telah mengaibkan mantan permaisuri Agong tersebut...

Semoga dia menghentikan tindakannya yg boleh menjatuhkan maruah org lain tersebut...

Sekian...

~~~...Kenapa la uncle Seekers buat entri pasal tu... Agaknya nak tarik pembaca kot... Ada iklan nuffnang ke kat blog dia...? Hahaha...~~~

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam...

Selamat Hari Raya Aidiladha
Poet Dusun Bayu
ucapkan kepada semua umat Islam di dunia...

Semoga kita semua akan mendapat keredhaan daripada Ilahi...
Amin...


Poet Dusun Bayu ada sebuah pantun 6 kerat untuk anda semua...
Hehe...

Lembu nangis tak henti-henti,
Kambing pula menyorokkan diri,
Unta boleh pula buat-buat mati,
Ayam pura-pura kena denggi,
Apasal dengan diorg ni,
Laaaa...! Patut la, Hari Raya Haji.

Haha...!

Salam Aidiladha
daripada
Poet Dusun Bayu serta keluarga...

Sekian...

~~~...Esok ada sedikit majlis kesyukuran... Dtg la k... Hehe...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker