Sahabat@Dusun Bayu

Wednesday, August 4, 2010

Murid Tumbuk Guru

Salam...

Profesion keguruan semakin mencabar.
Bukan hanya cabaran dalam mengajar murid-murid, malah cabaran dalam menguruskan kerja-kerja pengkeranian...
Dan cabaran yang semakin berat dilalui oleh guru ialah, menangani murid-murid...

Buletin Utama TV3 semalam menyiarkan seorang murid telah menumbuk seorang guru...
Sebenarnya, isu guru diserang oleh murid bukanlah isu yang baru.
Sebelum-sebelum ini juga ada isu seperti ini.
Tetapi tidak dihebohkan atau diselesaikan secara dalaman sahaja.

Kejadian murid menumbuk guru atau menyerang guru menunjukkan bahawa murid-murid semakin berani dan tidak menghormati guru.
Kalau dulu, semasa masih bersekolah, hendak menegur cikgu pun ada rasa takut.
Inikan pula mahu berkasar dengan guru.
Zaman sekarang murid-murid sudah semakin tidak menghormati guru.

Apakah puncanya?
Adakah guru yang harus dipersalahkan?
Adakah ibu bapa yang harus bertanggungjawab?
Atau...
Zaman yang semakin maju?

Apa-apa pun sebabnya, tugas guru sememangnya semakin mencabar.
Saya sendiri sebagai bakal guru juga dapat merasainya.
Semoga saya dan sahabat-sahabat saya yang lain akan menjadi guru yang berdedikasi & memegang amanah yang diberikan dengan cemerlang...
Amin...



Ini adalah video murid yang menumbuk gurunya. Semoga kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi...

~~~...Siapa yg cakap tugas guru senang?~~~

6 comments:

nisa j ramli said...

okay. dah tengok sampai habis video tuh. tapi kurang jelas la bahasa pelajar tu. bukan semenanjung m'sia ea?
budak2 sekarang memang lain macam je, laki dengan pompuan sama je sekarang. ape punca tatau laaa

Azwandy Bin Muhamad said...

ketingting- Kejadian ni berlaku kat sarawak... Kat mana kejadian ni berlaku x penting... yang penting peranan semua pihak utk memastikan xkan berulang lagi kejadian mcm ni...
Thanks 4 ur komen...Hehe...

Unknown said...

sgt2 kurang ajar,
x sepatutnya berlaku disekolah,
guru yg byk beri pelajaran di sekolah,
inikah balasannya,
hurm....

sgt2 x patut berlaku mcm nie,
hurm...

Azwandy Bin Muhamad said...

Cik Wanie- Hmmm... Mmg x patut...
Tapi, x boleh salahkan murid juga... semua pihak kena bertanggungjawab..hehe...

pu3mas said...

knape yang perempuan sorang tue tengok aje ek?

Azwandy Bin Muhamad said...

Entah la..sy pon x tau...hehe..

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker