Sahabat@Dusun Bayu

Saturday, August 21, 2010

Cik Ainon Janda Muda

Salam...

Selamat menjalani ibadah puasa hari yg ke-11 kepada sahabat-sabahat yg disayangi..
Entri kali ini Poet Dusun Bayu mahu berkongsi satu video kepada sahabat-sahabat...

Video ini diambil semasa pelaksanaan tugasan subjek kokurikulum semester 7 Pengajaran Bahasa Malaysia Sbg Bahasa Pertama (PBMP) sesi 2009/2010...

Untuk tugasan ini, kami semua telah dibahagikan kepada 6 kumpulan yg terdiri daripada 12 orang ahli.
Setiap kumpulan juga telah diberi tugasan yang berbeza iaitu menganjurkan program dalam masa 1 jam sahaja.
Tujuan program ini adalah untuk menguji & memupuk kemahiran insaniah (soft skills) dalam kalangan bakal guru.

Enam program yg telah dianjurkan ialah:

1) Pertandingan senamrobik
2) Pertandingan sukaneka
3) Pertandingan nyanyian lagu pop ye ye
4) Pertandingan peragaan pakaian
5) Pertandingan tarian
6) Pertandingan menulis esei

Peserta-peserta program ini terdiri daripada kami juga.
Kumpulan lain akan menyertai pertandingan yg dianjurkan oleh kumpulan yg lain...

Enam program tersebut telah diadakan dalam masa 1 hari sahaja.
Iaitu bermula jam 8 pagi sehingga jam 6 petang...

Acara penutup & penyampaian hadiah juga telah diadakan setelah tamatnya semua program...

Untuk pengetahuan semua, kumpulan saya telah ditugaskan untuk menganjurkan pertandingan tarian.

Nama kumpulan kami adalah Twister...Hehe...

Inilah kumpulan saya...

Kumpulan kami telah menjadi juara keseluruhan untuk program ini.
Sebabnya kami memenangi banyak pertandingan...Hehe...

Antaranya ialah pertandingan nyanyian lagu pop ye ye...

Mesti anda semua hendak melihat video nyanyian kumpulan kamikn...?

Jom tengok sama-sama...



Tugasan kokurikulum ini merupakan antara kenangan yg saya tidak akan lupakan sepanjang pengajian di UPM...

Rindu sangat-sangat kepada rakan-rakan yang lain...

Semoga kita semua akan mencapai kejayaan yg diimpikan...

~~~...Bila tgk balik video tu, tergelak pulak sorg diri...haha...~~~

10 comments:

♫ Nor LiYaNa SaNa'a ♫ said...

oooo cik azwandy n cikgu qamarul bersahabat rupanya..
hahahahhaa..memang lucu
yang tak leh blah tu yang menyanyi x sempat nak ngorat...hahahahahahah
lari lirik yok...hahahhaa

dayana said...

wwahhh cikgu pandai nyanyi...heheh..
memang lawak tengok vedio tu..ahaha..cik ainon janda...

Azwandy Bin Muhamad said...

Nor Liyana Sana'a- Ha a...kami bersahabat..hehe... Tu la...blm sempat nak ngorat dah stat balik lagu..Mmg x leh lupe la time ni...hehe..

Azwandy Bin Muhamad said...

dayana- Xde la pandai sgt pon..hehe... Ni pon last minit buat..Semua spontan...haha...

sue-sama said...

salam ziarah, awk pbmp upm ke?

Azwandy Bin Muhamad said...

Wslm...Yup, PBMP UPM...
UPM je ade PBMP...Hehe..
Nape eh???

Q said...

memang sangat tacing+malu bila tengok balik vid ni . tengok banyak kali tu...huhuh
(aku yang bukan aku masa tu. semua dah kene rasuk. hahah)

Azwandy Bin Muhamad said...

q- aku berkali2 tgk video ni weh...
gelak je..haha...

ciK LyndaWawa igUana said...

alamak ai...saya tidak nampak org hansem di gambar itu..di manakah dia...

Azwandy Bin Muhamad said...

Cik LyndaWawa- Mana ada org hensem dlm video tu.. Yg manis ada la..haha...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker