Sahabat@Dusun Bayu

Friday, August 14, 2009

Mungkin 28, 000 Orang Di Malaysia Akan Mati Akibat H1N1

Salam...

Mungkin tajuk entri kali ni akan membuatkan anda semua terkejut dan takut... Untuk setakat hari ini sahaja 51 kematian telah dilaporkan akibat virus babi ini... Aku sangat tertarik dengan surat pembaca yang dimasukan ke dalam Utusan Malaysia semalam... Surat tersebut telah ditulis oleh seorang doktor di negara kita... Mungkina ade di antara anda telah pun membacanya... Tapi, aku nak letak jugak kat entri ni... mana la tau ade yg x bace lagi kn... Hehe... Untuk melihat gambaran yg lebih jelas mengenai ape yg ditulis oleh doktor tsbt korang baca la kat bawah ni k...

H1N1: Rakyat keluh-kesah

SAYA seorang pegawai perubatan di sebuah klinik swasta. Saban malam saya dihantui berita "28,000 rakyat Malaysia dijangka akan mati kerana jangkitan influenza A H1N1 dalam tempoh 2 tahun" yang dinyatakan oleh seorang pakar perubatan melalui satu saluran berita popular di Internet.

Saya terfikir seandainya yang menjadi mangsa tersebut adalah di kalangan orang-orang yang saya sayang dan rapat dengan saya, betapa sedihnya saya ketika itu.

Saban hari pula kita disajikan dengan berita kematian seorang demi seorang rakyat Malaysia kerana jangkitan H1N1 ini.

Namun, nampaknya pihak kementerian dan kerajaan Malaysia masih belum mengambil langkah drastik untuk mengawal penularan virus ini.

Penyakit ini memang mudah merebak, namun saya merayu pihak Kementerian Kesihatan terutama sekali Menteri Kesihatan; Datuk Liow Tiong Lai tolong fokuskan kepada cara mengawal @ meminimumkan penyebaran penyakit ini bukan sekadar membasuh tangan dengan bersih dan memakai penutup muka sahaja.

Lakukanlah pengesanan awal dengan ujian throat swab untuk semua pesakit yang suhunya melebihi 38 darjah celsius disertai simptom-simptom batuk/selesema/sakit tekak walaupun baru tiga hari demam, kerana pesakit yang positif H1N1 akan menjadi penyebar virus pada hari pertama lagi beliau demam.

Lebih awal dikesan, lebih awal dapat dimulakan rawatan dan berkuranglah penyebaran kepada orang lain yang sihat. Kenapa perlu tunggu sehingga pesakit masuk wad atau dah kritikal baru nak dibuat saringan. Kenapa? Kerajaan tak cukup duitkah hendak menampung ujian tersebut?

Sedarlah ini adalah 'tsunami' yang bukan berbentuk ombak besar yang dapat dilihat dengan mata kasar tapi virus yang amat halus yang berterbangan dengan membawa impak yang amat besar.

Tolonglah. Berilah perhatian pada masalah ini, rakyat tidak bimbang lagi siapa yang akan menang di Permatang Pasir, tapi rakyat lebih bimbangkan kesihatan mereka, suami/isteri dan anak-anak mereka.

Melaburlah lebih sedikit untuk mengesan lebih awal influenza A H1N1 ini agar rawatan (antiviral) dapat diberi lebih awal, dengan itu dapat mengurangkan penyebarannya dan kurangkanlah perbelanjaan negara dalam hal-hal yang kurang penting seperti majlis-majlis keraian atau yang berbentuk hiburan.

Rata-rata pakar perubatan, para doktor dan staf kesihatan yang lain hanya menunggu arahan daripada pihak kementerian untuk menjalankan ujian saringan awal ini untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan awal yang terbaik

Sama-samalah kita membanteras influenza A H1N1. Setiap penyakit diciptakan Allah, ada penawarnya, kecuali mati.

DOKTOR RISAU

Cheras

Sumber: Utusan Malaysia 13 Ogos 2009


Korang dah bacakn...? Ape perasaan korang sekarang...? Lepas je baca utusan malaysia tu aku terus balik bilik & cari la blog yg dinyatakan oleh doktor tu... Kalau ade sape2 yg nak baca blog tu boleh la klik kat laman blog ni k...

http://almizan.wordpress.com

Aku masukkan sikit la mengenai isu yg telah ditulis kat dalam blog tu utk korang baca k... Kalau nak baca banyak lagi pegi la kat blog tu k...

Hingga 28,000 di M’sia mungkin mati akibat H1N1

Aug 1, 09 8:03pm
Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.”Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia,” kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya “Flu measures: Confusion rather than non-compliance” yang diedarkan kepada beberapa media semalam.

Sumber: http://almizan.wordpress.com


Justeru itu, sama-samalah kita berdoa agar kita semua dijauhi daripada malapetaka ini... Langkah-langkah drastik perlu dilakukan oleh pihak kerajaan agar penularan wabak ini dapat diatasi segera...

Semoga orang-orang yg aku sayangi dilindungi olah Allah s.w.t. Amin...

1 comment:

Anonymous said...

risaunya...terutama bila umi tel kata adik deman...semoga kita semua dilindungi dr malapetaka nie...amin

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker