Sahabat@Dusun Bayu

Sunday, March 30, 2008

PILIHAN RAYA UMUM SEMESTER (PRUS 3)

Akhirnya Persidangan Jemaah Mantan Penghulu Semester telah memutuskan untuk menyenaraikan 7 calon yang akan bertanding dalam PRUS 3 kali ini. Perebutan kerusi panas bagi jawatan Penghulu Semester menyebabkan Exco Kebajikan dan Keselamatan PBMP Sem 4 perlu berjaga-jaga. Diingatkan juga kepada calon yang tersenarai (seperti dalam gambar) tidak menggunakan tektik kotor seperti menyimbah asid ke muka lawan, mengunci lawan di dalam tandas, menggunakan julap dalam makanan, menyebarkan propaganda hasutan yang melanggar Akta Hasutan mahupun membeli undi (rasuah) dari pengundi kerana anda dibenarkan untuk mengundi diri sendiri sebanyak mana yang anda mahukan.
Siapakah Calon PRUS kali ni?? Untuk pengetahuan semua, tahun ini PRUS 3 menyaksikan perebutan dan persaingan 7 penjuru berlaku sebab ada 7 calon yang ingin merebut kerusi Penghulu Semester. Berikut merupakan gambaran sedikit sebanyak tentang calon PRUS 3 kali ini. Jika anda belum mengenali calon, berikut merupakan sedikit sebanyak gambaran tentang keupayaan dan kebolehan istimewa yang dimiliki oleh calon yang bertanding :

Asrul Othman atau lebih popular dengan gelaran Dondey merupakan anak jati Kelantan yang gila-gila sifatnya. Aktif dalam bidang sukan dengan mewakili Kolej dan Universiti dalam beberapa acara sukan MASUM dan sentiasa sahaja diberikan tugas sebagai AJK Sukan dan Aktiviti dalam program yang kami anjurkan. Untuk semester ini, beliau memegang jawatan sebagai Exco Aktiviti yang perlu mengatur aktiviti-aktiviti di luar waktu kuliah untuk kami. Beliau juga hebat menyanyi, berpantun, berdikir barat dan yang paling penting boleh bertutur dalam bahasa siam.

Zulfazlan Jumrah, juga merupakan calon penghulu kelahiran Kulai Johor. Keupayaan beliau untuk menghasilkan karya sastera dengan baik menyebabkan beliau digelar sasterawan program kami dan beliau pernah menghasilkan beberapa buah cerpen dan sajak yang dipaparkan dalam akhbar dan sedang bergiat aktif dalam menyiapkan novelnya. (Novel pertamanya aku tak pasti dah terbit atau belum). Zulfazlan seorang yang low profile tapi antara calon yang berpotensi memegang portfolio Penghulu ini.

Mohd Irham Mohamed Rasif, merupakan calon penghulu yang seterusnya. Anak kelahiran Kulai Johor yang dikatakan menumpang populariti Mawi ini mempunyai bakat kepimpinan yang tidak boleh disangkal lagi.Antara jawatan dan kejayaan yang beliau kecapi ialah menjadi pengacara dalam majlis dan program utama kolej, Pengarah dalam penganjuran Program Kenduri Puisi 2007, Timbalan Pengarah Fiesta Warisan Pantun Tiga Penjuru (Firu’s) Interkolej dan Pendebat Terbaik Final Minggu Intelek Canselor 2007/2007. Beliau merupakan calon pilihanWalaupilihan PRUS 3 ini kerana sangat berdedikasi dengan tugasan dan tanggungjawabnya.

Mohd Khaidir Abd Wahab merupakan calon penghulu dari Perak. Walaupun ketingiannya tidak seberapa, tetapi ketingian komitmen yang diberikan amat membanggakan. Pernah mewakili universiti dalam Pertandingan Debat Kemerdekaan 2006 namun kini aktif dalam menggerakkan Kelab Rakan Siswa. Beliau mempunyai suara yang agak komersial dan sangat mementingkan penampilan dan kebersihan. Dedikasi dalam menyiapkan tugasan hingga sentiasa menjadi pilihan untuk dijadikan rakan sekumpulan tugasan. Beliau antara calon pilihan kerana komitmen dan kreadibiliti beliau menjalankan tugas yang diagihkan.

Seterusnya ialah Mohd Hasrul Selamat. Wakil calon penghulu berdarah jawa ini merupakan seorang pelajar yang low profile tapi berbakat dalam bidang kepimpinan. Sarat dengan komitmen terhadap program dan perancangan aktiviti. Walaupun tidak pernah memegang jawatan tinggi dalam program anjuran kolej dan kelab, namun beliau tenaga beliau sangat diperlukan sebagai AJK Peralatan, Logistik, Makanan, Persembahan dan sebagainya kerana beliau sangat berversatil yang mampu melakukan apa sahaja tugas yang diberikan.

Calon seterusnya ialah Mohd Zaim Sulaiman. Pelajar yang paling berusia (ex-diploma) merangkap ustaz dan abang kepada kami semua. Beliau merupakan salah seorang pelajar yang sangat mementingkan perpaduan dan beliau uga merupakan wakil tunggal lelaki yang mengambil Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran tumpuan keduanya. Memandangkan beliau bekas lepasan diploma maka tidak hairanlah jika berpengalaman luas dalam kehidupan di universiti. Pernah menjadi Pengarah untuk majlis berbuka puasa semester 4 yang lepas dan sangat berkreadibiliti dalam bidang ICT (menguruskan unit IT di Kolej Keenam).

Muhamad Husni Abdullah, atau lebih dikenali dengan gelaran manja “Apam” juga merupakan calon yang berkaliber dari Kota Sarang Semut, Kedah. Sentiasa diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai bendahari program di samping mempunyai bakat dalam bidang seni suara sebagai penyanyi nasyid dan bilal di surau kolej. Beliau juga pernah mendeklamasikan puisi di hadapan pemuisi-pemuisi antarabangsa tahun lepas. Walaupun beliau seorang yang comel, tapi beliau sangat memberi komitmen terhadap apa jua tugas yang diberikan juga sangat hebat bersilat.

Itulah dia calon Penghulu Semester yang bertanding dalam PRUS 3 bagi merebut kerusi PS (Penghulu Semester) penggal yang akan datang. Undian ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang sudi mengundi, tanpa mengira siapa anda, apa program pengajian anda, berapa umur anda dan di mana anda menetap. Anda juga tidak perlu mendaftar dengan SPR dan tidak perlu mengambil cuti. Anda boleh mengundi sebanyak mana yang anda suka dan yang pasti undilah dengan bijak. Ingatlah, nasib kami di tangan anda…
(Sumber daripada Redapples)

Saturday, March 29, 2008

Cerita masa sekolah rendah dulu...

salam...



kwn2 msti nak tau ape ceritanyekn...

hmmm... cerita ni kwn2 pun pernah lalui gak dulu..

biasa la masa kecik2 kn... mcm2 je kerenah...

ok la, slmt membaca...



- kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.salesman susu pon camtu gak.



- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.



- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm btl....



- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.



- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!



- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.



- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.



- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.



- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...



- main game 2D. super contra, supermario, street fighter, sume pakai tape.



- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.



- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...



- balik skola beli JoJo x pon Dendang.Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.



- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...



- Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles, thundercats, maskman, flashman, Gaban dan mcm lg. tapi, smpai skrg pon kwn sy suke tgk cite2 ni...



jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg x brubah,muda cume skali so kite enjoy... !!!!

Renung-renungkan...

Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H

Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.

Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan. Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.

Friday, March 28, 2008

Maafkan aku...

salam...
buat sahabat yang telah aku lukai. bukan niat nak memburukkan diri. bukan niat nak menguris hati. cuma luahan rasa hati yang terbuku dihati. smemangnya aku sgt kecewa & marah kpd ko. tapi, aku dah lama maafkan segala kesalahan ko kpd aku.. ape yang aku kecewa, ko masih spt dlu... aku tahu, aku bukan org yang layak utk bagi nasihat kat ko. itu semua hak diri ko sendiri. kadang2 aku marah dgn sikap ko yang membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan baik buruknye... ko faham ape yang aku maksudkan. x salah kta sayang kat seseorg 2..tapi bila seseorg 2 dah buat perkara yang ko sendiri x suka, nape masih nak susahkan diri ko... jgn berfikiran terlalu singkat. perjalanan hidup kta jauh lagi. kta x tahu ape yang akan terjadi pada diri kta nanti. yang penting skrg, amanah kta..tanggungjawab kta pada mak & ayah kta. pada kluarga kta pada sahabat2 kta... ape impian diorg kat kta? msti la nak tengok kta berjaya. jgn terlalu memikirkan perkara2 yang membeban kepala dgn perkara yg x penting.. 2 tahun je lagi kta kat UPM ni.. macam2 boleh terjadi. aku harap, ko akan berubah & dgr nasihat aku ni.. wlpn bkn hak aku utk menegur, tapi ko sahabat aku... aku tahu sikap ko. aku kenal ko mcm mana. Harapan aku, aku harap ko maafkan aku kerana telah menguris hati & perasaan ko... marahlah aku kalau ko nak marah.. bencilah aku kalau ko nak benci... smoga ko gembira dgn jln yg ko pilih... Maafkan aku...

Selamat menjadi kaki blogger kepada Dondey...

kwn-kwn, dondey dah buat blog dia... kwn2 bila lagi nak buat...hehe...

Kaki Blogger...

salam...
dah lama aku x update blog aku ni... InsyaAllah lps ni aku akan slalu update blog aku. hmmm.. skrg ni mmbr2 aku dah mula buat blog masing2... sama la cm aku gak.. bgs gak 2. kan skrg ni blog dah jd salah satu medium maklumat yang agak besar pengaruhnya.. Kwn2, kalau ade masa singgah la kat blog aku k... singgah kejap pun x pe. asalkan singgah je.. kita ajak mmbr kita yg lain wat blog gak... baru la best... blog2 gak... final x lama lagi wei. jgn leka sgt dgn blog k.. blog2 jugak, blaja jgn lupa...hehehe... Gud luck kpd semua kaki blogger...

Sunday, March 16, 2008

Mari Main Kira-Kira...


Cuba kira...
Salam...
Sape2 yang rasa terer dalam kira-kira cuba la kira berapa ramai org dalam gmbr kat atas 2... Bukan 2 je... cuba kira berapa ramai perempuan dan berapa ramai lelaki... ade lagi la.. cuba kira berapa ramai kaum melayu, cina, india dan kaum2 yg lain... hehehe...
cuba la k...
p/s: Aku saje2 la suruh korang kira... aku pun x tau sbnrnya... just utk suka2 je...




Sunday, March 9, 2008

Aku bermula disini...

assalammualaikum...

aku bermula di sini...
jam ini...
hari ini...
dan waktu ini...
mungkin aku perlu bermula dari masa ini...
dan permulaan aku ini...
permulaan yang suci...
lagi abadi...
bermulanya aku...
dan di akhirnya aku...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker