Sahabat@Dusun Bayu

Monday, December 27, 2010

Malaysia Terkam Indonesia Di Bukit Jalil

Salam...

TAHNIAH!!!

Kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah memenangi perlawanan akhir pertama menentang Indonesia dengan jaringan...

3-0

Bekalan yang agak selesa untuk dibawa ke Indonesia 29 Disember ini...
Semoga kejuaraan untuk edisi kali ini akan menjadi milik negara kita...


Piala yg semakin pasti menjadi milik kita...

Kesebelasan utama pasukan negara kita yg diketuai oleh Syafiq bermain dengan cemerlang...

Safee Saili menjaringkan 2 gol dan menjadikan dia sebagai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini...

Shahrol yg baru melangsungkan perkahwinannya bermain dengan cemerlang & menghasilkan gerakan cantik untuk memberi umpanan kepada Safee & Ashari untuk menjaringkan gol...

Kuna juga beraksi cemerlang dengan permainan yg cantik & bijak membuat gerakan menyerang dari arah kanan padang...

Amirul Hadi kurang menyengat dengan gerakannya yg sering kehilangan bola & digantikan dengan Ashari yg telah menghasilkan 1 gol buat Malaysia...

Benteng terakhir Malaysia... Khairul Fahmi juga sentiasa konsisten & cemerlang...

Apa-apa pun masih ada lagi 90 minit yg terpaksa dilalui oleh pasukan negara kita...
Bekalan 3 gol ke Indonesia diharapkan akan menaikkan semangat juang pasukan negara...
Semoga kemenangan akan menjadi milik kita...
Sama-sama kita berdoa & menyokong pasukan negara kita...

Sekian...

~~~...Kalau penyokong Malaysia pancar laser kat pemain Indon, nanti penyokong Indon buat apa pulak ye kat pemain Malaysia...? Kesal dengan sikap segelintir penyokong Malaysia sehingga menyebabkan perlawanan diberhentikan dan Sultan Pahang turun ke balapan...~~~

6 comments:

Lurunna said...

agak menakutkan utk pemain kita ke sana nampaknya...haisshh.. kerana penyokong, pemain jadi mangsa..

SasHa Lee said...

tetibe aq rase ko sesuai jd pembaca berita..

walpn aq tak dengar suara ko..
tapi aku merasai penulisan ko..hihihi..;)

sue@p.l.e.i.a.d.e.s said...

xsabar nak tgggu second match!!!

Azwandy Bin Muhamad said...

@Lurunna Tapi, pemain kita tetap semangat nak menang...hehe...

Azwandy Bin Muhamad said...

@SasHa Lee Haha... Thanks... Aku mmg ada cita2 bak jadi pembaca berita.. tapi, tak kesampaian... so, jd cikgu bm... sbb tu la penulisan aku mcm tu...haha... laras berita...

Azwandy Bin Muhamad said...

@sue@p.l.e.i.a.d.e.s saya pon kak sue... tgk malam ni...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker