Sahabat@Dusun Bayu

Sunday, August 15, 2010

Rahsia Kaya Dengan Cepat

Salam...

Anda mahu menjadi kaya raya dengan cepat?
Mahukan rahsia menjadi kaya dengan cepat...?

Kini bukan rahsia lagi.
Ada bermacam-macam cara sekiranya anda mahu menjadi kaya raya.
Cuma dengan cara yang halal atau sebaliknya.
Jangan disebabkan mahu menjadi kaya dengan cepat, anda mengambil cara yang salah di sisi agama mahupun undang-undang.

Beberapa minggu lepas spesis cicak yg dikenali sebagai Pok ke atau Gekko Gecko mula mendapat perhatian di negara kita. Memang popularlah spesis cicak tersebut sehingga menjadi tajuk utama berita di televisyen & surat khabar.
Manakan tidak, seekor Pok ke yg seberat 500gram mampu mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Tidak hairanlah, ramai yang mula memburu spesis cicak tersebut.
Poet Dusun Bayu hendak kongsikan sisipan berita mengenai Pok ke tersebut yg diambil daripada Sinar Harian.

Permintaan meningkat, 'pok ke' jadi rebutan

KUAH - Kelmarin akhbar ini menerbitkan berita mengenai nilai pok ke yang tinggi di pasaran.

Sebaik sahaja berita itu tersiar, wakil Sinar Harian dibanjiri dengan puluhan panggilan yang berminat untuk membeli dan menjual hidupan spesies cicak itu.


Seorang pemanggil dari Padang Besar yang hanya mahu dikenali sebagai Ibrahim berkata, dengan nilai berat 80 gram dia sanggup membeli dengan harga RM8,000.

Menurutnya, pok ke ini terdapat pelbagai jenis dan tidak semuanya boleh dijadikan penawar dalam perubatan.

Seorang lagi pemanggil dari Changlun, berkata pok ke yang boleh dijadikan penawar memang banyak terdapat di Langkawi.

“Kami berhasrat ke Langkawi untuk membeli pok ke milik saudara Anwar dengan nilai yang tertentu, malah kami berhasrat menternak pok ke itu secara usaha sama,” katanya ketika menghubungi wakil Sinar Harian.

Cicak spesies berkenaan kini menjadi rebutan dalam kalangan masyarakat selepas beberapa media menyiarkan kemujarabannya sebagai penawar HIV dan Aids.

Pok ke kini mempunyai nilai tinggi di pasaran sehingga mencecah RM100,000 seekor mengikut beratnya.

Dipercayai selepas beberapa kajian dilakukan, enzim pok ke yang diambil dari bahagian hatinya itu mujarab untuk mengubati penyakit HIV ataupun Aids.

Sumber: Sinar Harian

Inilah Encik Pok ke yg dimaksudkan... (Gambar daripada Google)

Kalau dapat seekor boleh juga jual utk bayar PTPTN ni...Hehe... (Gambar daripada Google)

Pok ke bermata merah lebih mahal dengan yg bermata hijau... (Gambar daripada Mudah.my)

Rasa-rasanya mesti sudah ramai yang memburu Pok ke ini.
Dan ada juga yang ingin mengusahakan penternakan Pok ke ini.
Mungkinkah spesis cicak ini akan pupus suatu hari nanti...?
Sama-samalah kita fikirkan.

Mari kita saksikan video & lagu khas yang dicipta untuk Pok ke ni.







Kalau mahu kaya memang susah...

Bak kata org...
"Memang susah nak jadi senang, tapi senang nak jadi susah.."

~~~...Kekayaan, rezeki, kebahagiaan, jodoh, ajal & maut ketentuan Allah...~~~

9 comments:

dayana said...

salam...

bila tengok spesis tu rase geli geliman..huhuhu...=)

Azwandy Bin Muhamad said...

Wslm...

Hehe.. Lupe nak letak amaran kepada sesiapa yg geli dgn spesis ni...
Hehe...

HaiDa HiDa said...

salam..

femes pok ke skank ni ya.. hehee..

biar lah tak kaya ngan cara mcm ni pun sbb cicak yg kecik tu pn rasa geli geleman apatah lagi yg ini.. huhuuu..

Azwandy Bin Muhamad said...

Haida- Wslm... Mmg femes da..hehe... Harga pon mahal... Leh beli kete..

Anonymous said...

tak suke spesies cicak!!!!
geli..........

Azwandy Bin Muhamad said...

aniza- Hehe... Tapi, cicak ni mahal la...Hehe..

Anonymous said...

nak buat bisnes cicak ke?

Azwandy Bin Muhamad said...

Q- Nak join aku x???haha...

Dy said...

first tym dengar name binatang nie..
memang name die pok ke ke??cam same je ngn sesumpah..hehehe
keajaiban alam..=)

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker