Sahabat@Dusun Bayu

Thursday, September 9, 2010

Sambut Hari Raya Aidilfitri Awal... Sembilan Orang Ditahan Di Perlis

Salam...

Alhamdulillah...
Hari ini sudah 30 Ramadan...
Setelah melihat pengumuman Hari Raya yang dibuat tadi...
Maka...

Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada:

10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431H....
Hari Jumaat....

Khabar angin yang mengatakan bahawa hari ini raya tidak tepat sama sekali....

Yang lebih memeranjatkan lagi apabila 9 orang telah ditahan oleh Majlis Agama Islam Perlis...
Kerana menyambut 1 Syawal pada hari ini...
Mereka yang ditahan dikatakan telah melakukan solat sunat aidilfitri & membaca khutbah aidilfitri...

 Sembilan Ditahan Kerana Sambut Aidilfitri Pada Rabu
 KANGAR, 8 Sept (Bernama) -- Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, Rabu.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada pukul 8.30 pagi.

Semasa ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.

Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.

Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.

Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53.

-- BERNAMA
Sumber: Bernama

Macam-macam sahaja yg berlaku sekarang ini...

Sama-sama kita fikirkannya...

Salam Lebaran

daripada

POET DUSUN BAYU

Sekian...

~~~...Selamat hari raya... Hari untuk kita bersuka ria... Selamat kamu ucapkan... Untuk kita bila sampai tahun depan...Hehe...~~~

10 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

mazhab mana la xtau depa ni belajaq

Azwandy Bin Muhamad said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr X tau la mazhab mana yg depa ikut...huhu...

Oda Willy said...

kalo ye pon excited...bawa2 besabar ye pakcik makcik..abg2..raya sama2 ngn umat Islam yg lain...

nor liyana sanaa said...

adoi..kes x sabaq nak raya mcm ni la..
nak melaram baju raya gamaknyew..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

selamat hari raya adilfitri..maaf ats segala salah dan silap..hehe

Azwandy Bin Muhamad said...

@Lurunna Tu la...x sabo2 nak beraya...adoi... sia2 je puasa sebulan...huhu...

Azwandy Bin Muhamad said...

@nor liyana sanaa Ye la kot..hehe...

Azwandy Bin Muhamad said...

@FIFIEY LYCHEE MARATION Selamat hari raya aidilfitri utk kamu juga...

HaN WarreN said...

selamat hari raye :)

Azwandy Bin Muhamad said...

@HaNTwO Selamat Hari Raya utk kamu juga...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker