Sahabat@Dusun Bayu

Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Lawak: Kisah Ulama' dan Pramugari

Kisah Ulama' dan Pramugari

Seorang ulama' sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.

Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka dia terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Semasa dia mengangkat salah satu kakinya ke singki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama' itu dan menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tak boleh masukkan kaki ke dalam singki tu, sebab mengotorkan singki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama': (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari: (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama': (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari, ini bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari!

Sumber: Mastika/ April 2010

Moral daripada cerita ini: Di akhirat nanti bukan saja lidah, kaki pun boleh berkata-kata...

Thursday, December 16, 2010

Lawak: Pisau Lipat

Salam...

Selamat pagi sahabat-sahabat blogger Poet Dusun Bayu...
Semoga anda semua ceria hari ini k...
Kepada yg sedang berduka, bacalah entri ini agar hilang sedikit hiba...
Hehe...

Lawak: Pisau Lipat

Suatu hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat di atas tanah.
Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam hutan akan dihukum.

Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa dan siswi yang lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu. Tak ada seorang pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu meninggikan suaranya.

"Ayuh cepat! Mengaku aje la, lagi pun sebenarnya saya susah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini. Tapi, saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Senyap! Masih tiada jawapan daripada para pelajar lain.

"Kerana tidak ada yang jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya!" kata senior itu dengan nada yang tegas.

Pelajar-pelajar yang lain semuanya diam. Masing-masing mahu mendengar nama siapakah yang akan dipanggil. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.

Lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL!!! Cepat keluar!!!"

Sumber: Mastika/ April 2010

Moral daripada cerita ini: "Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris"

Thursday, November 4, 2010

Wow...! Seksinya awek tu...!

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger yg disayangi...?
Semoga sihat-sihat sahaja...
Hehe...

Untuk entri kali ini, Poet Dusun Bayu nak ceritakan sebuah kisah mengenai 
dua orang lelaki yang bernama Ronaldo (bukan nama sebenar) & Ronaldai (bukan nama sebenar)
Cerita ini berlaku di sebuah negara yg di rahsiakan namanya...
Hehe...

Dah sedia tak nak baca...?
Saya nak cerita ni...?
Hehe...

Pada suatu hari yang cerah, Ronaldo mengajak Ronaldai pergi berjalan-jalan (padahal naik motor) di sekitar tempat mereka tinggal... Ronaldai yg agak kebosanan pada masa itu setuju dengan ajakan Ronaldo itu... Tanpa membuang masa, Ronaldo & Ronaldai pun pergi berjalan-jalan (diulangi, mereka naik motor k...) di sekitar tempat mereka tinggal... Dalam perjalanan itu, mereka berdua rancak berbual...

Ronaldai: Do, kau nak bawak aku pergi mana ni...?
Ronaldo: Pergi mana lagi... Kita pergi jalan-jalan la kat sekitar sini je... Sambil-sambil tu kita cuci la mata kita ni... Macam mana...? Nak tak...?

Ronaldai: Aku dah naik pun motor kau ni... Nak tak nak aku ikut je la... Tapi, nak cuci mata...?

Ronaldo: Yela... Cuci mata... Nape..? Ko tak nak ke...?

Ronaldai: Bukan aku tak nak cuci mata... Tapi, kat kawasan kita tinggal ni mana la ada awek yang mantop-mantop... Yang tua-tua ada la...

Ronaldo: Macam mana kau tau...? Kau pernah cuci mata ke kat sini...? Haha...

Ronaldai: La... Aku tau la... Ko ni tak percaya ke cakap aku...?

Ronaldo: Tipulah kau... Takkan la kat sini tak ada awek kot... Tak caye la aku...

Ronaldai: Betul...! Aku tak tipu... Ok, kita betaruh nak...? Kalau kita jumpa awek cun kat sini lepas ni ko kena belanja aku makan sebulan... Kalau kita tak jumpa awek cun kat sini aku belanja ko makan selama sebulan jugak... Ko nak tak...?

Ronaldo: Ok... Aku setuju...

Ronaldai: Kalau macam tu... Jom kita cari awek cun & mantop kat sini... Hahaha...

Mereka pun mula la mencari awek cun & mantop di sekitar kawasan itu... Setelah membuat 20 pusingan di kawasan tersebut... Ronaldai pun berkata kepada Ronaldo...

Ronaldai: Do, kan aku dah cakap... Tak ada awek kat kawasan kita ni... Yang ada pun tua-tua je kn...
Tu la ko tak percaya kat aku...

Ronaldo: Aku tak percaya la kat sini takde awek... Takkan la takde... Huhu...

Ronaldai: Bazir minyak motor je kita pusing-pusing kat sini... So, ko kena la belanja aku makan selama sebulan ni...

Ronaldo: Kejap...! Tengok tu... Ada awek seksi la....

Ronaldai: Mana-mana...? Aku nak tengok...

Ronaldo: Tu... Yg pakai baju putih & skirt biru tu... Seksi tu... Kan aku dah cakap, ada awek cun kat sini... Haha...

Ronaldai: Mana...? Aku tak nampak pun... Huhu...

Ronaldo: Ish kau ni... Tu la... Sana tu... Nampak tak...?


Ronaldai: Yela... Aku nampak... Putihnye kaki dia... .

Ronaldo: Tu la kau... Cakap kat sini takde awek... So, ko kena belanja aku makan selama sebulan... Hahaha...

Ronaldai: Huhu... Mana la aku tau... Huhu... Do, kata nak cuci mata... Pergi la dekat sikit dengan awek tu... Haha...

Ronaldo: Ye la Dai... Aku nak gak tengok awek tu dekat-dekat... Mana tau dia bagi no. telefon kat aku... Haha...

Ronaldai: Betul gak tu... Jom-jom...


Mereka pun menghampiri awek tersebut sedikit demi sedikit...

Ronaldai: Do... Nape aku rasa macam tak sedap hati eh...?

Ronaldo: Ha a la... Aku pun rasa macam tak sedap hati gak la...

Ronaldai: Macam ada yang tak kena je...

Ronaldo: Aku pun rasa macam tu jugak Dai...

Ronaldai: Jangan bawak motor laju sangat Do...

Ronaldo: Ok.. Aku bawak 10km/j je ni... Hehe...

Mereka berdua pun berada dekat sebelah  awek tersebut... Hehe...
Nak tengok tak awek yg diorg jumpa tu dari dekat...?
Tengok la k... Haha...


Ronaldo & Ronaldai: Wow...! Seksinya...!!!

Ronaldo: Boleh pengsan aku macam ni...

Ronaldai: Bukan ko je yg pengsan... Orang yg tengah baca entri ni pun bengang jugak ni... Haha...

Ronaldo: Eh... Ada org baca ke cerita kita ni...?

Ronaldai: Ntah... Ada kot... Hehe...

Woit... Cerita belom habis lagi la... Korang berdua ni saja nak intepremkan... 
Sambung balik cerita... Hehe... Maafkan diorg k... Diorg berdua tu mmg mcm tu... Gila glamer...

Ronaldo: Betul la kata ko Dai... Takde awek kat sini...

Ronaldai: Kan aku dah cakap... Ko tak percaya... Padan muka kita.. Haha...
Jom balik rumah... Ko belaja aku makan selama sebulan...

Ronaldo: Yela tu... Belanja makan... Tapi, mak yg masak... Haha...

Ronaldai: Yela... Mesti la mak masak... Haha... Jom la balik...
Ok... Habis dah ceritanya... Ronaldo & Ronaldai tu adik beradik... Belanja makan la sangatkan... Padahal mak diorg yg masak... Jadi, moral of the story cerita ni ialah:
Jangan buat kerja yg tak berfaedah seperti cuci mata tengok awek... Buat la kerja lain... Memamcing ke... Main layang-layang ke.. Menebas rumput ke... Bagi ayam makan ke... Kan lagi berfaedah tu.. Hehe...
Cerita ni rekaan semata-mata k... Tak ada kena mengena dengan sape2 pon...
Betul... Tak tipu...
Hehe...

Terima kasih sudi membaca...

Sekian...

~~~...Sahabat-sahabat yg akan posting ke Sarawak dah dapat surat... Aku bila lagi...?~~~

Saturday, June 27, 2009

Jangan Tolak Rezeki

Salam...

Hari ni aku rasa lega sgt... Setelah hampir sebulan lebih, nak 2 bulan jugak la... Akhirnya sampai gak benda yg aku tunggu2... Malas la nak cite lagi pasal tu... Nanti x pasal2 aku marah balik... Huhu... Ok la, aku nak kongsikan satu cerita yg mmbr aku baru bagi kat friendster... Maybe ade yg dah bc cerita ni... Tapi, aku nak share gak la kat sini...

Tajuk: Jangan Tolak Rezeki

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.


Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"


Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."


CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"


Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."


CrewTV3 : "Oooooooooooo......."



Cerita ini tidak ade kene mengena dgn yg hidup atau yg telah meninggal dunia k... Saje-je utk menghiburkan hati yg lara...

Cuti sem dah nak habis... Dah nak kuliah balik da...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker