Sahabat@Dusun Bayu

Sunday, September 19, 2010

Rakan Datuk Sosilawati Ditemui Mati Tergantung

Salam...

Alhamdulillah...
Dapat juga saya update blog hari ini...
Untuk entri kali ini, Poet Dusun Bayu ingin kongsikan satu berita daripada Kosmo Online...
Mungkin ada di antara anda yg sudah membaca mengenai berita ini...
Apa-apa pun, Poet Dusun Bayu ingin kongsikan juga...Hehe...

RAKAN SOSILAWATI DITEMUI MATI TERGANTUNG
BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.

Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.

Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.
 Sumber gambar: Kosmo

Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.

Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya.

Sumber: Kosmo

Macam-macam yang berlaku kebelakangan ini...
Huhu...

Takziah kepada keluarga arwah...
&
Al-fatihah kepada arwah...

~~~...Semoga pembunuh kejam Datuk Sosilawati dihukum sewajarnya...~~~

Friday, September 17, 2010

Gambar Buah Hatiku Maya Danisha

Salam...

Sudah seminggu kita berhari raya...
Baru hari ini saya ada kesempatan untuk mengupload gambar raya di Facebook...
Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat...
Hehe...

Sahabat-sahabat nak tengok tak gambar buah hati saya...?
Hehe...

Tengok la k...

Inilah gambar buah hati saya... Namanya Maya Danisha... Anak buah saya... Hehe...

Comel tak buah hati saya ni...?
Hehe...

Jangan jeles k...

Sekian...

~~~...Setelah melihat peluang di depan mata... Aku harap impian aku akan menjadi kenyataan...~~~

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat...?
Semoga dalam keadaan sihat-sihat sahaja...
Untuk entri kali ini Poet Dusun Bayu tidak ada berkaitan dengan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati...
Entri kali ini Poet Dusun Bayu ingin mengucapkan

SELAMAT HARI MALAYSIA

(Sumber Gambar: Encik Google)

kepada seluruh warganegara Malaysia...
Tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Ulu dan kaum-kaum yang lain...
Walaupun kaum kita berbeza, namun kita tetap

1Malaysia...

(Sumber Gambar: Encik Google)

Semoga keamanan dan keharmonian negara kita akan berkekalan sampai bila-bila...

Sekian...

~~~...Saya benci dengan pembunuh bangsa Malaysia...~~~

Wednesday, September 15, 2010

Gambar Suspek Utama Kes Bunuh Datuk Sosilawati Dan Tiga Yang Lain (Gambar)

Salam...

Sejak penemuan empat mayat rentung di Morib, entri Poet Dusun Bayu hanya berkisar mengenai Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati dan Tiga yang Lain...
Kalau sebelum ini hanya mengenai misteri kehilangan Datuk Sosilawati dan Tiga yang Lain, Poet Dusun Bayu tidak terlalu mengikuti perkembangan kes ini...
Tetapi, setelah disahkan penemuan empat mayat rentung di Morib merupakan jutawan kosmetik tersebut serta tiga yang lain, Poet Dusun Bayu terus memfokuskan kes ini menjadi entri utama sekarang ini...

Maklumat semuanya berada dihujung jari...
Sebelum pihak polis mengeluarkan kenyataan mengenai kes ini, di internet telah mula tersebar dengan pantasnya...
Zaman serba maju dan pantas ini menjadikan internet sebagai medium utama penyebaran berita terkini mengenai kes pembunuhan kejam ini...
Poet Dusun Bayu ada juga menjenguk beberapa laman web mengenai kes ini...
Sehinggakan sudah ada yg dapat nama penuh suspek utama & nama adiknya serta gambar mereka sekali...
Sebab itulah saya katakan semuanya hanya dihujung jari sahaja...
Bagi blogger yg kreatif, mereka akan cuba mendapatkan maklumat mengenai suspek kes bunuh kejam ini dengan pelbagai cara...
Antaranya dengan mencari maklumat di The Malaysian Bar Council (Badan Peguam Malaysia)
setelah mengetahui bahawa suspek tersebut merupakan seorang peguam di Banting yang telah digantung amalan guamannya...
Setelah mendapat nama mereka, para blogger akan cuba mencari di laman sosial...
Seperti Facebook, Twiter dan sebagainya...
Memang kreatif para blogger mencari maklumat mengenai kes pembunuhan yang mendapat perhatian seluruh negara ini...
Ada juga yg membuat kumpulan mengenai Dato Pathmanabhan Nalliannen di Facebook...
Apa yg saya hendak ingatkan kepada orang ramai ialah agar tidak menimbulkan isu perkauman mengenai kes ini... Tidak ada isu perkauman yg harus dibangkitkan... Kerana kes pembunuhan kejam ini adalah kes pembunuhan tulen...
Gambar Suspek Utama Kes Pembunuhan Kejam Datuk Sosilawati dan Tiga yang Lain.
Dato Pathmanbhan Nalliannen (Gambar ini diambil daripada Facebook dia)

Adiknya... Surendran Nalliannen (Gambar diambil daripada Facebook)
Di mana-mana sahaja bercerita mengenai kes ini...
Pukul 8 malam semua berkumpul di hadapan tv untuk menonton berita...
Sesungguhnya, pembunuhan kejam seperti ini sangat memeranjatkan seluruh rakyat negara kita...

Sekian...

~~~...Jangan libatkan isu perkauman dalam kes ini...~~~

Tuesday, September 14, 2010

Berita Terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati: Bahan Bukti Pembunuhan Datuk Sosilawati dan Tiga Yang Lain

Salam...

BERITA TERKINI KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI:
BAHAN BUKTI PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI DAN TIGA YANG LAIN

 (Sumber Gambar: Berita Harian)

Operasi Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati Diteruskan
BANTING, 13 Sept (Bernama) -- Pasukan penyelam Polis Marin Isnin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di sini.

Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang tadi dan berakhir pada pukul 7 malam ini. Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyertai operasi itu.

(Sumber Gambar: Harian Metro)

Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.

Semasa operasi itu dijalankan, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala LUmpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.
Sumber: Bernama

Sekian...

~~~...Penatnya beraya semalam..Huhu...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker