Sahabat@Dusun Bayu

Monday, September 13, 2010

Berita Terkini Penemuan Empat Mayat Rentung Di Morib: Polis Sahkan Datuk Sosilawati Dan Tiga Lagi Dibunuh Dan Dibakar

Salam...

BERITA TERKINI PENEMUAN EMPAT MAYAT RENTUNG DI MORIB:
POLIS SAHKAN MAYAT-MAYAT TERSEBUT DATUK SOSILAWATI SERTA TIGA LAGI YANG LAIN.

Sosilawati Dan Tiga Lagi Dibunuh Dan Dibakar
BANTING, 12 Sept (Bernama) -- Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.

Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar 'Datuk', telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri pada sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat.

Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia.

"Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis," katanya.

Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan.

Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya.

Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

" Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

"Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan," katanya.

Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk.

Sumber: Bernama

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa...

Sekian...

~~~...Terungkai sudah misteri kehilangan Datuk Sosilawati serta 3 orang yg lain...~~~

Sunday, September 12, 2010

Berita Terkini Penemuan Empat Mayat Rentung Di Morib: Sidang Media Khas Telah Diadakan

Salam...

BERITA TERKINI:
Penemuan Empat Mayat Rentung Di Morib: Sidang Media Khas Telah Diadakan

Sidang media khas mengenai penemuan empat mayat rentung di Tanjung Sepat, Morib telah diadakan sebentar tadi.
Sidang media tersebut dijangka akan menjawab persoalan mengenai penemuan empat mayat yang rentung di ladang kelapa sawit di Tanjung Sepat, Morib...
Persoalan masih lagi belum terjawab sama ada empat mayat yg dijumpai tersebut merupakan Datuk Sosilawati serta 3 orang yg lain...

Suspek yg ditahan telah mengaku membunuh dan membakar Datuk Sosilawati, pegawai bank, peguam dan pemandunya.
Namun, pihak polis masih menunggu keputusan DNA mayat yg dijumpai...

Pelbagai spekulasi telah dikeluarkan dengan mengatakan bahawa mayat yg dijumpai tersebut merupakan jutawan kosmetik serta 3 org yg lain...
Pihak polis juga telah menahan reman empat orang suspek bagi membantu siasatan...
Mereka turut dibawa ke pantai di Morib yg dikatakan tempat mereka membuang abu mangsa...
Wartawan media masih lagi belum mendapat sebarang maklumat dan gambaran sebenar di tempat kejadian kerana dikawal ketat oleh pihak polis...
Sama-samalah kita menunggu berita mengenai kes ini dari semasa ke semasa...
Sekian dulu untuk kali ini...

~~~...Org ramai terutamanya blogger dimohon supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yg akan mengganggu tugas polis...~~~

Berita Terkini Penemuan Empat Mayat Rentung Di Morib

Salam....

BERITA TERKINI: PENEMUAN EMPAT MAYAT RENTUNG DI MORIB

(Sumber gambar: Encik Google)

Selamat pagi kepada semua...
Pagi tadi saya sempat melihat berita terkini mengenai penemuan empat mayat rentung di Morib...
Berita terkini tersebut mengatakan bahawa
empat mayat yg rentung tersebut telah dijumpai berhampiran dengan ladang kelapa sawit
di Tanjung Sepat, Morib...
Penemuan empat mayat rentung ini dikatakan ada kaitan dengan kehilangan ahli perniagaan kosmetik iaitu Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang lagi yg bersama dengannya sebelum dilaporkan hilang...
Pihak polis belum dapat lagi dapat mengenal pasti mangsa & akan menjalankan siasatan serta ujian DNA...
Setelah berita ini tersebar luas di media & di internet, ramai wartawan telah berkumpul di lokasi kejadian untuk mendapatkan berita & gambaran yg lebih jelas...
Namun, pihak polis telah menutup jalan untuk ke kawasan kejadian...
Penahanan 7 orang termasuk seorang peguam yg bergelar Datuk telah membantu penemuan mayat rentung tersebut...
Adakah mayat rentung tersebut adalah Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 org yang lain?
Apakah kaitan peguam yg bergelar Datuk tersebut dengan kes ini?
Sama-samalah kita nantikan berita yg seterusnya...

Pihak polis mengingatkan kepada org ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai penemuan empat mayat rentung tersebut...
Hal ini adalah bagi menghormati keluarga mangsa...

Sekian dulu untuk kali ini...

Saya melaporkan untuk Poet Dusun Bayu...
Hehe...

Macam wartwan pulak dah...

~~~...Sama-samalah kita tunggu berita terkini dari semasa ke semasa k...~~~

Datuk Sosilawati Lawiya Dibunuh, 7 Orang Ditahan.

Salam...

Ini merupakan berita terbaru yg Poet Dusun Bayu dapat...

Datuk Sosilawati Dibunuh, 7 Orang Ditahan


KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.


Untuk berita yg lebih lanjut, belilah Utusan Malaysia esok...
Pastikan juga anda tidak ketinggalan untuk menonton berita esok...

Takizah kepada keluarga mangsa
&
Al-Fatihah kepada semua mangsa...

~~~...Sangat memilukan kes ini...~~~

Mayat Datuk Sosilawati Dijumpai?

Salam...

Agak terkejut dengan berita penemuan empat mayat rentung di sebuah ladang kelapa sawit di Morib...
Enam orang suspek telah ditahan untuk disoal siasat...
Penemuan empat mayat ini dikatakan ada kaitan dengan 
kes kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 orang yang lain...


Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi memastikan DNA mangsa rentung tersebut...
Sekiranya DNA mangsa sama dengan Datuk Sosilawati & 3 org lagi yg lain, maka terungkailah misteri kehilangan mereka...

Agak sedih juga sekiranya setelah 10 hari kehilangan mereka berakhir 
dengan kejadian yg menyayatkan hati ini...

Apa-apa pun, kita tunggu berita yg lebih lanjut mengenai penemuan empat mayat rentung ini nanti...
Takziah kepada keluarga mangsa....

Sekian...

~~~...Sedih dengan kekejaman manusia sekarang...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker