Sahabat@Dusun Bayu

Saturday, June 27, 2009

Jangan Tolak Rezeki

Salam...

Hari ni aku rasa lega sgt... Setelah hampir sebulan lebih, nak 2 bulan jugak la... Akhirnya sampai gak benda yg aku tunggu2... Malas la nak cite lagi pasal tu... Nanti x pasal2 aku marah balik... Huhu... Ok la, aku nak kongsikan satu cerita yg mmbr aku baru bagi kat friendster... Maybe ade yg dah bc cerita ni... Tapi, aku nak share gak la kat sini...

Tajuk: Jangan Tolak Rezeki

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.


Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"


Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."


CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"


Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."


CrewTV3 : "Oooooooooooo......."



Cerita ini tidak ade kene mengena dgn yg hidup atau yg telah meninggal dunia k... Saje-je utk menghiburkan hati yg lara...

Cuti sem dah nak habis... Dah nak kuliah balik da...

Thursday, June 25, 2009

Gambar Pilihan Minggu Ini (3)

Salam...

Untuk minggu ini, Poet Dusun Bayu paparkan 3 gambar...
Mungkin korg semua dah tgk gmbr ni...
Mungkin jugak ade yg x pernah tgk...
So, tgk je la k...

Cube teka gambar ape ni...? Tau x...? x tau kan...? Ni bukan lukisan pelukis yg terkenal...
Ni adalah virus yg tgh popular skrg ni... VIRUS INFLUENZA A H1N1... Virus ni semakin merebak dan telah menular ke negara kita... Sama-samalah menjaga kesihatan kita k...



Sape yg nak join angkat tangan..? Kesian ayam-ayam ni.. Sape la yg kejam sgt ni...


Motosikal ditelan pokok... Apakah dosa yg telah dilakukan oleh moto ni sehinggakan ditelan pokok...


Bengang dengan org yg menipu... Dahlah gatal... x sedar diri... Huhu...

Wednesday, June 24, 2009

PEMBANTU GURU: Perlu atau tidak?

Salam...

Minggu lepas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah mencadangkan skim pembantu guru diperluaskan di sekolah harian dan berasrama penuh bagi membantu tugas guru yg dibebani dgn tugas pengkeranian. Persoalannya sekarang, adakah perlu jawatan Pembantu Guru tersebut diperkenalkan? Di sini Poet Dusun Bayu sediakan beberapa keratan berita mengenai isu ini.

NUTP cadang skim pembantu guru

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini mencadangkan skim pembantu guru diperluaskan di sekolah harian dan berasrama penuh bagi membantu golongan guru yang kini turut dibebani tugas perkeranian.

Sambil meminta kerajaan mempertimbangan cadangan itu demi melahirkan pelajar yang hebat, Presiden NUTP Hashim Adnan berkata ia antara lain akan membolehkan para guru memberikan tumpuan penuh terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

"Tugas perkeranian ini kadang-kadang mengambil masa yang lama yang perlu dibuat oleh cikgu itu sendiri, contohnya mengira stok barangan di stor.

"Ini semua satu penambahan kerja yang tak sepatutnya dilakukan oleh guru kelas. Guru ini satu sahaja dalam hati dia, dia mahu semua anak murid dia lulus. Mana-mana guru pun tak mahu anak murid dia gagal.

"Tetapi atas sebab tugas perkeranian dia banyak sangat, bila dia letih dan penat, dia dah tak mampu nak mengajar dan dipenghujungnya anak murid juga yang rugi," katanya kepada pemberita selepas seminar NUTP di sini hari ini.

Hashim berkata pembantu guru, yang terletak dibawah skim yang sama dengan pembantu tadbir perkeranian dan operasi gred N17 dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kini hanya ditempatkan di prasekolah dan sekolah pemulihan bagi membantu guru.

"Setakat ini di sekolah harian dan berasrama masih belum ada lagi pembantu guru dan dengan anggaran 5.5 juta pelajar, kita memerlukan kira-kira 11,000 orang pembantu guru untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara," katanya.

Hashim berkata pembantu guru itu juga boleh diberikan peranan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar sekiranya terdapat sesuatu aktiviti diluar sekolah.

"Sebagai contoh, sekiranya sesebuah sekolah itu memasuki pertandingan bola sepak di peringkat daerah, pembantu guru inilah yang diberi tanggungjawab membawa pelajar ke stadium dan menjaga keselamatan dan barangan mereka. Jadi guru akan kurang sedikit bebannya," katanya.

Mengulas cadangan mensyaratkan pelajar wajib lulus Bahasa Inggeris sebagai syarat layak memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Hashim berkata ia perlu ditangguhkan sungguhpun ia masih diperingkat cadangan, sehingga negara mempunyai guru berkemahiran dan berkelayakan yang mencukupi untuk mengajar subjek itu.

"Perlu diingat, kita tidak mahu guru yang hanya pergi kursus selama dua minggu kemudian diminta mengajar bahasa Inggeris. Ini tidak boleh. Kalau mahu, letakkan guru yang sememangnya mahir, fasih dan berkelayakan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris," katanya.

"Selain itu, sebelum dilaksanakan cadangan itu, kita perlu pastikan kita mempunyai cukup guru untuk mengajar. Kalau di bandar kita tidak khuatir tetapi di pedalaman, bagaimana. Kita tak boleh membiarkan pelajar di luar bandar terus ketinggalan ekoran ketiadaan guru yang benar-benar menguasai bahasa Inggeris untuk mengajar mereka," katanya.

Sumber-- BERNAMA



11,000 pembantu guru diperlukan

Laksana tugas perkeranian, kokurikulum

KUALA LUMPUR: Kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan bagi meringankan beban guru yang terpaksa menjalankan 'kerja sosial' di luar tugasan seperti mengemas kini rekod, logistik, kegiatan kokurikulum dan ada antaranya menjalankan kerja penyelenggaraan bangunan sekolah.

Ketika ini, 380,000 guru dikatakan tidak mampu fokus kepada pengajaran di kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang dianggap beban tambahan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata jika cadangan itu dilaksanakan, pekerja am ini mengurangkan beban guru serta sebagai persiapan awal menjayakan rancangan program penilaian prestasi sekolah yang dijangka pada 2010 atau 2011.

Katanya, kini sudah ada pembantu guru tetapi cuma disediakan untuk kelas pendidikan khas di sekolah tertentu, sedangkan pembantu itu patut disediakan pada semua 10,000 sekolah di seluruh negara.

"Jika ini dilaksanakan, setiap sekolah akan menerima pembantu guru mengikut jumlah murid.

"Guru tidak lagi perlu memikirkan soal 'kerja sosial' dan boleh fokus kepada pengajaran di dalam kelas dan tidak perlu habiskan banyak masa jalankan tugas di luar bidang kerja.

"Tugas mengajar yang lebih penting, tiada guru yang mahu muridnya gagal, tetapi jika terlalu banyak beban, mereka akan kepenatan dan hilang fokus.

"Bagaimana nak mengajar, sudah tentu kualitinya merosot," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Peng dan pemimpin kanan NUTP. Sebelum itu, beliau menghadiri Seminar Pendidikan NUTP yang membincangkan mengenai Penilaian berasaskan sekolah dan Transformasi Pendidikan.

Pembantu guru paling ideal atau minimum diperlukan ialah nisbah 500 (murid): 1 (pembantu) dan berdasarkan jumlah murid serta pelajar mencecah 5.5 juta orang, pembantu guru diperlukan ialah 11,000.

Hashim berkata, pembantu guru tidak mencampuri tugas mengajar, cuma membantu guru dari aspek lain termasuk kegiatan kokurikulum seperti urusan mengendalikan latihan, pertandingan sukan atau aktiviti persatuan.

"Jika tugas itu dijalankan pembantu, tidak timbul masalah kelas ditunda atau digantikan guru lain yang semestinya tidak mengajar di kelas ganti kerana berlainan subjek," katanya.

NUTP juga meminta kerajaan menangguhkan sementara cadangan mewajibkan pelajar lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat mendapatkan sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana menyifatkan guru tidak mencukupi dan belum tiba masanya untuk dilaksanakan.

"Kena kaji masalah guru di luar bandar. Kita perlukan guru pengkhususan Bahasa Inggeris, bukan setakat tangkap muat. Ini tidak menjamin kualiti, bagaimana ajar murid sedangkan guru pun tak cukup bagus, " katanya.


Sumber-Berita Harian


Wujud jawatan pembantu guru

KUALA LUMPUR 21 Jun - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi menjalankan tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan guru-guru sendiri.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah itu bagi memastikan guru-guru dapat memberi perhatian kepada tugas-tugas mengajar sahaja.

''Sebelum ini mereka terpaksa menguruskan hal-hal sosial pelajar seperti kokurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas yang lain, jadi dengan adanya pembantu, mereka tidak dibebankan lagi dengan tugas seperti itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penilaian Berasaskan Sekolah dan Transformasi Pendidikan anjuran NUTP di sini hari ini.

Hashim berkata, buat masa sekarang, jawatan tersebut sudahpun diwujudkan sejak lima tahun lalu namun hanya untuk guru-guru kelas pemulihan khas.

Katanya, kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang pembantu guru bagi 500 pelajar.

''Langkah ini akan menjamin kualiti pengajaran guru-guru dapat dipertingkatkan terutama apabila kerajaan kini mahu memberi perhatian untuk memperkukuhkan beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di kalangan pelajar.

''Langkah mewujudkan jawatan ini juga penting apabila berlaku transformasi pendidikan termasuk apabila kerajaan melaksanakan penilaian berdasarkan sekolah kelak,'' katanya.

Menyentuh mengenai cadangan mewajibkan calon SPM lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Hashim berkata, NUTP menyokong penuh jika ia dilaksanakan kelak.

Namun, katanya, kementerian perlu mencari mekanisme yang boleh menjamin bahawa langkah tersebut tidak akan menjejaskan pelajar itu sendiri jika gagal menguasai bahasa itu dengan baik.

Sumber-Utusan Malaysia


Bagi aku, memang perlu jawatan pembantu guru ini diwujudkan. Sememangnya, sekarang ini guru bukan hanya mengajar, malah terpaksa melaksanakan tugas2 pengkeranian. Sekiranya, jawatan ini diwujudkan, guru dapat menumpukan sepenuhnya dalam proses pengajaran mereka. Sahabat-sahabat lain macam mana? Apa pandangan anda?

Kalau jawatan pembantu guru dilaksanakan, memang menyenangkan guru la... Hehe..

Maaf

Salam...

Poet Dusun Bayu ingin memohon maaf
kepada sahabat-sahabat
yang selalu singgah di blog Poet Dusun Bayu
kerana tidak dpt view blog ni
minggu lepas...

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat
yg sentiasa mengikuti perkembangan blog ini...

Kadang-kadang kita terpaksa buat sesuatu yg kita x ingin buat, untuk kebaikan mereka...

Tuesday, June 16, 2009

Lasagna Aziana's

Salam...

Hari ni, Poet Dusun Bayu nak share satu resepi masakkan baru daripada sorg member... Yg bestnye, dia bagi resepi ni masa ktorg chating kat ym semalam... Nmpk mcm menarik je resepi ni... So, aku nak share la kat sini... Sape2 yg nak cube sila la k... x susah pon... Senang je... (Ye2 je senang.. Aku x cube lagi...Hehe...) Terima kasih la kepada Aziana sbb sudi berkongsi resepi ni dgn aku... Kesian kat Aziana... Penat dia menaip smlm smata2 nak bagi resepi & cara2 nak masak resepi ni...huhu... Berape kali dia tanye aku, salin ke x resepi yg dia bagi... Mmg la aku x salin... Aku copy & paste je... hehe... Jgn marah ye Aziana... Hmmm... Di sebabkan aku malas nak edit resepi & cara2 nak masak resepi Aziana yg aku copy dari ym smlm, aku paste je la kat entri ni k... Hehe... Lagi senang kot...Hehe...

Lasagna Aziana's

Iana Comey: kne amek kuali

wandy_poet86: cepat

Iana Comey: letas atas dapo

wandy_poet86: nak salin ni

Iana Comey: pasangkn api

Iana Comey: oke.

Iana Comey: tumiskn bwg merah dan putih

wandy_poet86: ok

Iana Comey: catit x nihhhhhhh

wandy_poet86: ye la

Iana Comey: masokkan daging kisar.

Iana Comey: goreng2 hingga masak

Iana Comey: masokkan sos spageti, lada hitam, garam, cendawan butang

Iana Comey: oke?

wandy_poet86: ok

wandy_poet86: lagi

Iana Comey: haaa..sos spageti tuh bley buat sendri atau beli yg da seap

wandy_poet86: ok

Iana Comey: beli yg da seap la sng

Iana Comey: masak2 smpi dea kering.....tp jgn terlalu kering

wandy_poet86: kering mcm mana

wandy_poet86: sampai pekat ke?

Iana Comey: jgn juga bnyk airnya. maksod air disitu adelah sos spageti yg kite masokkn td

Iana Comey: cewahh

Iana Comey: mcm chef plak

wandy_poet86: ok

Iana Comey: smpi sos dea kering lah. tp jgn kering sgt

Iana Comey: hehe

wandy_poet86: ok

wandy_poet86: then

Iana Comey: oke. da seappppp bahan A

Iana Comey: berikut adelah bahan2 yg diperlukan utk letak jadikan sebuah lasagna

Iana Comey: 1.kepingan2 lasagna. boleh di beli di pasaraya.

Iana Comey: 2.sos tomato (belilah jenama kimball)

Iana Comey: 3.sup cendawan(belilah jenama campbell)

Iana Comey: 4.mozarella cheeseeeeeee. oh sedap ini cheese

Iana Comey: 5. haa. mangkuk aluminium spt dlm gamba

Iana Comey: oke. cara2 nye ade lah

wandy_poet86: ok

wandy_poet86: teruskan

Iana Comey: mangkuk aluminium di sapukn mentega. supaya x melekat yeee..

Iana Comey: catit x nih

wandy_poet86: baik

Iana Comey: kang pnat je taip

wandy_poet86: catit

Iana Comey: bahan A td diletakkn di lapisan paling bawah.

wandy_poet86: nanti tgk kat blog saye ye kalau x percaye

Iana Comey: kemudian letakkan sekeping lasagna itu

di atas nye letakkn sup cendawan, diikuti sup tomato.

Iana Comey: letakkan lasagna skeping lagi, letak bahan A, dan sup cendawan, sup tomato

Iana Comey: ikot suka hati la nk buat brape lapis

Iana Comey: yg penting atassssssss skali kne la sos tomato

Iana Comey: letakkan cheese

wandy_poet86: berlapis2 la eh?

Iana Comey: nk lebey sedap, letak italian herbs di atas nye

Iana Comey: haah

Iana Comey: berlapissssss2

wandy_poet86: ok

Iana Comey: ikot la ketinggian mangkuk aluminium

Iana Comey: bakar dlm suhu 180 darjah celcius

Iana Comey: selama 15-20 minit

Iana Comey: seappppppppppppppppppppppp

Iana Comey: sedap mkn panasss panassssssss

Iana Comey: chef hebat kn

Iana Comey: hahah

wandy_poet86: mkn mcm tu je eh?

Iana Comey: haah

Iana Comey: camtuh je

Iana Comey: bole menggemokkn

wandy_poet86: ok

wandy_poet86: nanti i cube k

wandy_poet86: hehe

Iana Comey: cheese tuh tabor bnyk2222..baru sedap

Iana Comey: hehe

wandy_poet86: tq chef

Iana Comey: welkam

Iana Comey: pos kat chef ye nnti

Iana Comey:

wandy_poet86: eh...

wandy_poet86: x nak

wandy_poet86: nak makan sorg2

wandy_poet86: chef

wandy_poet86: hmmm

wandy_poet86: send kan gambo lasagna tu...

wandy_poet86: nak ltk kat blog

wandy_poet86: nak bagi chef glamor ckit

wandy_poet86: hehe

Iana Comey: hahahahahaha

Iana Comey: ltk gambo chef lah

Iana Comey: lagi gleme


Maka inilah hasilnya... Nmpk mcm sedapkan...hehe...


Tu la resepi & cara2 memasak Lasagna Aziana's... Sbbnrnye, aku x tahu nama resepi ni... Sbb tu la aku letak je nama resepi tu Lasagna Aziana's... Sempena nama Aziana yg bagi resepi ni kat aku... Kepada Aziana yg perasan dia tu chef, thanks ok...hehe... Nanti nak cube buat la...


Nak Cube buat la nanti... Sape yg nak agnkat tangan...? Hehe... Buat la sendiri...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker