Sahabat@Dusun Bayu

Sunday, November 9, 2008

BUKU SAJAK: Terkandungnya Hasil-hasil Pemikiran Puitis

Salam...

Alhamdulillah... Aku masih mampu bernafas lagi hari ini... Esok, belum tentu lagi aku masih mampu untuk bernafas atau tidak... Semoga Allah panjangkan usiaku... Kerana, hajatku masih belum terlaksana... Ckp sakadar coretan ringkas ini sebagai mukadimah entri BUKU SAJAK ini...

Semester untuk kali ini telah pun berakhir. Setelah mengharungi pelbagai peristiwa, kuliah, peperiksaan, program dan aktiviti yang lain sepanjang semester ini, semua pelajar sibuk mengemas barang-barang mereka kerana cuti telah pun bermula. Jualan kotak semakin laris dan harganya juga melambung tinggi. Peniaga-peniaga mula mengambil kesempatan menjual kotak dengan harga yang mahal. Padahal, harga kotak tersebut hanya 50 sen sahaja.

Nak buat macam mana. Pelajar-pelajar terpaksa juga beli sbb nak simpan barang. Aku pun sama macam budak-budak lain gak. Walaupun aku tak balik cuti ni, aku pun kena la kemaskan bilik. Maklum la, aku tak suka barang-barang berselerak dan aku akan pastikan tempat aku kemas walaupun tempat rakan sebilik aku lebih kemas daripada tempat aku...Hehe... Teeettt... Masa tamat...hehe...

Dah 5 semester aku kat UPM ni... Buku-buku dan nota-nota pun dah banyak sangat. Sampai satu kotak besar pun tak muat nak simpan. Nak dibuang sayang pulak. Nak bagi kat junior pun sayang gak...Bagi pinjam boleh la..hehe... Mana-mana junior PBMP yang nak pinjam buku dan nota boleh la jumpa abg k...(Abg ker?)hehe...

Baiklah, berbalik semula kepada tajuk entri ini iaitu BUKU SAJAK. Mesti semua nak tahu apa itu BUKU SAJAK...?(Skema sikit ye...hehe...)Sebenarnya buku ini hanyalah buku biasa tempat aku menzahirkan hasil pemikiran yang puitis. Maka, aku gelar buku itu sebagai BUKU SAJAK. Buku ini aku jumpa semula di dalam kotak petang tadi setelah lama aku cari. Mungkin sudah tiba masanya aku perlu mencoretkan hasil-hasil pemikiran yang puitis semula. Mungkin juga sebagai permulaan untuk menjadikan hari-hari yang seterusnya lebih baik daripada hari ini dan semalam. Semoga esok lebih baik hendaknya...

Untuk yang pertama ini, aku akan kongsikan salah satu sajak ringkas yang tidaklah sukar untuk difahami dan dimengerti. Sajak ini aku nukilkan khas kepada seorang insan yang aku sayangi. Dan sajak ini juga merupakan salah satu sajak yang terdapat di dalam BUKU SAJAK aku. Baiklah, aku tinggalkan kalian semua dgn sajak tersebut buat tatapan dan renungan.

RUANG PENGHARAPAN
(Serangkai bingkisan buat si dia)

Di ruang pengharapan ini
aku duduk sepi
memikirkan sesuatu
yang tak pasti.

Di ruang pengharapan ini
aku duduk sunyi
mengingat kembali
kata-kata dan janji
yang aku rasa
telah dimungkiri.

Di ruang pengharapan ini
aku cari
jalan keluar
untuk aku lari daripada sepi
lari daripada sunyi
yang membebankan ini.

Di ruang pengharapan ini
tidak ada api
tidak ada cahaya yang menerangi
yang ada hanyalah
aku…
Mencari-cari
sinar harapan
yang aku nanti-nanti
yang ingin aku kecapi.

Biar pun ku menanti
sesuatu yang tak pasti
namun,
harapanku masih tinggi
setinggi mentari
dari bumi.
Aku akan setia menanti
di ruang pengharapan ini
sehingga jawaban
kepastian itu
lahir daripada hati
yang suci
dan aku mengerti
aku patut berhenti
menanti di ruang pengharapan ini
yang sangat menyiksa diri.


Semoga esok lebih baik...

1 comment:

Anonymous said...

ya.. smoga esok lbh baik utk kau dan aku.. ak juga patut berhenti menantinya.. tq utk sajak yg jge ad kene mngene ngan ak nie...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker