Sahabat@Dusun Bayu

Showing posts with label Temu Duga. Show all posts
Showing posts with label Temu Duga. Show all posts

Friday, October 1, 2010

Oktober Menjelma Lagi

Salam...

Selamat pagi semua...

Alhamdulillah.. Sudah masuk bulan Oktober...

Ada apa dengan bulan Oktober ni...?

Semalam 30 September 2010, keputusan temu duga penempatan guru dah keluar...

Syukur Alhamdulillah.... Saya BERJAYA...
Syukur sangat-sangat...

Lepas ni tunggu posting je lagi...
Hehe...

Hari ni 1 Oktober 2010...
Saya akan terbang ke LCCT...
Tinggal beberapa jam sahaja lagi...
Barang-barang pun dah kemas dah...
Dah lama tak naik belon...
Hehe...

2 Oktober 2010...
Ada Majlis Gemilang Graduan Aidilfitri di Kolej Canselor, UPM...
Program meraikan alumni Kolej Canselor...

8 Oktober 2010...
Ayahanda & Bonda berangkat ke LCCT...
Tujuan mereka dtg ke UPM sebab menghadiri majlis konvokesyen saya...
Hehe...

12 Oktober 2010...
Hari Konvokesyen saya...
Kepada sahabat-sahabat...
Sila la datang...
Bawak bunga k...
Hehe...

InsyaAllah, saya akan bawa Ayahanda & Bonda pegi jalan-jalan 
sebelum mereka balik ke Kuching semula
pada 13 Oktober 2010...

18 OKTOBER 2010...
Hari Ulang Tahun Kelahiran Saya...
Hehe...
Ingat lagi tak wishlist untuk hadiah besday saya?
Hehe...
Sila ingat k...
Kalau tak ingat, sila cari lagi kat entri-entri yg lepas...
Huhu...

20 Oktober 2010...
Saya akan terbang semula ke Kuching, Sarawak...
Entah bila akan ke Semenanjung lagi...
Huhu...

Baiklah, saya nak beradu awal malam ni...
Doakan saya selama pergi & selamat kembali k...

Adios...

~~~... Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat saya & si dia...Huhu...~~~

Thursday, September 30, 2010

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA PENGAMBILAN GURU SANDARAN TERLATIH (GST)

Salam...

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA 
PENGAMBILAN GURU SANDARAN TERLATIH  (GST)

Urusan semakan ini adalah bagi calon-calon temu duga pada 2 hingga 6 Ogos 2010 sahaja.
Bagi calon-calon temu duga yang dijalankan pada 17-19 Ogos 2010, urusan pengemaskinian dan pemarkahan sedang dilaksanakan.

 Untuk menyemak keputusan temu duga anda, klik pada pautan di bawah...


Tahniah kepada yang berjaya...

Kepada yg tidak berjaya...

Anda boleh memohon untuk di temu duga lagi...


Klik pautan di atas untuk memohon...

Tarikh Permohonan : 1 September 2010 - 6 Oktober 2010
Permohonan dibuka kepada graduan pendidikan keluaran IPTA sahaja
Tarikh semakan temu duga dijadualkan pada 18 Oktober 2010 - 22 Oktober 2010

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker