Sahabat@Dusun Bayu

Monday, December 19, 2011

Majlis Merisik & Bertunang Saya 4 Disember 2011 (Gambar)

Salam...

Mesti sahabat-sahabat blog x sabar tunggu entry pasal majlis merisik & pertunangan saya kn...?
Hihi...

Kalau nak baca pasal majlis saya tu...
Silalah berkunjung ke blog Cik Tunang saya a.k.a MissSilent...
Hihi...


Klik la kat link tu k...

Saya ingat nak update jugak pasal bertunang ni...
Tapi, entry yg Cik Tunang saya buat ni dah cukup lengkap...Hihi...
Thanks Cik Tunang yg tersayang...
Semoga kita dapat mengharungi segala dugaan sepanjang melalui fasa pertunangan ni dengan tabah...
Amin...

Semoga semuanya dipermudahkan olehNya... Amin.....

Sunday, December 18, 2011

Tahniah kepada kawan-kawan yg dah kawen...!

Salam...

Aritok jak(18 Disember 2011) ada empat undangan majlis perkahwinan...
Aku sempat pegi 3 majlis jak...

Majlis Suherman & Ida...

 Tahniah kepada Suherman & ida...

 Man tok bestfren aku dari kecik gik... mcm x cayak jak nya dah nikah... Hehe...
Jaga bini bait2 pok...Hehe...

Majlis Mila & Godeng..

Tahniah Puan Karmila & Encik Godeng... 
Bff masa sekolah.... Sorang dah geng selalu kluar nikah..

Majlis Aceng & Bobo...

Puan Tasha(Bos BOSS) & suami...
Cikgu sama mengajar dgn aku di Limbang...
Tahniah BOS..... Hihi...

Majlis Mima & Jali

Bagai pinang dibelah duak..Hehe...
Duak2 cikgu sama ngajar di Limbang...
Sori kepada Puan Rosemima & Ustaz Razali sbb xdpt datang majlis ktkorg...
Tahniah oi....

Tahniah kat ktkorg semua...
SELAMAT PENGANTIN BARU...
Semoga berkekalan dan berbahagia hingga akhir hayat...
.
.
.
.

(Sumber gambar: Zaifie Zainal)
Eh... Sapa tok??? Hihi...
x kenal pun... Just suka baju pengantin tok...
Mun Cik Tunang aku makey mesti kacakkkk gilak2... Hehe..
Mena x Cik Tunang...? Hehe...


Mcm best jak nangga org kawen... Rasa x saba juak maok kawen... Hihi...

Tuesday, December 13, 2011

Alhamdulillah... Berjalan Lancar...

Salam...

Alhamdulillah... Saya dah selamat sampai di kuching setelah seminggu lebih berada di Kuala Lumpur... Mesti ramai yang ingat saya ke KL sebab bercuti, maklumlah tengah cuti sekolah... Memang betul pun, saya pergi ke KL untuk bercuti. Tapi, ada lagi tujuan yang lebih penting saya ke KL... Mungkin ada juga yang sudah tahu dan semestinya ramai yang tidak tahu tujuan sebenar saya ke KL... Hehe... (Suspen plak..Hihi...)

Ok la, Alhamulillah... Syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya maka saya telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hati saya... Tanggal 4 Disember 2011, saya dan cik tunang saya selamat mengikat tali pertunangan. Majlis dibuat secara ringkas & kecil-kecilan sahaja. Hanya keluarga terdekat yg dijemput. Sebenarnya majlis tersebut  2 dalam 1... Dimulakan dengan majlis merisik & seterusnya majlis bertunang... Lagi senang macam tu. Maklumlah, saya org Sarawak... Cik tunang saya org KL... Jadi buat terus la 2 dalam 1... Syukur sangat-sangat sebab majlis tu berjalan dengan lancar... Jadi sekarang ni saya dah jadi tunang orang... Hihi...

Saya bersyukur juga kerana Cik Tunang saya sangat memahami saya & sentiasa membahagiakan saya... Saya yakin Cik Tunang saya akan membahagiakan saya sepanjang hayat saya... Hehe...

Kepada sahabat-sahabat, jgn berkecil hati k sebab kami x bagitau pasal majlis tu... InsyaAllah, walimatulurus kami tahun depan, kami akan jemput... Jadi, kami harap semua sahabat kami datang k... Boleh la nak datang kat majlis sebelah KL atau di Kuching... Hehe...

Semoga kami akan tabah menjalani perhubungan setelah bertunang ini... Orang cakap, masa bertunang ni banyak dugaannya... Saya berharap agar semuanya dipermudahkan... Amin... Sahabat-sahabat pun doakan juga semoga kami berbahagia selalu k...

Terima kasih kepada keluarga saya, terutamanya mak & bapa saya, yang sentiasa membantu & merestui pilihan saya... Terima kasih juga kepada keluarga Cik Tunang saya... Dan terima kasih sangat-sangat kepada Cik Tunang saya kerana membuatkan saya gembira & bahagia sepanjang "dating marathon" kat sana... Hehe... Thanks awak....

Ok la... Nanti sy update PDB ni lagi k...

Kadang-kadang, pergaduhan yang berakhir dengan perdamaian akan membuatkan kita lebih menyayangi seseorang itu...

p/s Saya sayang awak... Hihi... (Mood jiwang...)

Monday, November 21, 2011

Cadangan Waktu Bekerja Guru 9 Jam Tak Jadi

Salam...

Ap khabar sahabat-sahabat PDB...?
Semoga semuanya sihat-sihat sahaja...

Berbalik semula kepada isu cadangan supaya waktu bekerja para guru 9 jam sehari...
Setelah diasak dengan pelbagai pendapat & tentangan daripada para guru, 
akhirnya pihak kementerian Pelajaran Malaysia tidak jadi meneruskan cadangan tersebut...

Secara jelasnya, pihak Kementerian juga mengetahui kesan yang akan berlaku sekiranya cadangan tersebut diteruskan....

Saya tertarik dengan kenyataan yang diperkatakan oleh seorang pemimpin parti politik yang mengatakan bahawa...

"Guru juga akan menjadi pemandu ambulan membawa pelajar yang sakit ke hospital, guru juga menjadi polis trafik bagi memastikan pelajar-pelajar selamat ketika dtg dan balik sekolah, guru juga menjadi kerani kewangan menguruskan yuran pelajar, guru juga menjadi pakar analisis data dan sebagainya..."

Memang benar apa yang diperkatakan oleh pemimpin parti politik tersebut...

Siapa yang mengetahui tugas seorang guru sememangnya tidak mengetahui apa yg guru buat...
Ramai yang mengatakan bahawa, 
"guru senang... Kerja separuh hari... Cuti banyak... Kerja mengajar je... Tak banyak kerja..."

Siapa yang berkata begitu memang salah...
Tugas guru memang mengajar... Itu tugas utama guru...
Dan itulah yg org ramai lihat...
Tetapi, kerja-kerja lain yg tak dilihat banyak...
Contohnya, menyemak buku latihan, memasukkan data, membuat analisis markah, perjumpaan ko-kurikulum, penganjuran program-program & banyak lagi...

Saya teringat dengan kata-kata seorang sahabat...
"Kita sibuk nak ajar anak orang... Anak kita terabai..."
Sekiranya waktu kerja guru 9 Jam tu dilaksanakan, sudah pastinya menyebabkan para guru mengalami tekanan dan kualiti pengajaran guru juga kurang berkesan...

Jadi, pembatalan cadangan masa bekerja guru 9 jam ini merupakan langkah yang wajar dilakukan...
Sekian...

Friday, November 18, 2011

Special For You: Happy born day!

Salam...

Awak, entri ini khas untuk awak. 
Hari ini hari istimewa awak...
Hari ulangtahun kelahiran awak...
Sememangnya setiap tahun kita akan melalui hari lahir yang berbeza.
Sejak 2007 saya mengenali awak, bermula hanya sebagai kawan biasa...
Sehinggalah sekarang ini 2011, kita sebagai pasangan kekasih...
Pelbagai pengalaman & situasi sambutan hari lahir yang telah dilalui...

Yang paling saya xdapat lupakan pada tahun 2009...
Semasa awak menjadi peserta KKC-21...
Masa tu hari lahir awak sama dengan KKC-21...
Mesti awak ingat lagikan...
Tak ada apa yang saya dapat berikan pada awak pada masa tu...
Cuma ada sesuatu yg kecil je sy mampu bagi pada awak pada masa tu.
Maklumlah nak jaga profesional sbg fasi...
Hihi...

Setahun kemudian...
Dapat sambut hari lahir awak sama-sama...
Masa tu pun, tengah sibuk nak KKC-22...
Hepi sangat masa tu sbb dapat sambut hari lahir awak sama-sama & geng-geng MTM masa tu...
Seronok tengok awak hepi...
Lepas tu mcm biasalah x sah kalau org yang smbt birthday x kena hentam dengan tepung...
Teruk awk kena hentam dengan tepung malam tu.
Sampai masuk dalam mata & terpaksa pegi PK sbb tepung masuk dalam mata.
Untuk birthday awak ni, saya bagi someting kat awak...
Dan saya tahu awak sukakannya...
Saya hepi bila tgk awk suka dengan apa yg sy bagi kat awk...
Hehe...
Sampai sekarang pun awak masih pakai apa yg saya bagi tu kn?
Hihi...

Tahun lepas, x dapat sambut birthday dengan awak.
Kita dah terpisah oleh Laut China Selatan...
Awak di tanah semenanjung sana...
Saya di tanah kepulauan Borneo sini...
Memang tak dapat nak sambut sama-sama la..
Huhu...

Tahun ni pun sama juga...
Tak dapat nak sambut birthday sama-sama...
Sedih tu memang la sedih...
Dah lama x jumpa awak...
Nak buat macam mana kn...
Saya di sini...
Awak kat sana...
Tapi xpe, x lama lagi kita jumpa la eh...
Leh sambut sama-sama birthday kita...
Hihi...

Awak, sempena hari lahir awak tahun ni...
Saya nak ucapkan...

SELAMAT HARI LAHIR...

(Saya ambik gmbr awk kat blog awk...Hihi...)

NOOR HUSNA ABDUL RAHMAN

Doa saya untuk awk...

*SEMOGA AWAK DIPANJANGKAN USIA...

* SEMOGA AWK DILIMPAHKAN REZEKI YANG BANYAK...

* SEMOGA SEMUA IMPIAN AWK AKAN TERCAPAI...

* SEMOGA AWAK GEMBIRA SELALU...

* SEMOGA AWAK SENTIASA GEMBIRA BERSAMA-SAMA ORANG YANG AWAK SAYANGI...

*SEMOGA MENDAPAT SEMUA YANG AWAK INGINKAN...

*SEMOGA AWAK SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DARI-NYA...

* SEMOGA AWAK BERBAHAGIA SELALU...

AMIN........

Itulah wish saya untuk awak...
 Saya mintak maaf kat awak sbb selalu buat awak marah...
Maafkan saya wah eh...

The day will come...

Sekian...
Your EncikHati...


AZWANDY MUHAMAD
DUSUN BAYU
18 NOVVEMBER 2011
12.00 A.M.

Thursday, November 17, 2011

Someting Special For You...

Salam...

Yup...

I have someting for u...

18 November 2011...
12.00 a.m.

Want to know it?
Please wait...

I hope u read it...

Just for u...

Saturday, November 12, 2011

GURU EMPAT NEGERI KERJA 9 JAM TAHUN 2012

Salam...

Mohon pendapat para guru mengenai cadangan ini...

Guru Empat Negeri Kerja 9 Jam Tahun 2012

ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
 
Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah. Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.
"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia 12 November 2011
Para guru semestinya mengetahui apakah tugas yang dilakukan...
Bagi saya, tugas guru bukan hanya mengajar di kelas, malah termasuk kerja-kerja pengkeranian yang dilakukan, seperti mengisi data, memasukkan markah peperiksaan pelajar di dalam Sistem, perjumpaan ko-kurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan badan beruniform, latihan rumah sukan, latihan-latihan berbentuk pertandingan seperti bahas, pantun, nasyid, sayembara bicara berirama, pidato, debat dan sebagainya. 

Ada juga kelas-kelas tambahan yang diadakan pada sebelah petang & malam.
Maka, jelaslah masa bekerja guru tidak sesuai jika hendak disamakan dengan waktu pejabat biasa.
Secara peribadi saya berharap agar cadangan ini difikirkan semula oleh pihak kerajaan...

TUGAS SEBAGAI GURU BUKAN MUDAH...
GURULAH YANG AKAN MEMBENTUK...
ORANG MENJADI MANUSIA...
MANUSIA MENJADI INSAN...

 Mohon cadangan difikirkan semula....

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam...
Sejak belajar di UPM 2006 hingga 2010 dan sekarang sudah bekerja...
Belum lagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama-sama keluarga yang tersayang... 
Sayu rasa hati ini, apabila mendengar suara bonda yang menghubungi & bertanya khabar berita... 
Itulah pengorbananku, demi mencari rezeki & mendidik anak bangsaku... 
Salam Aidiladha 
buat keluarga yang tersayang, sanak-saudara, rakan-rakan, sahabat handai, guru-guru & anak-anak muridku yg dikasihi...

Friday, November 4, 2011

Akhirnya... Ada juga ruang masa untuk menulis entry...

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat PDB...? Sudah beberapa bulan PDB x ada post entry yg baru... Mana tak nya, bz sangat dengan tugas-tugas yg telah diamanahkan... Nak mengadap laptop untuk online pun xada masa... Mengadap laptop pun atas urusan kerja... Huhu... Nama pun kerja... Jadi, x boleh la nak merungut kan...

Banyak yg nak dikongsikan dengan sahabat-sahabat PDB sebanarnya. Tapi, hal-hal tu pon dah berlalu... Jadi, tak nak la nak ungkit kan lagi hal-hal tu... Lagi pon, malas nak ingat lagi hal-hal tu... So, yg lepas-lepas tu biarlah berlalu... Saya maafkan sesiapa sahaja yg ada buat salah kat saya... Termasuklah anak-anak murid saya yg saya ajar & yg pernah saya marah & denda...

Minggu depan dah minggu terakhir sesi persekolahan... Minggu depan dah nak balik rumah... Suatu perjalanan yang sangat jauh & memenatkan... Lebih 1500km... Boleh dikatakan menjelajah ke seluruh bumi Sarawak ni... Tapi, demi tugas kepada anak-anak bangsa. Terpaksalah juga akur dengan cabaran & dugaan tersebut... Memanglah org selalu berkata, senang la duduk kat sini... Boleh simpan duit... Memang senang la ko ckp mcm tu... Kat sini memang kos hidup agak tinggi... Bagi ktorg yg xdapat elaun mcm cikgu semenanjung mmg agak sukar untuk simpan duit... Macam saya, duduk di Kuching... Kos nak balik ke Kuching pun dah berapa... Kalau naik kapal terbang lagi la mahal... Disebabkan diapit oleh Negara Brunei, barang-barang di sini lebih mahal sedikit berbanding dgn tempat lain. Jadi, org yg cakap senang nak simpan duit bila duduk sini memang salah... Try la duduk sini dulu. Baru la tau mcm mana situasi tinggal kat sini...

Dah jadi mcm luahan isi hati pulak... Hmmm... Kerja & tinggal kat sini memang seronok... Tapi, disebabkan kos yg agak tinggi menyebabkan saya & ada sebilangan rakan-rakan yg lain merasakan agak terbeban... Bukan nak mengeluh... Cuma berharap sangat, ada elaun khas untuk kami yg kerja di sini... Berharap jugak la pihak yg berkenaan dtg sendiri ke sini dan berdialog dengan kami di sini... Supaya dapat mengetahui situasi kami di sini...

Hmmm... Memang dah jadi entry meluahkan isi hati je dah ni... Huhu...

Sekarang dan masuk bulan November 2011... Dah nak berakhir dah tahun 2011 ni... Sekejap je rasanya... Rakan-rakan seperjuangan pun sudah ramai yg mendirikan masjid... Dan untuk cuti sekolah ni pun sudah ada lebih kurang 13 undangan ke majlis perkahwinan mereka... InsyaAllah, mana yg saya dapat pergi tu, saya pegi la... Mana yg saya tak dapat pergi tu, saya mintak maaf lah ye... Semoga majlis korg berjalan dengan lancar... Amin...

Bulan November ni pun ada special day bagi MissSilent saya... Hehe... Beberapa hari je lagi kan wak... Hihi...

Stakat ni dulu la ye... Nanti ada masa saya tulis la lagi...

Wslm....

Monday, August 8, 2011

Kakitangan Awam Dapat Bonus Raya Setengah Bulan Gaji

Salam...

Berita GEMBIRA...
Kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan...

Bonus Raya 2011 kepada kakitangan awam & pesara kerajaan...

Syukur alhamdulillah.....

Kerajaan bersetuju membayar bonus kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 iaitu setengah bulan gaji @ minimum RM500.

Buat pesara kerajaan, mereka akan menerima bayaran khas sebanyak RM500. Pembayaran bonus dan bayaran khas ini akan di buat pada pertengahan Ogos 2011 ini.

Di jangkakan  pemberian bonus kakitangan awam Hari Raya Aidilfitri 2011 iaitu setengah bulan gaji @ minimum RM500 dan bayaran khas untuk pesara ini dapat meringankan beban mereka dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Untuk rekod, Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian 2 bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini iaitu bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas Hari Raya Aidilfitri.

Wednesday, July 20, 2011

Syukur Alhamdulillah... Yg diimpikan telah dimiliki...

Salam...

Syukur alhamdulillah...
Akhirnya, saya berjaya juga memilikinya
setelah lama saya idamkan...

Terima kasih kepada mak & bapak saya
kerana merestui saya untuk memilikinya...

Terima kasih juga kepada misssilent
kerana merestui juga untuk saya memiliki
"Bini Baru" katanya...
Hehe...

Jangan marah wak eh....

~~~...Bukan kemahuan.. Tapi, keperluan... Untuk jangka masa panjang...~~~

Sunday, July 17, 2011

Jadikan Aku Yang Kedua By Astrid

Salam...

Siapa yg nak jadi yang ke-2...?
Hehe...

Jom layan lagu ni...

Jadikan Aku Yang Kedua...
By Astrid...

Best gak lagi ni...

Astrid - Jadikan Aku yang Kedua
     
jika dia cintaimu
melebihi cintaku padamu
aku pasti rela untuk melepasmu
walau ku tau ku kan terluka

jikalau semua berbeda
kau bukanlah orang yang kupuja
tetapi hatiku telah memilihmu
walau kau tak mungkin tinggalkannya

reff.
jadikan aku yang kedua
buatlah diriku bahagia
walau pun kau takkan pernah
kumiliki selamanya

Layan lah ye... Hihi...

~~~...Tak nak jadi yg ke-2...Huhu...~~~

Thursday, July 14, 2011

Sedetik Lebih Lambat Masuk Kelas Saya

Salam...

Maok tauk sik kenak tajok entri PDB macam ya kali tok...?
Macam tok ceritanya...

M: Assalammualikum cikgu...
G: Wa'alaikumsalam...
M: Boleh saya masuk...?
G: Pukul berapa sekarang...? Kenapa lambat masuk kelas saya?
M: Saya ke tandas tadi cikgu...
G: Setiap kali kelas saya, mesti awak yang lambat masuk... Dah berapa kali dah awak lambat... Tak ada muka lain yg lambat... Muka awak je... Ada je alasan awak... Baiklah murid-murid, apa kita nak buat dengan kawan awak yang selalu lambat masuk kelas saya ni...?
MM: Suruh dia nyanyi cikgu...!
G: Nak suruh dia nyanyi lagu apa?
MM: Lagu sekolah cikgu... Lagu Negaraku cikgu... Lagu nasyid cikgu...
G: Lagu tu senang je... Bagi la lagu mencabar sikit... Hmmm... Apa kata kita suruh dia nyanyi lagu Sedetik Lebih...
MM: Riuh rendah dengan gelak tawa...
M: Saya tak tahu lagu tu cikgu...
G: Awak cari lagu tu... Tak pun tanya dengan kawan awak yg tahu... Esok awak lambat lagi, saya suruh awak nyanyi lagu tu... Tak de alasan lagi ckp tak tahu... Awak fikir la ye.. Nak masuk lambat lagi ke nak nyanyi lagu Sedetik Lebih...
M: Ok cikgu... Maafkan saya cikgu...

Ya jak lah ceritanya tek...
Hehe...
Biak lambat masok kelas...
Hukumannya suruh belagu Sedetik Lebih... Hihi...
Lalu xda gik biak masok lambat ke kelas...
Kotan sik maok belagu Sedetik Lebih tek nak...
Haha...
Bekesan juak hukuman ya...

Ok la, mok layan lagu Sedetik Lebih lok eh...


SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu...

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu...

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa...

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya...

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Layan la k...

~~~...Sabo jela...~~~

Sunday, July 10, 2011

Exam PTD... Gudluck ye...!

Salam...

Wah... Dah lama x update blog PDB ni...
Mmg sibuk sgt masa ni...
Sbb tu la terabai jugak la PDB ni...
Huhu...

Hmm...
Kepada sapa2 yg exam PTD sabtu ni...
GUDLUCK k....
Semoga semuanya dipermudahkan...
Senang je exam tu...
Saya pun pernah menduduki exam tu...
Tapi, keputusannya...
GAGAL...
Huhu...

Untuk exam kali ni pun dapat panggilan lagi...
Tapi, skrg sy dah ada kerja tetap...
Jadi pendidik gitu...
Hehe...

Kepada awak...
Stdy la untuk exam PTD ni k...
Try buat yg terbaik...
Kalau ada rezeki awak, InsyaAlla, awak lulus la exam nanti...
Saya doakan awak dapat jawab exam tu dgn baik k...
Semoga semuanya dipermudahkan...
Gudluck k...

Ok la...
Sekian dl k...
Nak tdo dah ni..
Esk keje...
Selamat malam....
ZZZZZZ......zzz...zzz..zzz...

Sunday, June 12, 2011

I'm Sorry... Please Forgive Me... :(

For u...
 
Salam...

Just want to say i'm really...really sorry...
And i really..really hope u will forgive me...
Maafkan saya ye awak...
Huhu...
:(




Please forgive me....
I'm really...really hope that u forgive me...

From your dear...

Friday, June 10, 2011

Maafkan saya...

Maafkan saya...
Maafkan saya...
Maafkan saya...
Maafkan saya...
Maafkan saya...
 .
 .   .   .
 .   .   .   .   .
 .   .   .
.
.
 .   .   .
 .   .   .   .   .
 .   .   .
.

I'm so sorry...
I'm so sorry...
I'm so sorry...
I'm so sorry...
I'm so sorry...

Tuesday, June 7, 2011

4 Jam sebelum berlepas

Salam...

Selamat bercuti kepada sesiapa saja yg tengah bercuti...
Hehe...

Saya pun tengah bercuti sekarang...
Maklumlah cuti sekolahkan...
Cikgu pun cuti juga... Hihi...

Tinggal seminggu sahaja lagi cuti ni...

Sepanjang cuti ni ramai kawan-kawan yg berkahwin...
Tahniah la diucapkan kepada kawan-kawan yg melangsungkan perkahwinan mereka...
Semoga berbahagia & berkekalan hingga akhir hayat...

Beberapa jam je lagi saya akan naik belon nak pegi Key iL... Hehe...
Ada urusan ckit...
x sabau nak jumpa MissSilent saya...

Doakan perjalanan saya selamat k...

Saya akan terus balik ke negara Limbang nanti...

Wassalam...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru... Terima kasih cikgu...!

Salam...

SELAMAT HARI GURU

kepada 

SEMUA GURU DI MALAYSIA

terutama yang telah mendidik dan mengajar saya semasa

di tadika Kpg Buntal, SK Istana, SK Tambey, SK Sejijak, SMK Tun Abang Haji Openg, di Universiti Putra Malaysia...

Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada guru-guru di SMK Munshi Abdullah, Melaka

dan

Guru-guru di SMK Agama Limbang, Sarawak...
Tempat saya bertugas sekarang...

Tidak lupa juga kepada ayahanda tercinta yg merupakan inspirasi saya iaitu

Cikgu Muhamad Bin Haji Bohari

yang telah bersara... Tapi, akan tetap dipanggil cikgu sampai bila-bila...

TERIMA KASIH CIKGU...!


Teringat lagu ni masa sambutan hari guru masa sekolah rendah dulu...

Siap cikgu nangis-nangis lagi...

Hehe...

Semoga saya juga akan menjadi seorang guru yang berjaya mendidik murid-murid saya menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara....

Amin...

~~~...Sedikit kecewa apabila apa yg diharapkan untuk hari guru kali ini hanya sekadar indah dari khabar sahaja... Huhu...~~~

Tuesday, May 10, 2011

Peluang Guru Bahasa Melayu Mengajar di Luar Negara

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat...?
Semoga sihat-sihat sahaja...

Jom baca berita ini yg saya petik daripada Berita Harian...

HANTAR GURU BM KE LUAR NEGARA

Kerajaan teliti cadangan ajar anak warganegara bahasa, budaya Malaysia

KERAJAAN akan meneliti cadangan untuk melatih dan menghantar guru bahasa Melayu bagi mengajar kanak-kanak warga Malaysia di luar negara.

Langkah itu adalah susulan cadangan Malaysian Danish Association (MDA) yang kebanyakan ahlinya bekerja dan menetap di Denmark, yang bimbang anak mereka tidak tahu langsung berbahasa Melayu dan tidak mengenali budaya negara asal-usul mereka. 

Ia disuarakan sendiri pengerusi persatuan itu, Poo Chu Chua, pada majlis makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, malam tadi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran yang berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Ketiga Menteri-Menteri Pelajaran Asia Eropah (ASEMME) di Axelborg Hall berkata, cadangan sama pernah disuarakan warga Malaysia yang menetap di London sebelum ini.

"Kita boleh mengkaji perkara ini kerana ia sesuatu yang baru. Kita perlu teliti kerana ada implikasi kos. Kita kena teliti berapa ramai anak Malaysia di luar negara perlu diajar bahasa Melayu dan di mana kelas kita nak adakan?.

"Kita juga perlu kaji bolehkah Kementerian Pelajaran menghantar guru ke sini, atau kita bawa orang kita di sini ke Malaysia untuk dilatih dan mereka boleh balik semula ke sini untuk menjadi tenaga pengajar, kerana mereka menetap di Denmark," katanya pada sesi dialog selepas makan malam bersama lebih 100 rakyat Malaysia di Denmark di sini.
Ini semua kata Timbalan Perdana Menteri perlu diteliti kerana Malaysia juga mempunyai kemudahan untuk memberikan latihan, namun kurang pasti sama ada boleh menghantar tenaga pengajar tetap di negara ini.

"Tapi bahasa Melayu tidak terlalu sukar. Ada orang kita boleh mengadakan kelas dan memberikan kelas antara satu ke dua jam sehari, kita boleh teliti perkara ini," katanya.

Justeru, Muhyiddin mengarahkan MDA mengemukakan butiran terperinci, dengan beliau akan kaji sama ada kementerian boleh menghantar tenaga pengajar atau melatih orang untuk dihantar ke sini.

Dari segi buku teks kata beliau, Kementerian bersedia menghantar buku bahasa Melayu secara percuma dari Malaysia untuk kemudahan kanak-kanak Malaysia di luar negara.

Terdahulu, ketika mengemukakan isu berkenaan Chu Chua yang juga seorang pensyarah yang bekerja di sini berkata, mereka mempunyai anak kecil dan mereka mahu melihat anak-anak mereka belajar bahasa Melayu serta faham dengan budaya Malaysia.

Justeru beliau mahu Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran memberi sokongan kepada persatuan itu, bagi menganjurkan kelas berkaitan, sekali gus mendapatkan tenaga pengajar.

"Kita tidak ada sukarelawan untuk mengajar bahasa Melayu dan budaya Malaysia supaya anak-anak kami, biarpun jauh di luar negara, masih memiliki bahasa dan budaya yang dibawa bersama mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Saturday, May 7, 2011

Lagu Open Your Eyes: Maher Zain Versi Melayu Bukalah Matamu (Video)

Salam...

Jom kita hayati lagu ini...

Bukalah Matamu...



Kita perlu buka mata hati dan minda
Saksikan semua petanda
Mampukah menafikannya
Terpaku tak terkata...

Berikanlah kami petunjuk... Allah...
Ke arah jalan Mu yang lurus... Allah...
Dekat dengan Mu selama-lamanya...

Allah ciptakan segalanya
kami semua menadah tangan
bersyukur selamanya...

Alhamdulillah...

Setiap lirik lagu ni penuh dengan makna yang mencengkam jiwa...

Kredit kepada

Soul Studio...

Sunday, May 1, 2011

Gambar Kereta Perodua Myvi Baru 2011

Salam...

Jom tengok gambar

Kereta Perodua Myvi Baru 2011...

Mungkinkah inilah rupanya kereta Myvi Baru yg diceritakan...

Pandangan hadapan...

Pandangan sisi...

Macam mana?

Lawa ke tidak...?

Kita tunggu je pelancarannya nanti k...

Apa-apa pun, sy nak kereta yg kat bawah ni boleh tak...?
Hehe...

Ni kereta Alza... Lawa kan... Hehe...

Ok la...Sekian dulu untuk kali ni...

Selamat Hari Pekerja

Salam...

Hari ini 1 Mei 2011...

1 Mei setiap tahun merupakan Hari Pekerja...

Jadi Poet Dusun Bayu nak ucapkan...

SELAMAT HARI PEKERJA

kepada semua pekerja di seluruh dunia...
Tak kira la kerja apa sekali pun...


Selamat hari pekerja juga untuk saya..hehe...

Wednesday, April 27, 2011

TAHNIAH kepada Ayahanda Tercinta

Salam...

Selamat malam kepada sahabat-sahabat PDB...
Semoga berada dalam keadaan sejahtera sentiasa...

Entri kali ini saya nak ucapkan

TAHNIAH!!!

kepada ayahanda saya yg tercinta iaitu

Muhamad Bin Haji Bohari

kerana telah dikurniakan

PINGAT BINTANG BENTARA SARAWAK
(BBS)

pada

Istiadat pengurniaan Darjah-darjah kebesaran Negeri Sarawak

yang berlangsung siang tadi...

Ayahanda yg segak dgn berbaju melayu hitam & tersemat pingat yg baru diterima didadanya... Hehe...

Pingat yg diterima ayahanda... Bukan pingat yg membawa gelaran datuk tu k... Pingat Bintang Bentara Sarawak...

Ayahanda bersama dgn bonda tercinta yg "semakin mengembang"... Hihi...

Sekali lagi ucapan tahniah diucapkan kepada ayahanda
daripada anakandamu yg berada jauh di perantauan...

~~~...Bersabar itu indah dan banyak manfaatnya... Tapi, tahap kesabaran itu ada batasnya...~~~

Saturday, April 23, 2011

Beban Tugas Guru Semakin Mencabar

Salam...

PDB nak kongsikan satu artikel berkenaan dunia pendidikan daripada Harian Metro...

Apa pandangan anda?

Beban Tugas Guru Kian Mencabar

PERHUBUNGAN guru dan pelajar yang dulunya berlangsung secara harmonis, saling menghormati serta mendapat pengiktirafan masyarakat, kini semakin berantakan. Bukan saja pelajar dilanda masalah disiplin guru juga semakin mula menunjuk lagak dengan tindakan membelakangkan nilai kemanusiaan dan kewarasan.

Dan masyarakat pula mula diasak pelbagai pertanyaan dan persoalan mengenai nilai serta kredibiliti guru. “Adakah guru boleh mendidik?”, “Guru sudah hilang akalkah hingga sanggup mendera dan menghukum pelajar seperti haiwan?” serta pelbagai lagi persoalan yang memerlukan jawapan segera.

Malangnya, semakin banyak salah laku guru didedahkan, masih ada yang berani berterusan menongkah arus dengan mengambil jalan penyelesaian sendiri seolah-olah tragedi yang berlaku tidak mampu meninggalkan peringatan.

Persoalannya, mengapakah guru masih tidak mahu mengambil iktibar? Adakah keberanian itu kerana berasa diri kebal dengan status terhormat yang diberikan masyarakat ataupun dibelenggu faktor lain hingga menjadikan mereka bertindak tanpa kewajaran.

Bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah, Zuraidi Rahim, berkata masyarakat seharusnya memahami guru hanya manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan.

Menurutnya, status guru hanya disandang kerana terbabit dengan kerjaya berkenaan manakala secara khususnya, mereka masih seperti anggota masyarakat lain yang berdepan dengan tekanan dan cabaran.

“Apabila masyarakat menggunakan status guru dalam membuat penilaian, secara tidak langsung membabitkan keseluruhan golongan berkenaan. Dengan kata lain, kalau seorang bermasalah, semuanya seolah-olah melakukan kesalahan serupa dan patut dihukum.

“Sedangkan yang bermasalah hanya seorang dua. Hakikatnya, mereka tetap sama seperti orang lain yang melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan cabaran masing-masing,” katanya.

Kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan memperkatakan profesionalisme golongan terbabit.

Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada pula berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan sama. Malangnya kekerasan itu berakhir pula dengan tragedi.

Beliau berkata masyarakat boleh menyalahkan guru yang bersalah, namun perlu adil membuat penelitian terperinci sebelum menjatuhkan andaian.

Akuinya, ada guru berdepan dengan tekanan persekitaran luar biasa yang menjadi punca tindakan luar kewarasan, ditambah bebanan kerja serta sikap pelajar yang bermasalah.

“Dunia pendidikan hari ini tidak sama seperti dulu. Cabaran keterlaluan bukan saja persekitaran tapi sikap segelintir masyarakat yang bongkak serta lepas tangan menjadikan guru seperti ditindas.

“Masyarakat tidak boleh memaksa untuk memenuhi kehendak mereka secara total, malangnya berapa ramai mahu memahami? Kesudahannya apabila sentiasa ditekan dan tertekan, mereka boleh hilang pertimbangan.

“Apabila timbul isu membabitkan guru, masyarakat pula memberikan hukuman dan komen negatif sedangkan kebenaran masih belum terbukti. Ini menambah lagi beban guru yang sudah sedia terbeban,” katanya mengakui cabaran besar guru hari ini berlegar kepada matlamat untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat.

“Malangnya dalam memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin sukar. Ditambah tekanan memenuhi standard tugasan, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya, guru pasti sukar ‘bernafas’.

“Jadi mengapa masyarakat tidak mahu memudahkan tugasan itu dengan bersama menggembleng usaha dan memberi ruang privasi kepada guru mencorakkan sendiri tanggungjawab? Saya percaya cara itu dapat membantu mereka lebih berdaya saing dan kurang tekanan,” katanya.

Beliau bagaimanapun akur ada guru mempunyai emosi tidak stabil, bercelaru dan memerlukan rawatan sama ada berbentuk dorongan psikologi atau perubatan.

“Masalahnya, mereka berkelakuan normal namun bahaya kepada pelajar. Guru seperti ini memerlukan pemerhatian khusus dan sekolah terutama pentadbiran perlu peka kerana membabitkan soal keselamatan.

“Bagaimanapun, jangan meletakkan kesalahan atau noktah penamat terhadap perlakuan itu. Jika boleh dibantu, hulurkan bantuan ataupun merujuk kepada mereka yang lebih arif dan pakar untuk membantu,” katanya.

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan.

Menurutnya, guru yang tidak sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk melempiaskan kemarahan kepada pelajar tanpa disedari hingga mengakibatkan masalah lain.

“Dulu, guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi banyak komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak kerja remeh temeh terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi yang perlu diserahkan kepada pihak tertentu.

“Tekanan demi tekanan di samping tidak mendapat sokongan persekitaran menyebabkan segelintir guru akhirnya tertekan. Untuk menyalur atau meredakannya, mereka menzahirkan kepada golongan yang tidak mampu melawan dan kebiasaannya pelajar menjadi pilihan.

“Malangnya, ramai tidak prihatin terhadap masalah ini dan melambakkan segala tanggungjawab pada guru. Apatah lagi kebanyakan pelajar hari ini ‘tidak makan saman’ menyebabkan guru bagai terpaksa mengambil tindakan luar biasa untuk mengimbangi keadaan meskipun salah,” katanya.

Beliau berharap guru yang berasakan diri bermasalah agar dengan rela hati bertemu kaunselor atau pihak bertauliah untuk meredakan tekanan dan mencari alternatif terbaik untuk mengawal diri.

“Jika berasakan diri bermasalah, jumpa kaunselor untuk mencari penyelesaian. Tidak usah malu dan ketepikan persepsi buruk orang lain demi kebaikan diri sendiri.

“Amat malang sekali imej guru yang selama ini dihormati tercalar gara-gara masalah yang boleh diselesaikan. Dalam hal ini, masyarakat atau pelajar tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka berhak untuk bersuara,” katanya.

Bapa pelajar sekolah menengah di Alor Setar, Kedah, Izir Ahmad, berkata guru yang melepaskan kemarahan kepada pelajar dianggap tidak profesional dan melanggar batas tanggungjawab diamanahkan.

“Saya akui ada pelajar hari ini sangat degil, namun sebagai guru dan orang dewasa, perlu bertindak secara matang untuk mengawal perasaan. Walaupun perasaan bersifat subjektif, namun ia boleh dibentuk dengan pemikiran positif.

“Sebagai bapa, saya juga gusar melepaskan anak ke sekolah untuk dididik oleh guru bermasalah. Bagaimanapun saya yakin hanya segelintir guru saja yang bermasalah manakala yang lain masih berdedikasi untuk mendidik pelajar menjadi cemerlang,” katanya.

Anda sudah bacakan...?

Apa pandangan anda...?

Friday, April 22, 2011

Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sarawak 2011 & Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang 2011

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat PDB...
Semoga sihat-sihat sahaja ye...
Minggu ni saya sibuk sikit...
Maklumlah sekolah saya menjadi tuan rumah untuk 2 program besar...

1. Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sarawak...
19-20 April 2011...

2. Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang...
21 April 2011...

Tengok la beberapa keping gambar ni...
(Sumber gambar: Razali SMKAL)

 Pentas utama venue Bahas Ala Parlimen...
Tahniah kepada cikgu-cikgu yg bertungkus lumus menyiapkan persiapan pentas ini...
Tak perlulah saya sebutkan nama-nama mereka...
Kredit kepada mereka...

Salah satu pertandingan bahas ala parlimen yg berlangsung...

Pertandingan Nasyid... Salah satu pertandingan yg diadakan pada MTQ...

Naib Johan Pertandingan Nasyid... Tahniah kepada kumpulan nasyid SMK Agama Limbang...

Dua program yg besar berturut-turut...
Semua guru memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlangsung...
Sebelum program berlangsung lagi guru-guru dah mula bertungkus lumus bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar...

TAHNIAH....
Diucapkan kepada semua guru SMK Agama Limbang
dan
Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah Limbang
kerana telah berjaya menganjurkan program tersebut...

Alhamdulillah...
Majlis Penangguhan Karnival Bahasa & Majlis Penangguhan MTQ telah berjalan dengan lancar...
Sebab itulah pentingnya raptai majlis...
Supaya tidak kelam kabut semasa majlis sebenar berlangsung...

Dan saya cakap tugas sebagai pengacara majlis senang?
Kalau la ada kesilapan masa majlis berlangsung, siapa yg akan dilihat oleh penonton atau tetamu yg hadir...?
Mestilah mereka akan tengok pengacara majlis...
Betul tak...?

Sapa-sapa yg tau protokol majlis ni tau la kenapa pentingnya raptai majlis ni...
Lebih-lebih lagi majlis yg besar...
Bukan main redah je...
Kalau majlis tu berjalan dgn lancar & berjaya mesti la akan diingati oleh tetamu yg hadir...
Kalau majlis tu kelam kabut pun akan diingati oleh tetamu jugak...
Tapi, memalukan la...
Nama sekolah jugak yg org sebut...
Kesimpulannya, kerjasama semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan setiap program yg dijalankan berjalan dengan lancar dan berjaya. (Mcm kesimpulan rumusan pulak...Hihi...)

Tahniah kepada semua pemenang...
Tahniah kepada guru-guru SMK Agama Limbang...
Tahniah kepada murid-murid SMK Agama Limbang yg banyak membantu sepanjang program berlangsung...
 Tahniah kepada staf-staf SMK Agama Limbang...
Tahniah kepada semua yg terlibat...

Sekian saje..  Wassalam...

~~~Semoga "Rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi" tidak akan berlaku... Saya tak suka kalau berlaku mcm tu... Serius...~~~

Sunday, April 17, 2011

Layan Maharaja Lawak Minggu Ke-3: Usop Wilca Nyanyi Petang ni....

Salam...

Selamat berhujung minggu kepada semua...
Petang-petang mcm ni seronok makan pisang goreng sambil minum teh...
Uhhh... Syoknye...

Kalau kat rumah ni mesti mak sy buat pisang goreng...
Tak pon buat kuih ke...
Tak pon kakak sy masak donut...
Huhu...

Paling aku suka lempeng yg mak saya buat...
Cecah dgn susu....
Sedap2....
Huhu...

Rindunya kat family saya...
InsyaAllah...
Cuti bulan 6 nanti  saya balik rumah....
Hehe...

Time aku menaip entri ni aku sedang menikmati air soya jagung+jagung dgn makan keropok Roller Coaster...
Takde transpot nak kluar beli pisang goreng...
Huhu...

Tepung ada kat dapur tu...
Tapi, pisangnya ngak ada...
Hihi...

Takpe2...
Petang ni layan Maharaja Lawak je...
Hihi...

Gelak sampai kena sound dgn cikgu sebelah baru la senyap...
Hahaha....


Layan Maharaja Lawak-Usop Wilca...
Hehe...

Jumpa lagi next entri ye....

~~~...Berehat secukupnya untuk mengharungi minggu yang sibuk dan memenatkan... Semoga Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sarawak 2011 & Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang berjalan dengan lancar dan berjaya...Amin...~~~

Friday, April 15, 2011

Lagu Khas Untuk Calon-Calon Wakil Rakyat Pilihanraya Umum Sarawak 2011

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat PDB?
Semoga sihat-sihat sahaja...

Sekarang ni negeri Sarawak sedang hangat dengan 
kempen-kempen calon-calon wakil rakyat 
pilihanraya umum Sarawak 2011...
PDB tak dapat tunaikan kewajiban mengundi kerana berada jauh di perantauan...
Bukan sebab tak daftar...
Sy dah daftar masa umur 21 tahun dulu...
Masa tu ada kaunter SPR di UPM...
Hehe...

Ni ada lagu khas untuk bakal-bakal wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat...
Tunaikan tanggungjawab sebaik-baiknya apabila dah diamanahkan oleh rakyat...
Dengar la lagu ni  k...

Diari YB - N.D. Lala


Semoga YB yg dipilih jd YB yg mcm dalam lagu tu k...
Hehe...

Sekian...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker