Sahabat@Dusun Bayu

Thursday, September 2, 2010

Tidur Mati Tak Sedar Diri & Landasan Setia I

Salam...

Alhamdulillah saya masih bernyawa ketika ini...
Alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat kepada saya...
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 23 ramadan...
Syukur pada-Mu ya Allah...

Kepada sahabat-sahabat blogger saya memohon maaf kerana tidak dapat singgah-menyinggah ke halaman blog sahabat semua semalam kerana pada jam 9.30 malam saya sudah tertidur. Kalau sudah tertidur itu maknanya tidak sengaja tidurlah...Hehe...
Barangkali juga penat...
Saya juga ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang mengirim SMS dan menelefon saya kerana saya memang tidak sedarkan diri...
Sebab itulah tajuk entri saya kali ini
Tidur Mati Tak Sedar Diri...
Bukan saya tidak sedar diri...
Tapi, tidak sedar dengan apa yg berlaku di sekeliling saya...
Hehe..

Untuk entri kali ini, Poet Dusun Bayu hendak kongsikan sebuah lagi sajak hasil karya saya semasa berada di Tingkatan 6 dahulu... Kira-kira lima tahun yang lepas... Sajak ini telah dimuatkan ke dalam Majalah Sekolah saya iaitu Suara Openg 2005.. Sajak ini juga telah dipertandingan untuk pertandingan menulis sajak anjuran Dewan Bahasa & Pustaka Negeri Sarawak... Tapi, tidak membawa pulang apa-apa kemanangan... Bagi saya, kemenangan itu tidak penting. Tetapi yang penting adalah apa yg saya cuba sampaikan itu sendiri adalah lebih penting... Semoga sahabat-sahabat dapat memahami apa yg saya cuba sampaikan melalui sajak ini...

 Ini landasan kereta api... Hehe... (Sumber gambar: Encik Google)

LANDASAN SETIA I(satu)

Aku masih lagi di landasan itu
Walaupun adakalanya
Aku terbabas kerana
Kelalaianku sendiri.

Aku masih lagi
Berada di landasan itu
Walaupun adakalanya
Aku ingin keluar daripadanya.

Aku masih lagi
Bergerak di landasan itu
Walaupun adakalanya
Aku ingin berhenti sendiri.

Aku masih lagi
Ada di landasan itu
Dan aku pasti
Landasan itu juga
Setia kepadaku.

Landasan itu akan
Membawaku kepada kejayaan
Kepada kesenangan
Kepada kebahagiaan
Kepada Tuhan
Dan aku yakin
Perjalananku di landasan itu
Masih lagi jauh.

Walaupun adakalanya
Aku terbabas dari landasan itu
Aku tetap juga berpaut padanya
Demi mencapai kejayaan yang dicita.

Sesekali aku cuba keluar
Dari landasan itu....
Namun, arahku di landasan itu
Masih lagi satu tanpa jemu
Dan kejayaan menantiku menjadi tetamu.

Azwandy Muhamad
6 Atas Angsana 2005

Itulah sajak yang saya hendak kongsikan dengan sahabat-sahabat...
Pada saya, sangat senang untuk memahaminya...
Setiap hidup kita pasti ada landasannya sendiri...
Tidak kiralah landasan agama, landasan kejayaan, landasan kebahagiaan. landasan cinta, landasan kereta api...Hehe...
Yang pastinya, pilihlah landasan yang betul...
Agar hidup anda akan senang sentiasa...

Sajak Landasan Setia I(satu) ini merupakan pemangkin semangat saya untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM dahulu...
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya mencapai kejayaan yg dicita...

Semasa berada di Universiti Putra Malaysia saya juga telah menulis sebuah lagi sajak iaitu Landasan Setia II(Dua) yang merupakan kesinambungan daripada sajak Landasan Setia I...
Sudah pastinya sajak Landasan Setia II merupakan pemangkin semangat untuk saya mencapai kejayaan menggenggam segulung Ijazah...
Alhamdulillah... Dengan izin-Nya juga, 12 Oktober 2010 ini saya akan bergraduat & memperoleh Ijazah iaitu Bacelor Pendidikan(Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)..
Sajak Landasan Setia II akan saya kongsikan nanti...

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita semua...

Sekian dulu daripada saya...

Adios...

~~~...Dia mungkin sedang bersusah hati... Semoga dia tabah menempuhi segala permainan hidup ini...~~~

6 comments:

QERY HASAN said...

xsabar wan nak baca sajak yg part two tu..

Azwandy Bin Muhamad said...

@wanhairi nanti sy wat entri utk yg part II plak k... x ingat sajak tu letak kat dlm kotak yg mana..huhu...

QERY HASAN said...

mesti bertimbun2 sajak die nih.. huhu

Anonymous said...

beliau bkn saje pndai menyanyi malahan pndai menulis sajak. oh! ;)

Azwandy Bin Muhamad said...

@wanhairi xdela menimbun pon...ckit je..

Azwandy Bin Muhamad said...

@sue@p.l.e.i.a.d.e.s Saya pandai menyanyi ke?hehe...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker