Aku menulis
bukan kerana
aku puitis...
Aku menulis
kerana hati
yang sedang
menangis...
Aku berkata
bukan kerana
aku pujangga...
Aku berkata
kerana hati
yang sedang
terluka…
Aku menulis
bukan kerana
aku puitis...
Aku menulis
kerana hati
yang sedang
menangis...
Aku berkata
bukan kerana
aku pujangga...
Aku berkata
kerana hati
yang sedang
terluka…

"Rasa2nye, berape banyak la buah pisang yg ade kat setandan pisang 2 ye...?"
"Semua yg berlaku di dunia ini adalah dengan izin Allah SWT..."
Selain insentif RM 1 juta itu, atlet-atlet yang memenangi pingat perak dan gangsa akan mendapat RM 300, 000 dan RM100, 000 setiap seorang. Bagi pasukan yang memenangi pingat emas, setiap pemain akan meneima insentif minimum RM150, 000. Pencen bulanan yang akan diterima oleh pemenang pingat sukan olimpik juga dinaikkan daripada RM3000 kepada RM5000 bagi pemenang pingat emas. Bagi pemenang pingat perak pula dinaikkan daripada RM1500 kepada RM3000 dan RM2000 bagi pemenang pingat gangsa (sebelum ini RM1000).
Namun bergitu, timbul juga persoalan sama ada wajar atau tidak ganjaran RM 1 juta untuk satu pingat emas yang akan diberikan kepada atlit negara yang berjaya membawa pulang pingat emas olimpik 2008 nanti. Ada yang berpendapat bahawa ganjaran RM 1 juta untuk satu pingat emas tersebut sangat terlampau dan tidak kena pada tempatnya. Ada juga mengatakan bahawa ganjaran yang besar seperti itu lebih elok disalurkan ke tempat-tempat yang lebih memerlukan seperti anak-anak yatim, orang-orang miskin dan sebagainya. Tambahan pula kos hidup yang semakin meningkat sudah pastinya akan menjadikan hidup mereka bertambah susah. Justeru, banyak pihak yang tidak berapa setuju dengan ganjaran yang dijanjikan tersebut.
Tidak salah sekiranya hendak memberikan insentif yang lumayan kepada atlet yang berjaya memenangi pingat sukan olimpik. Tetapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya.
Memang tidak dinafikan ganjaran tersebut sangat lumayan. Hal ini kerana sekiranya atlit negara berjaya membawa pulang pingat emas olimpik 2008, maka mereka akan bergelar jutawan dalam sekelip mata. Harapan saya agar atlit negara yang akan ke Beijing nanti berjuang bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negara di persada dunia dan bukan semata-mata untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka. Akhir sekali, majulah sukan untuk negara.
| Salam... Sudah agak lama jugak aku x update blog ni. Maklumlah cuti pjg. duk kat rumah plak 2. nak g cc pun kurang rajin.bkn malas k...hehe... Lbh kurang 2 minggu lagi dah nak stat sem baru. Bagi sape2 yg tgh seronok bercuti 2, bsedia la k.tmsk la aku ni.hehe... Bdk2 junior x lama lagi nak msk dah kat kolej. Yg senior 2, mcm biasa la. get ready utk smbt bdk junior. Kpd semua pembantu universiti, jalankan amanah dgn baik k. pastikan kolej canselor sentiasa mjd kolej contoh dan kolej yg terbaik semasa pendaftaran pelajar baharu. So, PU kne la bsedia gak k... x ckp tdo la korang nanti. Pengganti aku sbg fasi disiplin, kne la mula ambik feel dr skrg. baru la menjadi nanti... Selamat menjalankan tugas kpd pembantu universiti semua... dan kepada pelajar2 baharu yg akan msk, Tahniah diucapkan... Jumpa nanti k... ok la, nanti la aku update lagi blog ni.. byk entri br sbnrnye. cuma sempat nak mskkan.hehe.. |