Sahabat@Dusun Bayu

Wednesday, August 4, 2010

Kembali Menulis

Salam...

Alhamdulillah...
Aku sudah selesai temu duga untuk penempatan guru semalam...
Mohon maaf kepada semua penjengguk Poet Dusun Bayu kerana tidak dapat menulis entri baru beberapa hari yg lepas...
Maklumlah, sibuk dengan persediaan untuk ditemu duga...

Untuk entri kali ini...
Aku nak kongsikan sedikit pengalaman ketika ditemu duga semalam...

Mula2 urusetia akan panggil utk beri taklimat...
Lepas tu ujian INSAK...
Yang penting, kena bawak semua yg dinyatakan dalam surat penggilan temu duga.
Dan sesiapa yg tarikh senatnya selepas 30 Jun, harap maaf la... Sebab anda akan terus direject...
Termasuk juga yg x bawak IC, gambar, sijil PMR, SPM, STPM, transkrip, surat senat yang ASAL.
Jadi kena bawak semua yg disenaraikan.
Tadi 21 org yg kena reject... Yg kesiannya ada datang dari jauh... Sedih sgt tgk tadi...
Jadi, semak semula apa yg perlu ok...

Tidak dinafikan pengalaman ditemu duga yang dilalui oleh setiap orang adalah berbeza.
Termasuklah aku.
Manakan tidak, calon-calon yg ditemu duga sebelum aku tdak banyak yang ditanya.
Tapi, bila giliran aku.
Soalan yang ditanya agak banyak.
Alhamdulillah, ada yg dapat dijawab walaupun tak tahu betul atau tidak...
Dan ada juga soalan yg aku mmg tak dapat nak jawab... Huhu...

Antara soalan yang ditanya kepada aku:
1. Biasalah, perkenalkan diri.
2. Dah kawen ke belom?
3. Apa yg perlu ada dalam buku rancangan pengajaran?
4. Apa sukatan pelajaran & huraian sukatan pelajaran?
5. Apa ujian rujukan norma & ujian rujukan kriteria?
6. Apa ujian formatif & ujian sumatif?
7. PPSMI.
8. Kenapa ramai ibu bapa yg tidak berminat menghantar anak mereka ke prasekolah?
9. Apa cara untuk menarik minat murid-murid bukan penutur jati BM belajar BM?
10. Pernah ke kapit ke x?
11. Mahu tak kalau dihantar mengajar di pedalaman?
12. Apa ibu negeri Kedah & Pulau Pinang?
13. Bendera Sarawak ada berapa warna?
14. Siapa ketua menteri Sarawak?
15. NKRA.
16. Apa perbezaan mazhab Nik Safiah dengan mazhab Asmah?

Ada lagi soalan-soalan lain tapi, aku dah tak ingat... Huhu...
Sangat tak sangka akan ditanya bertalu-talu mcm itu.
Mungkin juga hanya aku yang major Bahasa Melayu...
Sebab itu penemuduga tanya soalan macam-macam.

Apa-apa pun, aku dah menjawab & memberi pendapat aku...
Tawakal sajalah...

Kepada sahabat-sahabat yang akan ditemu duga seterusnya, buat yang terbaik.
Jangan takut. InsyaAllah, anda semua boleh...
Selamat maju jaya diucapkan...

Aku dah lepas...Hehe...
Debaran menunggu keputusanlah pula...
Harap-harap kita semua akan berjaya...
Amin...

Wslm...

~~~...Kalau ada rezeki, adalahkn... InsyaAllah...~~~

4 comments:

Anonymous said...

insya-Allah
TPM dah cakap, anak peribumi Sabah dan Serawak akan ditempatkan di negeri asal.

Jangan risau ye.. ada rezeki tu ^_^

pu3mas said...

hop2 dapat la ye... amin..

Azwandy Bin Muhamad said...

Aniza- InsyaAllah..Hehe...

Azwandy Bin Muhamad said...

pu3mas89- Yup...Harap2 dpt posting awal..hehe...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker