Sahabat@Dusun Bayu

Sunday, January 2, 2011

Selamat Hari Lahir Kepada Bondaku

Salam...

Entri ini khas untuk bonda saya...
2 Januari 2011..
Sempena Hari Lahirnya yang Ke-51...
Walaupun dah berusia 51 tahun, tapi bonda saya masih lagi nampak muda...
Hehe...

Bonda...
Anakanda nak ucapkan selamat hari lahir yg ke-51 tahun kepada bonda...
Semoga bonda dipanjangkan usia & sihat-sihat selalu...
Anakanda doakan semoga bonda sentiasa gembira selalu disamping ayahanda & keluarga...

Bonda...
Anakanda nak ucapkan jutaan terima kasih kerana telah membesarkan anakanda dengan penuh kasih sayang...
Terima kasih kerana pengorbanan yang bonda & ayahanda lakukan untuk anakanda...
Terima kasih kerana sentiasa membantu anakanda...
Terima kasih sangat-sangat...
Anakanda tahu ucapan terima kasih belum mampu untuk membalas jasa bonda & ayahanda...

Bonda...
Sempena hari lahir bonda ini, anakanda ada hadiah istimewa yang anakanda pernah janjikan dahulu...
Anakanda sudah bergelar guru sekarang...
Gaji pertama pun dah masuk...
Cuma belum dapat keluarkan lagi...
InsyaAllah 2-3 hari lagi dapatlah anakanda keluarkan duit...
Bonda tunggu la hadiah tu k...
Hehe...

Bonda & ayahanda...
Anakanda juga nak ucapkan
Selamat Ulangtahun Perkahwinan
Yg Ke-36....
Semoga kebahagiaan bonda & ayahanda akan berkekalan hingga akhir hayat..

Sekian dulu daripada anakanda yg berada jauh diperantauan...

Salam kerinduan & salam sayang daripada anakanda..

Wslm...

~~~...Nak upload gambar bonda, tapi internet slow..Huhu....~~~

2 comments:

Ms. Dyla Qistina said...

selamat hari lahir kepada bonda poet, selamat ulang tahun perkahwinan juga.. :)

Seorang anak bangsa berjiwa pejuang terlahir kerana bonda ayahanda seperti anda..

terima kasih dan Allah bless you always :)

cayok2 poet!

ciK LyndaWawa igUana said...

selamat hari jadi mak to be..huuhu

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker