Sahabat@Dusun Bayu

Tuesday, August 4, 2009

UPM tutup jika berlaku penularan kedua H1N1

KUALA LUMPUR: Tindakan drastik menutup sementara kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang mungkin hanya dilakukan sekiranya penularan wabak influenza A(H1N1) berlaku lagi di kampus itu, kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah, hari ini.

"Apapun, kita akan patuhi nasihat yang diberikan Kementerian Kesihatan dan jika kementerian mahu kita beri cuti atau tutup kampus kepada pelajar dan kakitangan dalam usaha mengekang virus itu daripada menular, kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Antarabangsa Anatomi Kayu di sini, hari ini.

Minggu lalu, UPM terpaksa mempercepatkan cuti pertengahan semester yang sepatutnya 17 hingga 23 Ogos kepada 29 Julai hingga esok apabila empat pelajarnya disahkan positif H1N1.

Dr Nik Mustapha berkata, UPM sudah bersedia memberi suntikan anti-viral sebagai langkah pengawalan kepada pelajar dan kakitangan universiti itu dan suntikan itu boleh didapati di pusat kesihatan universiti dan ia diberikan secara percuma.

"Jika berlaku lagi 'serangan kedua' kita akan bagi topeng muka dan juga sanitizer kepada setiap pelajar dan sebelum cuti baru ini pun kita sudah agih-agihkan kepada pelajar," katanya.

Mengenai kemungkinan cuti berpanjangan akan mengganggu proses peperiksaan semester, beliau berkata ia boleh disusun semula kerana semua peperiksaan yang dijalankan diuruskan universiti sendiri.

Sumber: Berita Harian, Selasa, 4 Ogos 2009

Kepada semua pelajar UPM jaga la kesihatan anda k...

2 comments:

Anonymous said...

salam ziarah kembli..
nice blog..
terima kasih sudi singgh blog sy..
sy..
ambik dip kejuruteraan awm kt sna..
sem 5 dh ni..
erm.. sp nama cousin awk tu ek

SasHa Lee said...

kecian uols..pembelajaran terganggu..
**take care k..;)

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker