Sahabat@Dusun Bayu

Wednesday, September 24, 2008

Aku Balik Kuching Hari Ini...

Salam...
Hari ni aku akan balik ke kampung halaman di Kuching, Sarawak...
Kepada sahabat-sahabat
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
diucapkan...
Seandainya ada silap dan salah haraplah diampunkan...
Aku harap sangat nak berjumpa dgn seseorang yg istimewa tu...
huhuhu....
Tapi macam x sempat je nak jumpe...
Semoga si dia jaga diri baik-baik...
Dan gembira selalu...
Selamat bercuti kepada sahabat-sahabatku...
Jumpa lagi nanti...
Kadang-kadang kita tidak sedar yg kita tipu diri kita sendiri... Aku pun tipu diri aku sendiri jugak sebenarnya...huhu... Serius... Aku memang rindukan dia...huhu...

Sunday, September 21, 2008

Bila Sunyi Itu Datang II...

BILA SUNYI ITU DATANG II

Tak pernah terfikir pun
aku masih cintakanmu...

Kau temankanlah aku
setelah sekian lama
kau masih dalam hatiku...

Walaupun dah lama berlalu
walaupun kau jauh dariku...

Kau masih dalam hatiku...

Bila sunyi itu datang...ku harap kau datang... Semoga semua kembali tenang...

Bila Sunyi Itu Datang I...

BILA SUNYI ITU DATANG I

Bilaku pejamkan mata
ku cuba tuk terangkan semua
Kau yg jauh dariku
tak mampu tuk ku dekati...

Tak berani nak cakap
yg aku masih cintakanmu...

Tak berani nak cakap
yg aku masih menunggumu...

Sejuta kata... maaf terasa... kerna aku insan biasa...

Friday, September 19, 2008

Pesta Tanglung Di Kolej Canselor

Salam...

Semalam 18 September 2008, Pesta Tanglung telah diadakan. Program kali ini agak meriah berbanding tahun lepas. Sbbnye tahun lepas aku x dpt join sbb g Port Dickson ade program BHEP UPM. Enjoy sakan kat sana..hehe... Boleh dikatakan seperti Hari Keluarga UPM. Tapi sayangnye buat waktu bulan puasa.(Ade je yang mandi sakan masa siang 2...termasuk la aku...hehe). berbalik semula degan Pesta Tanglung semalam. Bagi aku pesta ini sememangnye menarik. Secara tidak langsung kita dapat mengenali budaya masyarakat cina. Di samping itu, penyertaan daripada warga kolej yg pelbagai kaum juga telah menjadikan pesta ini lebih meriah.

Aku sempat juga menyertai perarakkan membawa tanglung yang sebelum ini aku x pernah pun sertai. Pelajar asing yang kebetulan ada semasa program ini berlangsung juga tidak ketinggalan untuk menyertai perarakkan membawa tanglung yang diadakan.


Sempat bergambar dengan pengerusi majlis Pesta Tanglung 2008.


Tanglung yang aku bawa.

Program ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kaum yang berlainan. Sesuai dengan objektif program ini diadakan. Jadi, harapnye lepas ni pelajar-pelajar cina join la pulak program kolej yang akan dianjurkan. Semoga perpaduan antara kaum akan terus terjalin dan kaum lain memahami adat dan tradisi kaum masing-masing.

Hari ini pun belum dapat jumpe si dia... Tinggal beberapa hari je lagi...huhu...

Wednesday, September 17, 2008

AKU PENAT

Salam...

Penatnye...Penat bukan sbbnye puasa. Tapi penat disebabkan banyak keje..huhu... Asgmnt pun banyak lagi x dibuat. Kawan2 jom kita buat asgmnt...huhu... Minggu depan aku dah nak balik kuching.... Sape yang nak ikut, jom la kita naik belon...hehe...

Rindunye kat someone ni...huhu... Masih mampu bertahan...hehe...

Thursday, September 4, 2008

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Salam…

Alhamdullilah, sudah 3 hari umat Islam menjalani ibadah puasa yang merupakan ibadah wajib untuk ditunaikan. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan bulan yang mulia ini. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih diberi kekuatan untuk berpuasa dan menjalankan ibadah-ibadah yang disyariatkan olehNya. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita semua mendapat keredhaan daripada Allah dan sama-samalah kita merebut pahala dan nikmat pada bulan yang penuh mulia ini.



Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker