Sahabat@Dusun Bayu

Monday, July 19, 2010

Pokok Bunga Hiasan Beracun

Salam...

Semalam g jalan2 kat blog Buaya-Merah...
Mcm biasalah, mmg ada saja info yg menarik kat blog tu...
Poet Dusun Bayu pon nak share info penting drpd blog tu...
Kalau nak tau byk lagi, jenguk la blog tu k...

Ni la yg aku nak kongsikan...

Pokok Bunga Hiasan Beracun...!

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Sumber: Blog Buaya-Merah

~~~...Kat rumah aku pon ade bunga hiasan ni..~~~

Saturday, July 17, 2010

Pengumuman Penting!!!

Salam...

Ada dua (2) pengumuman penting saya nak kongsikan sini...

Khas untuk sahabat-sahabat bakal pendidik

&

sahabat-sahabat yang bakal bergraduat Oktober ini...

Saya mulakan dengan pengumuman mengenai konvokesyen dulu...

PENGUMUMAN PENTING!

Kepada semua bakal graduan yang akan menyertai Majlis
Konvokesyen UPM ke-34 tahun 2010, saudara/saudari adalah
diwajibkan menghantar gambar terkini dalam bentuk salinan lembut
(softcopy) untuk tujuan sistem paparan nama graduan.
Gambar tersebut hendaklah:

i) bersaiz 4 sm x 5.5 sm;
ii) bersaiz fail tidak melebihi 5Mb;
iii) memasukan nama fail seperti berikut:(no.matrik).jpg;
iv) disertakan maklumat nama, no. matrik dan program
pengajian; dan
v) dihantar ke alamat e-mel berikut: konvo@putra.upm.edu.my

Tarikh akhir penghantaran gambar adalah pada 15 Ogos 2010.
Sekiranya gambar tidak diterima sehingga tarikh tersebut, UPM hanya
akan menggunakan gambar lama daripada kad pintar pelajar
(sekiranya masih ada). Sekiranya tiada, gambar bakal graduan tidak
akan dipaparkan semasa majlis konvokesyen berlangsung.
Sekian, harap maklum.

Sumber:
Urus Setia

Majlis Konvokesyen UPM ke-34
15 Julai 2010

Maklumat lanjut klik kat sini...

...........................................................................

Itu adalah pengumuman pertama...

Pengumuman kedua ni plak khas utk sahabat-sahabat bakal pendidik...

Penangguhan Tarikh Semakan Panggilan Temu Duga
Guru Sandaran Terlatih Siswazah Harap maaf, semakan panggilan temu duga Guru Sandaran
Terlatih Siswazah Keluaran IPTA bagi sesi permohonan 1 - 30 Jun 2010
hanya boleh disemak mulai 27 Julai 2010.
Segala kesulitan amat dikesali.

-Bahagian Pengurusan Sumber Manusia-
-Kementerian Pelajaran Malaysia-

Maklumat lanjut klik kat sini...

.............................................................

Itu la pengumumannya...

Maklumkan kepada sahabat-sahabat yg berkenaan k...

Sekian...

Thursday, July 15, 2010

Cubaan Pertama

Salam...

Bosan sgt hari ni...

Jadi, aku isi masa dgn edit gambar...

Tapi, edit satu gambar je...

Hasilnya...

Ni la hasilnya...

Berjaya meng"kembar"kan diri...

Hehe...

Kepada blogger2 yg baru singgah ke blog

Poet Dusun Bayu...

Selamat Datang diucapkan...

Hehe...

~~~...Kenape aku ingat kat dia je..Huhu...~~~

Tuesday, July 13, 2010

Kemuliaan Bulan Syaaban

Salam...

Alhamdulillah. Bulan Syaaban datang lagi. Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
2. Keperkasaan dan ketinggian.
3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
4. Kasih-sayang dan kemesraan.
5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


Antara Peristiwa Pada Bulan Syaaban

1. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


Antara Amalan Pada Bulan Syaaban

Memperbanyak puasa sunat

Saidatina Aisyah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berzikir & Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah. (Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat. (Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa. (Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat & Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur: ayat 31).

Kelebihan Malam Nifsu Syaaban

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah. (Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

Menghidupkan Malam Nifsu Syaaban

Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.

Sumber: Blog Sharing is Caring

~~~...Sebulan lagi menuju ke bulan Ramadan...~~~

Monday, July 12, 2010

Tahniah Sepanyol

Salam...

Semalam tamatlah World Cup 2010...

Pastinya semua dah tahu team mana yg menang...

Tahniah kepada pasukan Sepanyol kerana menjadi negara kelapan yg menjuarai kejohanan bola sepak terbesar dunia itu...

Sememangnya Sepanyol layak menang kerana mempamerkan persembahan yang sangat menarik dan tersusun berbanding Belanda...

Kepada pasukan Belanda...

Kalah x semestinya mengalah...

Boleh cuba 4 tahun lagi di Brazil k...

Tahniah Sepanyol...

Sotong octopus ni selamat la x kne masak...

Hehe...

Kalau goreng pon sodap....

Hahaha...

World Cup 2010 dah habis...

xda alasan la nak tdo lambat lagi...

Sunyi la kedai2 mamak lepas ni...

Hehe...

Waka wa ka ka...

Adigos...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker