Sahabat@Dusun Bayu

Monday, November 21, 2011

Cadangan Waktu Bekerja Guru 9 Jam Tak Jadi

Salam...

Ap khabar sahabat-sahabat PDB...?
Semoga semuanya sihat-sihat sahaja...

Berbalik semula kepada isu cadangan supaya waktu bekerja para guru 9 jam sehari...
Setelah diasak dengan pelbagai pendapat & tentangan daripada para guru, 
akhirnya pihak kementerian Pelajaran Malaysia tidak jadi meneruskan cadangan tersebut...

Secara jelasnya, pihak Kementerian juga mengetahui kesan yang akan berlaku sekiranya cadangan tersebut diteruskan....

Saya tertarik dengan kenyataan yang diperkatakan oleh seorang pemimpin parti politik yang mengatakan bahawa...

"Guru juga akan menjadi pemandu ambulan membawa pelajar yang sakit ke hospital, guru juga menjadi polis trafik bagi memastikan pelajar-pelajar selamat ketika dtg dan balik sekolah, guru juga menjadi kerani kewangan menguruskan yuran pelajar, guru juga menjadi pakar analisis data dan sebagainya..."

Memang benar apa yang diperkatakan oleh pemimpin parti politik tersebut...

Siapa yang mengetahui tugas seorang guru sememangnya tidak mengetahui apa yg guru buat...
Ramai yang mengatakan bahawa, 
"guru senang... Kerja separuh hari... Cuti banyak... Kerja mengajar je... Tak banyak kerja..."

Siapa yang berkata begitu memang salah...
Tugas guru memang mengajar... Itu tugas utama guru...
Dan itulah yg org ramai lihat...
Tetapi, kerja-kerja lain yg tak dilihat banyak...
Contohnya, menyemak buku latihan, memasukkan data, membuat analisis markah, perjumpaan ko-kurikulum, penganjuran program-program & banyak lagi...

Saya teringat dengan kata-kata seorang sahabat...
"Kita sibuk nak ajar anak orang... Anak kita terabai..."
Sekiranya waktu kerja guru 9 Jam tu dilaksanakan, sudah pastinya menyebabkan para guru mengalami tekanan dan kualiti pengajaran guru juga kurang berkesan...

Jadi, pembatalan cadangan masa bekerja guru 9 jam ini merupakan langkah yang wajar dilakukan...
Sekian...

5 comments:

cik Es ღ said...

setuju dengan senior :)

ciK LyndaWawa said...

pa cita kitak tek?lamak kmk xsinggah sitok..kitak pun lamak dah x singgah blog kmk..=]

Azwandy Bin Muhamad said...

cik Es ღ- betulkan..? hehehe...

ciK LyndaWawa- kmk ok jak kak wawa..hehe..aok oww, lamak dah x singgah blog ktk..kaktok kmk singgah..hehe... thanks kak wawa singgah ctok.

Q said...

yang kita still 9 jam ni ape cer? kehkehkeh

Azwandy Bin Muhamad said...

Q- Kita bukan stakat 8 jam weh... kalau dpt tdo kat bilik guru je kita ni...huhu....

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker