Sahabat@Dusun Bayu

Friday, August 20, 2010

Remaja Sekolah Jadi Jutawan Muda

Salam...

Hari ini hari Jumaat.
Penghulu sekalian hari.
Alhamdulillah, sudah masuk ramadan yg ke-10...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger yg disayangi sekalian...?
Semoga dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

Macam mana puasa?
Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat daripada-Nya...

Hari ini, Poet Dusun Bayu hendak kongsikan satu lagi sisipan berita daripada Utusan Sarawak...
Tajuknya: Remaja Sekolah Jadi Jutawan Muda

Pastinya menarik perhatian andakan?

Jom baca sama-sama...

Remaja Sekolah Jadi Jutawan Muda

NORTHAMPTON, Isnin- Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar.

Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Max Box Bundle yang menjana perolehan £700, 000 (RM3.5 juta).


Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperolehi £500, 000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman web sosial MySpace.

Inilah Owens si jutawan muda yg di maksudkan... (Sumber gambar: Encik Google)

Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan. Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. -Agensi

Sumber: Utusan Sarawak/17 Ogos 2010

Macam mana sahabat-sahabat?
Owens berjaya menjadi jutawan dengan hanya melalui Iklan di Internet...

Orang kata, kalau hendak berjaya, kita kena berusaha bersungguh-sungguh.
Bukan susah untuk menjadi senang...
Sangat senang untuk menjadi susah...

Harta dunia memang kita boleh cari...
Tapi, hanya untuk di dunia sahaja...

Carilah "harta" yang boleh dibawa sebagai bekalan di akhirat nanti.
Saya pasti sahabat-sahabat semua tahu "harta" yang saya maksudkan...

Salam jumaat untuk semua...

~~~...Terima kasih kepada Encik Nuffnang sbb kembalikan status saya...Hehe..~~~

1 comment:

Hanisah Safian said...

WOW!! bestnye.keik2 dah kayoooo~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker