Sahabat@Dusun Bayu

Wednesday, August 18, 2010

Muka Cantik Kereta Lawa. Tapi...

Salam...

Sebelum saya meneruskan gerak tari jari-jemari menaip entri kali ini, saya ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat blogger yg singgah di Poet Dusun Bayu sekiranya saya tidak dapat menjenguk atau membuat kunjungan balas ke blog anda.
InsyaAllah, saya akan menjenguk dan membuat kunjungan balas ke blog anda nanti.

Sejak menjadi pemandu kepada kakak saya, barulah saya mengerti dan dapat mengalami apa yang dirasai oleh orang yang bekerja sebagai pemandu.
Penat & sakit belakang...
Huhu...
Cuma bezanya, saya tidak mendapat gaji. InsyaAllah, elaun daripada kakak saya ada..Hehe...

Setiap hari saya akan bangun awal untuk menghantar adik saya ke sekolah dan menghantar kakak saya bekerja.
Kakak saya belum berani lagi untuk memandu. Kerana perjalanan ke tempat kerjanya adalah sejauh 40km atau 45 minit masa perjalanan.
Memang agak jauh daripada rumah saya.
45minit sekiranya tiada kesesakan lalu lintas...
Kalau ada kesesakan lalu lintas lebih satu jam juga terperangkap.
Kesesakan jalan raya yg teruk juga merupakan satu masalahnya.
Huhu...
Panjang pula mukadimah untuk entri ini...

Kita kembali semula kepada tajuk entri kali ini.

Muka Cantik Kereta Lawa. Tapi...

Tapi apa...?

Mesti sahabat-sahabat semua hendak tahukan...

Ceritanya macam ini...

Tadi semasa menemankan kakak saya menguruskan penyata KWSP dia, saya hanya menunggu di dalam kereta. Di sebelah kiri tempat saya letak kereta ada sebuah kereta Proton Pesona yang telah diubahsuai berwarna merah... Memang agak lawa juga kereta tersebut. Dalam fikiran saya, mesti pemilik kereta tersebut adalah seorang yang kemas dan pembersih. Sebabnya kereta itu berkilat-kilat dek pancaran matahari. Mesti selalu dimandikan... Hehe...

Tidak lama lepas itu, muncul seorang perempuan yang memakai baju kebaya warna merah menuju ke arah kereta tersebut. Tidak syak lagi, itu mesti kereta perempuan tersebut.
Pada pandangan aku, perempuan itu memang cantik putih melepak di tambah lagi memakai baju kebaya yang berwarna merah dan memakai cermin mata hitam.
(Sahabat-sahabat jgn fikir lain pulak k... Hanya untuk menggambarkan sahaja)

Pemilik kereta itu pun masuk ke dalam keretanya yg lawa itu...
Tidak lama selepas itu dia keluar membuka pintu keretannya dan mengambil sekeping risalah yg diselitkan di pengelap cermin keretanya.

Setelah membaca risalah tersebut, tanpa rasa bersalah & segan silunya dia membuang risalah tersebut sesuka hatinya.
Saya yg berada di dalam kereta bersebelahan dengannya agak tersentap dengan apa yg dilakukan oleh perempuan itu.

Dalam hati saya berkata
"Muka cantik...Kereta lawa... Tapi, perangai... Macam apa ntah..."

Di tempat awam pun dia buat seperti itu, apatah lagi kalau di rumahnya.
Apa salahnya kalau dia membuang ke dalam tong sampah yg berada lebih kurang hanya 5 ke 6 langkah sahaja dari tempat dia meletakkan keretanya.
Tidak pun, simpan dahulu risalah tersebut & buang apabila susah sampai di rumah.
(Rasa macam mengumpat pulak di sini... Huhu... Saya bukan mengumpat, tapi cuma membuat teguran sahaja...Hehe...)

Setiap hari ada saja iklan & kempen kesedaran berkenaan kebersihan alam sekitar.
Tetapi, masih lagi tidak timbul rasa tanggungjawab dalam diri masyarakat di negara kita.

(Sumber gambar: Encik Google)

Jadi, sama-samalah kita menjaga kebersihan negara kita...
Bermula dengan menjaga kebersihan diri kita.
Kemudian menjaga kebersihan keluarga kita.
Menjaga kebersihan rumah kita.
Menjaga kebersihan kawasan di rumah kita.
Menjaga kebersihan di daerah tempat kita tinggal.
Menjaga kebersihan di negeri kita.
Dan...
Seterusnya menjaga kebersihan negara kita...
Hehe...

Orang selalu kata. Kita tak boleh ubah diri kita, kecuali kita yg ubah diri kita sendiri.

Orang juga selalu kata. Kita kena ubah diri kita dahulu sebelum kita cuba mengubah diri orang lain...

Renung-renungkan dan selamat beramal...Hehe..

Sekian...

~~~...Rasa-rasanya mahu tidur awal malam ini...Huhu...~~~

7 comments:

QERY HASAN said...

layak untuk dilabelkan TIADA KESEDARAN SIVIK!!!!!...

Azwandy Bin Muhamad said...

btl tu wan..dia kne ambik kelas pendidikan sivik & kenegaraan tu...hehe...

QERY HASAN said...

tu belum kenal personal lagi tu.. huhu..mesti lgi teruk..hhhah

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

ermm...bukan budak tuh sorang jerk..malah lebih ramai yg cmtuh..kadang2 lelaki pun ade.malah lebih teruk..ermm.xper2..janji ini boleh buat pengajarann ... =)

HaiDa HiDa said...

alahaii kesiannya.. xder kesedaran sivik rupanya.. hehee.. saya pernah dapat risalah yg lekat kat kereta mcm tu.. amik letak dulu dalam kereta.. last2 samapi berbulan2 lpe nak buang.. hehee..

dayana said...

sesetengah orang ambil sambil lewa hal macam ni...
buat kempen banyak pun kesedaran tak juga..kalu perangai pun di takuk lama.emmm

Azwandy Bin Muhamad said...

Thanks wanhairi, arisa, haida & dayana sbb komen pasal isu ni...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker