Sahabat@Dusun Bayu

Thursday, June 26, 2008

1 PINGAT EMAS OLIMPIK = RM 1 JUTA?

Assalammualaikum w.t.b. dan salam sejahtera…

Lebih kurang 3 bulan lagi akan bermulanya arena sukan paling besar di dunia iaitu Sukan Olimpik 2008. Edisi Olimpik 2008 pada kali akan berlangsung di sebuah Negara Asia yang terkenal dengan kepadatan penduduknya iaitu di Beijing China. Sudah pasti semua atlet yang akan bertanding pada temasya kali ini telah bersedia untuk memecahkan rekod dunia dan seterusnya mengharumkan nama negara mereka. Tidak terkecuali dengan negara kita sendiri iaitu Malaysia. Malaysia akan menghantar 33 orang atlet untuk menyertai 10 acara sukan seperti memanah, olahraga, badminton, berbasikal, renang, gimnastik, wushu dan lain-lain.

Atlet-atlet yang mewakili negara kita ini pastinya akan berjuang dengan sepenuh tenaga mereka untuk membawa pulang pingat sukan olimpik yang sangat diharapkan. Pada 24 Jun 2008 yang lepas satu berita baik untuk para atlet olimpik negara telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Berita baik yang dimaksudkan ialah insentif yang akan diberikan kepada atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat emas olimpik di Bejing nanti. Ganjaran RM 1 JUTA untuk SEBUTIR PINGAT EMAS OLIMPIK sudah pastinya akan membakar semangat atlet negara untuk bersaing dengan atlet dari negara lain untuk mendapatkan pingat emas dalam acara sukan yang disertai mereka. Ganjaran ini juga akan menjadi pendorong untuk atlet negara kita mengharumkan nama negara Malaysia ini.


Selain insentif RM 1 juta itu, atlet-atlet yang memenangi pingat perak dan gangsa akan mendapat RM 300, 000 dan RM100, 000 setiap seorang. Bagi pasukan yang memenangi pingat emas, setiap pemain akan meneima insentif minimum RM150, 000. Pencen bulanan yang akan diterima oleh pemenang pingat sukan olimpik juga dinaikkan daripada RM3000 kepada RM5000 bagi pemenang pingat emas. Bagi pemenang pingat perak pula dinaikkan daripada RM1500 kepada RM3000 dan RM2000 bagi pemenang pingat gangsa (sebelum ini RM1000).

Namun bergitu, timbul juga persoalan sama ada wajar atau tidak ganjaran RM 1 juta untuk satu pingat emas yang akan diberikan kepada atlit negara yang berjaya membawa pulang pingat emas olimpik 2008 nanti. Ada yang berpendapat bahawa ganjaran RM 1 juta untuk satu pingat emas tersebut sangat terlampau dan tidak kena pada tempatnya. Ada juga mengatakan bahawa ganjaran yang besar seperti itu lebih elok disalurkan ke tempat-tempat yang lebih memerlukan seperti anak-anak yatim, orang-orang miskin dan sebagainya. Tambahan pula kos hidup yang semakin meningkat sudah pastinya akan menjadikan hidup mereka bertambah susah. Justeru, banyak pihak yang tidak berapa setuju dengan ganjaran yang dijanjikan tersebut.

Tidak salah sekiranya hendak memberikan insentif yang lumayan kepada atlet yang berjaya memenangi pingat sukan olimpik. Tetapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya.

Memang tidak dinafikan ganjaran tersebut sangat lumayan. Hal ini kerana sekiranya atlit negara berjaya membawa pulang pingat emas olimpik 2008, maka mereka akan bergelar jutawan dalam sekelip mata. Harapan saya agar atlit negara yang akan ke Beijing nanti berjuang bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negara di persada dunia dan bukan semata-mata untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka. Akhir sekali, majulah sukan untuk negara.


wang berbilion-bilion tidak mampu membeli secebis maruah...

Tuesday, June 24, 2008

SESI BAHARU(2008/2009) DAH TIBA...BERSEDIALAH...

Salam...

Sudah agak lama jugak aku x update blog ni. Maklumlah cuti pjg. duk kat rumah plak 2. nak g cc pun kurang rajin.bkn malas k...hehe... Lbh kurang 2 minggu lagi dah nak stat sem baru. Bagi sape2 yg tgh seronok bercuti 2, bsedia la k.tmsk la aku ni.hehe... Bdk2 junior x lama lagi nak msk dah kat kolej. Yg senior 2, mcm biasa la. get ready utk smbt bdk junior.

Kpd semua pembantu universiti, jalankan amanah dgn baik k. pastikan kolej canselor sentiasa mjd kolej contoh dan kolej yg terbaik semasa pendaftaran pelajar baharu. So, PU kne la bsedia gak k... x ckp tdo la korang nanti. Pengganti aku sbg fasi disiplin, kne la mula ambik feel dr skrg. baru la menjadi nanti...

Selamat menjalankan tugas kpd pembantu universiti semua... dan kepada pelajar2 baharu yg akan msk, Tahniah diucapkan... Jumpa nanti k...

ok la, nanti la aku update lagi blog ni.. byk entri br sbnrnye. cuma sempat nak mskkan.hehe..


Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker