Sahabat@Dusun Bayu

Monday, November 21, 2011

Cadangan Waktu Bekerja Guru 9 Jam Tak Jadi

Salam...

Ap khabar sahabat-sahabat PDB...?
Semoga semuanya sihat-sihat sahaja...

Berbalik semula kepada isu cadangan supaya waktu bekerja para guru 9 jam sehari...
Setelah diasak dengan pelbagai pendapat & tentangan daripada para guru, 
akhirnya pihak kementerian Pelajaran Malaysia tidak jadi meneruskan cadangan tersebut...

Secara jelasnya, pihak Kementerian juga mengetahui kesan yang akan berlaku sekiranya cadangan tersebut diteruskan....

Saya tertarik dengan kenyataan yang diperkatakan oleh seorang pemimpin parti politik yang mengatakan bahawa...

"Guru juga akan menjadi pemandu ambulan membawa pelajar yang sakit ke hospital, guru juga menjadi polis trafik bagi memastikan pelajar-pelajar selamat ketika dtg dan balik sekolah, guru juga menjadi kerani kewangan menguruskan yuran pelajar, guru juga menjadi pakar analisis data dan sebagainya..."

Memang benar apa yang diperkatakan oleh pemimpin parti politik tersebut...

Siapa yang mengetahui tugas seorang guru sememangnya tidak mengetahui apa yg guru buat...
Ramai yang mengatakan bahawa, 
"guru senang... Kerja separuh hari... Cuti banyak... Kerja mengajar je... Tak banyak kerja..."

Siapa yang berkata begitu memang salah...
Tugas guru memang mengajar... Itu tugas utama guru...
Dan itulah yg org ramai lihat...
Tetapi, kerja-kerja lain yg tak dilihat banyak...
Contohnya, menyemak buku latihan, memasukkan data, membuat analisis markah, perjumpaan ko-kurikulum, penganjuran program-program & banyak lagi...

Saya teringat dengan kata-kata seorang sahabat...
"Kita sibuk nak ajar anak orang... Anak kita terabai..."
Sekiranya waktu kerja guru 9 Jam tu dilaksanakan, sudah pastinya menyebabkan para guru mengalami tekanan dan kualiti pengajaran guru juga kurang berkesan...

Jadi, pembatalan cadangan masa bekerja guru 9 jam ini merupakan langkah yang wajar dilakukan...
Sekian...

Friday, November 18, 2011

Special For You: Happy born day!

Salam...

Awak, entri ini khas untuk awak. 
Hari ini hari istimewa awak...
Hari ulangtahun kelahiran awak...
Sememangnya setiap tahun kita akan melalui hari lahir yang berbeza.
Sejak 2007 saya mengenali awak, bermula hanya sebagai kawan biasa...
Sehinggalah sekarang ini 2011, kita sebagai pasangan kekasih...
Pelbagai pengalaman & situasi sambutan hari lahir yang telah dilalui...

Yang paling saya xdapat lupakan pada tahun 2009...
Semasa awak menjadi peserta KKC-21...
Masa tu hari lahir awak sama dengan KKC-21...
Mesti awak ingat lagikan...
Tak ada apa yang saya dapat berikan pada awak pada masa tu...
Cuma ada sesuatu yg kecil je sy mampu bagi pada awak pada masa tu.
Maklumlah nak jaga profesional sbg fasi...
Hihi...

Setahun kemudian...
Dapat sambut hari lahir awak sama-sama...
Masa tu pun, tengah sibuk nak KKC-22...
Hepi sangat masa tu sbb dapat sambut hari lahir awak sama-sama & geng-geng MTM masa tu...
Seronok tengok awak hepi...
Lepas tu mcm biasalah x sah kalau org yang smbt birthday x kena hentam dengan tepung...
Teruk awk kena hentam dengan tepung malam tu.
Sampai masuk dalam mata & terpaksa pegi PK sbb tepung masuk dalam mata.
Untuk birthday awak ni, saya bagi someting kat awak...
Dan saya tahu awak sukakannya...
Saya hepi bila tgk awk suka dengan apa yg sy bagi kat awk...
Hehe...
Sampai sekarang pun awak masih pakai apa yg saya bagi tu kn?
Hihi...

Tahun lepas, x dapat sambut birthday dengan awak.
Kita dah terpisah oleh Laut China Selatan...
Awak di tanah semenanjung sana...
Saya di tanah kepulauan Borneo sini...
Memang tak dapat nak sambut sama-sama la..
Huhu...

Tahun ni pun sama juga...
Tak dapat nak sambut birthday sama-sama...
Sedih tu memang la sedih...
Dah lama x jumpa awak...
Nak buat macam mana kn...
Saya di sini...
Awak kat sana...
Tapi xpe, x lama lagi kita jumpa la eh...
Leh sambut sama-sama birthday kita...
Hihi...

Awak, sempena hari lahir awak tahun ni...
Saya nak ucapkan...

SELAMAT HARI LAHIR...

(Saya ambik gmbr awk kat blog awk...Hihi...)

NOOR HUSNA ABDUL RAHMAN

Doa saya untuk awk...

*SEMOGA AWAK DIPANJANGKAN USIA...

* SEMOGA AWK DILIMPAHKAN REZEKI YANG BANYAK...

* SEMOGA SEMUA IMPIAN AWK AKAN TERCAPAI...

* SEMOGA AWAK GEMBIRA SELALU...

* SEMOGA AWAK SENTIASA GEMBIRA BERSAMA-SAMA ORANG YANG AWAK SAYANGI...

*SEMOGA MENDAPAT SEMUA YANG AWAK INGINKAN...

*SEMOGA AWAK SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DARI-NYA...

* SEMOGA AWAK BERBAHAGIA SELALU...

AMIN........

Itulah wish saya untuk awak...
 Saya mintak maaf kat awak sbb selalu buat awak marah...
Maafkan saya wah eh...

The day will come...

Sekian...
Your EncikHati...


AZWANDY MUHAMAD
DUSUN BAYU
18 NOVVEMBER 2011
12.00 A.M.

Thursday, November 17, 2011

Someting Special For You...

Salam...

Yup...

I have someting for u...

18 November 2011...
12.00 a.m.

Want to know it?
Please wait...

I hope u read it...

Just for u...

Saturday, November 12, 2011

GURU EMPAT NEGERI KERJA 9 JAM TAHUN 2012

Salam...

Mohon pendapat para guru mengenai cadangan ini...

Guru Empat Negeri Kerja 9 Jam Tahun 2012

ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
 
Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah. Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.
"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia 12 November 2011
Para guru semestinya mengetahui apakah tugas yang dilakukan...
Bagi saya, tugas guru bukan hanya mengajar di kelas, malah termasuk kerja-kerja pengkeranian yang dilakukan, seperti mengisi data, memasukkan markah peperiksaan pelajar di dalam Sistem, perjumpaan ko-kurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan badan beruniform, latihan rumah sukan, latihan-latihan berbentuk pertandingan seperti bahas, pantun, nasyid, sayembara bicara berirama, pidato, debat dan sebagainya. 

Ada juga kelas-kelas tambahan yang diadakan pada sebelah petang & malam.
Maka, jelaslah masa bekerja guru tidak sesuai jika hendak disamakan dengan waktu pejabat biasa.
Secara peribadi saya berharap agar cadangan ini difikirkan semula oleh pihak kerajaan...

TUGAS SEBAGAI GURU BUKAN MUDAH...
GURULAH YANG AKAN MEMBENTUK...
ORANG MENJADI MANUSIA...
MANUSIA MENJADI INSAN...

 Mohon cadangan difikirkan semula....

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam...
Sejak belajar di UPM 2006 hingga 2010 dan sekarang sudah bekerja...
Belum lagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama-sama keluarga yang tersayang... 
Sayu rasa hati ini, apabila mendengar suara bonda yang menghubungi & bertanya khabar berita... 
Itulah pengorbananku, demi mencari rezeki & mendidik anak bangsaku... 
Salam Aidiladha 
buat keluarga yang tersayang, sanak-saudara, rakan-rakan, sahabat handai, guru-guru & anak-anak muridku yg dikasihi...

Friday, November 4, 2011

Akhirnya... Ada juga ruang masa untuk menulis entry...

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat PDB...? Sudah beberapa bulan PDB x ada post entry yg baru... Mana tak nya, bz sangat dengan tugas-tugas yg telah diamanahkan... Nak mengadap laptop untuk online pun xada masa... Mengadap laptop pun atas urusan kerja... Huhu... Nama pun kerja... Jadi, x boleh la nak merungut kan...

Banyak yg nak dikongsikan dengan sahabat-sahabat PDB sebanarnya. Tapi, hal-hal tu pon dah berlalu... Jadi, tak nak la nak ungkit kan lagi hal-hal tu... Lagi pon, malas nak ingat lagi hal-hal tu... So, yg lepas-lepas tu biarlah berlalu... Saya maafkan sesiapa sahaja yg ada buat salah kat saya... Termasuklah anak-anak murid saya yg saya ajar & yg pernah saya marah & denda...

Minggu depan dah minggu terakhir sesi persekolahan... Minggu depan dah nak balik rumah... Suatu perjalanan yang sangat jauh & memenatkan... Lebih 1500km... Boleh dikatakan menjelajah ke seluruh bumi Sarawak ni... Tapi, demi tugas kepada anak-anak bangsa. Terpaksalah juga akur dengan cabaran & dugaan tersebut... Memanglah org selalu berkata, senang la duduk kat sini... Boleh simpan duit... Memang senang la ko ckp mcm tu... Kat sini memang kos hidup agak tinggi... Bagi ktorg yg xdapat elaun mcm cikgu semenanjung mmg agak sukar untuk simpan duit... Macam saya, duduk di Kuching... Kos nak balik ke Kuching pun dah berapa... Kalau naik kapal terbang lagi la mahal... Disebabkan diapit oleh Negara Brunei, barang-barang di sini lebih mahal sedikit berbanding dgn tempat lain. Jadi, org yg cakap senang nak simpan duit bila duduk sini memang salah... Try la duduk sini dulu. Baru la tau mcm mana situasi tinggal kat sini...

Dah jadi mcm luahan isi hati pulak... Hmmm... Kerja & tinggal kat sini memang seronok... Tapi, disebabkan kos yg agak tinggi menyebabkan saya & ada sebilangan rakan-rakan yg lain merasakan agak terbeban... Bukan nak mengeluh... Cuma berharap sangat, ada elaun khas untuk kami yg kerja di sini... Berharap jugak la pihak yg berkenaan dtg sendiri ke sini dan berdialog dengan kami di sini... Supaya dapat mengetahui situasi kami di sini...

Hmmm... Memang dah jadi entry meluahkan isi hati je dah ni... Huhu...

Sekarang dan masuk bulan November 2011... Dah nak berakhir dah tahun 2011 ni... Sekejap je rasanya... Rakan-rakan seperjuangan pun sudah ramai yg mendirikan masjid... Dan untuk cuti sekolah ni pun sudah ada lebih kurang 13 undangan ke majlis perkahwinan mereka... InsyaAllah, mana yg saya dapat pergi tu, saya pegi la... Mana yg saya tak dapat pergi tu, saya mintak maaf lah ye... Semoga majlis korg berjalan dengan lancar... Amin...

Bulan November ni pun ada special day bagi MissSilent saya... Hehe... Beberapa hari je lagi kan wak... Hihi...

Stakat ni dulu la ye... Nanti ada masa saya tulis la lagi...

Wslm....

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker