Sahabat@Dusun Bayu

Tuesday, September 14, 2010

Berita Terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati: Bahan Bukti Pembunuhan Datuk Sosilawati dan Tiga Yang Lain

Salam...

BERITA TERKINI KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI:
BAHAN BUKTI PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI DAN TIGA YANG LAIN

 (Sumber Gambar: Berita Harian)

Operasi Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati Diteruskan
BANTING, 13 Sept (Bernama) -- Pasukan penyelam Polis Marin Isnin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di sini.

Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang tadi dan berakhir pada pukul 7 malam ini. Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyertai operasi itu.

(Sumber Gambar: Harian Metro)

Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.

Semasa operasi itu dijalankan, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala LUmpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.
Sumber: Bernama

Sekian...

~~~...Penatnya beraya semalam..Huhu...~~~

5 comments:

Gee said...

such an inhuman act..lebih teruk dari binatang sipembunuh dan siperancang..extreme cruelty

Malek Ku said...

visit...sosilawati tuh dh mati kot...~~

Azwandy Bin Muhamad said...

@Gee Memang kejam lah diorg tu...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Malek Ku Tu la... Polis dah sahkan pun...

Unknown said...

dh sah ke identity depa nih.. gosh.. mmg kejam la...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker