Salam...
Anda mahu menjadi kaya raya dengan cepat?
Mahukan rahsia menjadi kaya dengan cepat...?
Kini bukan rahsia lagi.
Ada bermacam-macam cara sekiranya anda mahu menjadi kaya raya.
Cuma dengan cara yang halal atau sebaliknya.
Jangan disebabkan mahu menjadi kaya dengan cepat, anda mengambil cara yang salah di sisi agama mahupun undang-undang.
Beberapa minggu lepas spesis cicak yg dikenali sebagai
Pok ke atau
Gekko Gecko mula mendapat perhatian di negara kita. Memang popularlah spesis cicak tersebut sehingga menjadi tajuk utama berita di televisyen & surat khabar.
Manakan tidak, seekor
Pok ke yg seberat
500gram mampu mencecah sehingga
puluhan ribu ringgit.Tidak hairanlah, ramai yang mula memburu spesis cicak tersebut.
Poet Dusun Bayu hendak kongsikan sisipan berita mengenai
Pok ke tersebut yg diambil daripada
Sinar Harian.
Permintaan meningkat, 'pok ke' jadi rebutan KUAH - Kelmarin akhbar ini menerbitkan berita mengenai nilai pok ke yang tinggi di pasaran.
Sebaik sahaja berita itu tersiar, wakil Sinar Harian dibanjiri dengan puluhan panggilan yang berminat untuk membeli dan menjual hidupan spesies cicak itu.
Seorang pemanggil dari Padang Besar yang hanya mahu dikenali sebagai Ibrahim berkata, dengan nilai berat 80 gram dia sanggup membeli dengan harga RM8,000.
Menurutnya, pok ke ini terdapat pelbagai jenis dan tidak semuanya boleh dijadikan penawar dalam perubatan.
Seorang lagi pemanggil dari Changlun, berkata pok ke yang boleh dijadikan penawar memang banyak terdapat di Langkawi.
“Kami berhasrat ke Langkawi untuk membeli pok ke milik saudara Anwar dengan nilai yang tertentu, malah kami berhasrat menternak pok ke itu secara usaha sama,” katanya ketika menghubungi wakil Sinar Harian.
Cicak spesies berkenaan kini menjadi rebutan dalam kalangan masyarakat selepas beberapa media menyiarkan kemujarabannya sebagai penawar HIV dan Aids.
Pok ke kini mempunyai nilai tinggi di pasaran sehingga mencecah RM100,000 seekor mengikut beratnya.
Dipercayai selepas beberapa kajian dilakukan, enzim pok ke yang diambil dari bahagian hatinya itu mujarab untuk mengubati penyakit HIV ataupun Aids.