Sahabat@Dusun Bayu

Thursday, June 26, 2008

1 PINGAT EMAS OLIMPIK = RM 1 JUTA?

Assalammualaikum w.t.b. dan salam sejahtera…

Lebih kurang 3 bulan lagi akan bermulanya arena sukan paling besar di dunia iaitu Sukan Olimpik 2008. Edisi Olimpik 2008 pada kali akan berlangsung di sebuah Negara Asia yang terkenal dengan kepadatan penduduknya iaitu di Beijing China. Sudah pasti semua atlet yang akan bertanding pada temasya kali ini telah bersedia untuk memecahkan rekod dunia dan seterusnya mengharumkan nama negara mereka. Tidak terkecuali dengan negara kita sendiri iaitu Malaysia. Malaysia akan menghantar 33 orang atlet untuk menyertai 10 acara sukan seperti memanah, olahraga, badminton, berbasikal, renang, gimnastik, wushu dan lain-lain.

Atlet-atlet yang mewakili negara kita ini pastinya akan berjuang dengan sepenuh tenaga mereka untuk membawa pulang pingat sukan olimpik yang sangat diharapkan. Pada 24 Jun 2008 yang lepas satu berita baik untuk para atlet olimpik negara telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Berita baik yang dimaksudkan ialah insentif yang akan diberikan kepada atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat emas olimpik di Bejing nanti. Ganjaran RM 1 JUTA untuk SEBUTIR PINGAT EMAS OLIMPIK sudah pastinya akan membakar semangat atlet negara untuk bersaing dengan atlet dari negara lain untuk mendapatkan pingat emas dalam acara sukan yang disertai mereka. Ganjaran ini juga akan menjadi pendorong untuk atlet negara kita mengharumkan nama negara Malaysia ini.


Selain insentif RM 1 juta itu, atlet-atlet yang memenangi pingat perak dan gangsa akan mendapat RM 300, 000 dan RM100, 000 setiap seorang. Bagi pasukan yang memenangi pingat emas, setiap pemain akan meneima insentif minimum RM150, 000. Pencen bulanan yang akan diterima oleh pemenang pingat sukan olimpik juga dinaikkan daripada RM3000 kepada RM5000 bagi pemenang pingat emas. Bagi pemenang pingat perak pula dinaikkan daripada RM1500 kepada RM3000 dan RM2000 bagi pemenang pingat gangsa (sebelum ini RM1000).

Namun bergitu, timbul juga persoalan sama ada wajar atau tidak ganjaran RM 1 juta untuk satu pingat emas yang akan diberikan kepada atlit negara yang berjaya membawa pulang pingat emas olimpik 2008 nanti. Ada yang berpendapat bahawa ganjaran RM 1 juta untuk satu pingat emas tersebut sangat terlampau dan tidak kena pada tempatnya. Ada juga mengatakan bahawa ganjaran yang besar seperti itu lebih elok disalurkan ke tempat-tempat yang lebih memerlukan seperti anak-anak yatim, orang-orang miskin dan sebagainya. Tambahan pula kos hidup yang semakin meningkat sudah pastinya akan menjadikan hidup mereka bertambah susah. Justeru, banyak pihak yang tidak berapa setuju dengan ganjaran yang dijanjikan tersebut.

Tidak salah sekiranya hendak memberikan insentif yang lumayan kepada atlet yang berjaya memenangi pingat sukan olimpik. Tetapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya.

Memang tidak dinafikan ganjaran tersebut sangat lumayan. Hal ini kerana sekiranya atlit negara berjaya membawa pulang pingat emas olimpik 2008, maka mereka akan bergelar jutawan dalam sekelip mata. Harapan saya agar atlit negara yang akan ke Beijing nanti berjuang bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negara di persada dunia dan bukan semata-mata untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka. Akhir sekali, majulah sukan untuk negara.


wang berbilion-bilion tidak mampu membeli secebis maruah...

Tuesday, June 24, 2008

SESI BAHARU(2008/2009) DAH TIBA...BERSEDIALAH...

Salam...

Sudah agak lama jugak aku x update blog ni. Maklumlah cuti pjg. duk kat rumah plak 2. nak g cc pun kurang rajin.bkn malas k...hehe... Lbh kurang 2 minggu lagi dah nak stat sem baru. Bagi sape2 yg tgh seronok bercuti 2, bsedia la k.tmsk la aku ni.hehe... Bdk2 junior x lama lagi nak msk dah kat kolej. Yg senior 2, mcm biasa la. get ready utk smbt bdk junior.

Kpd semua pembantu universiti, jalankan amanah dgn baik k. pastikan kolej canselor sentiasa mjd kolej contoh dan kolej yg terbaik semasa pendaftaran pelajar baharu. So, PU kne la bsedia gak k... x ckp tdo la korang nanti. Pengganti aku sbg fasi disiplin, kne la mula ambik feel dr skrg. baru la menjadi nanti...

Selamat menjalankan tugas kpd pembantu universiti semua... dan kepada pelajar2 baharu yg akan msk, Tahniah diucapkan... Jumpa nanti k...

ok la, nanti la aku update lagi blog ni.. byk entri br sbnrnye. cuma sempat nak mskkan.hehe..


Monday, April 14, 2008

MUSLIM BOLEH MINUM ARAK?

Salam...

Semasa aku tgh stdy kat PKP td, tiba-tiba rasa bosan menegur aku... Aku pun ape lagi, layan la bosan 2... Brenti stdy jap, dan aku ternmpk Utusan Malaysia yg bertarikh 11 April 2008(Jumaat). Aku pun belek2 la Utusan Malaysia 2... Sampai je kat berita dunia, aku agak terkejut ckit la dgn satu tajuk berita 2... Tajuknye " Muslim boleh minum arak?". Kalau ade yg x baca lagi berita 2, kat bwh ni ade aku tulis balik... Lps hbs baca, sama2 la kita bincangkan isu ni k...

Muslim boleh minum arak?
DOHA, Qatar 10 April - Ulama terkenal, Dr. Yusuf al-Qaradawi hari ini mengeluarkan fatwa yang membenarkan alkohol menjadi minuman kepada umat Islam dengan hanya bersyaratkan, mesti dalam jumlah yang kecil.
Fatwa tersebut disiarkan kelmarin dalam akhbar Al Arab yang menyebut ulama kelahiran Mesir itu membenarkan alkohol atau arak diminum dengan jumlah yang sedikit terutama yang dihasilkan melalui penapaian asli dan ia didapati tidak melanggar ajaran Islam.
"Kehadiran arak dalam lingkungan 0.5 peratus tidak menjadi larangan kerana ia terlalu minimum dari aspek kuantiti, lebih-lebih lagi jika dihasilkan melalui penapaian asli.
"Jadi, tidak salah untuk kita menggunakannya termasuklah untuk diminum, " kata Yusuf.
Fatwanya ini dijangka menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam itu sendiri.
"Fatwa terbaru al-Qaradawi ini boleh menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam," kata Editor akhbar Ash-Sharq, Abdullatif al-Mahmud.
Namun ketika dihubungi oleh agensi berita AFP, Yusuf berkata, kebenaran ini menimbulkan kontroversi kerana orang ramai tidak difahami perkara ini secara betul dan tepat.
-AFP

Dah baca kn? Mcm mana? Ape pendapat kwn2... Ulama yg terkenal yg ckp 2... Bkn calang2 org plak 2...hmmm...Mesti byk kekeliruan yg akan berlaku. Benda yg haram boleh jd halal plak.. Kalau ade sebarang cadangan atau pendapat, bagi la k.. Aku amat mengalu-alukan...

"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."

Saturday, April 12, 2008

SELAMAT HARI LAHIR ARIQ AIMAN...

Salam...


Pada 12 April 2007, lahirlah seorang lagi ahli keluarga aku yg baru. Seorg putera yg telah diberi nama Ariq Aiman selamat dilahirkan di Hospital Umum Sarawak. Ariq Aiman adalah anak ketiga hasil perkongsian hidup abang dan akak ipar aku. Dua org lagi anak diorg ialah Ariq Haikal dan Zetty Natasha. Waktu 2, aku xde kat sana semasa Ariq Aiman yg aku panggil Aiman dilahirkan. Aku hanya dimaklumkan oleh mak aku setelah Aiman selamat dilahirkan. 1st time aku jumpa dgn Aiman ketika dia baru saja berusia sebulan. Tekejut gak aku tgk Aiman. Baru je berusia sebulan. Tapi, saiz bdnnya x mcm bayi yg berusia sebulan. Aku tgk mcm bayi 2-3bulan. Mak aku ckp, masa Aiman lahir, berat dia 2.9kg... Ptt la bdn Aiman bsr je...


Ariq Aiman ketika berusia sebulan


Aiman yg comel



Masa aku balik raya thn lps, aku tkjt lagi tgk Aiman. Umur dia baru je 5 bulan. Tapi, bdnnya x mcm bdk umur 5 bulan. Aku ckp kat mak aku nape bdn Aiman cpt sgt bsr. Mak aku ckp, Aiman kuat mkn n kuat menyusu. Lps 2, mak aku sindir aku "siklah mcm Pak Mok nya ya sik juak gemok2...kurus kerin jak..."(x la mcm Pak Mok nye 2 x gak gemok2...kurus kering je...) Tersentap aku masa 2... Aku ckp la kat mak aku "ney lah gaya mak, dah bdn mcm tok..." (nak buat cmne mak, dah bdn mcm ni...)

Aiman ketika berusia 5 bulan


Hari ni 12 April 2008, genap la setahun usia Aiman. x sabar nak jumpe dia. Mak aku ckp, Aiman dah pandai bjalan. Siap dah pandai belari lagi...hehe... Td aku call mak aku, diorg tgh smbt birthday Aiman. Sdh gak aku xde ngn diorg. huhu...


Ariq Haikal & Zetty Natasha


Ariq Haikal & Zetty dah bsr dah skrg... Rindu sgt kat diorg ni... x sabar nak jumpe... Ape2 pun aku nak ucap smoga Aiman pjg umur, dimurahkan rezeki n dgr ckp mak ayah k...

AKU MASIH WANDY YANG DULU...

Salam...
Beberapa hari yg lepas aku dapat satu mesej dari sahabat aku. Mesej 2 mcm ni:
"1 hr CINTA & SAHABAT btemu d pertengahan jln. Knp muram wahai SHBT? Tnya CINTA. Aku muram kerana 'dia' semakin jauh dariku stlh mengenalimu... CINTA tersenyum & berkata-bnr 'dia' smakin dekat dgnku tapi 'dia' x prnh sdetik mlupakanmu malah mengakui yg 'dia' menyayangimu lbh drpdku & xkn prnh bpisah dgnmu... FRENSHIP ARE 4EVER"
Sahabat aku 2 pernah ckp yg dia sgt kecewa kat aku. Dia ckp gak yg aku dah berubah. X mcm dulu. Dia ckp, dulu aku bsemangat, ceria je, slalu hepi, x muram mcm skrg. Sbnrnye aku xprnh pun berubah. Mungkin dia je yg rasa aku berubah. Tpi x berubah sbnrnye. Cuma aku bkn lagi MTM. Dan sekarang aku bergelar Mantan MTM...hehe... skrg aku x la bz mcm dulu. Kalau dulu aku byk hbskan masa kat bilik MTM n bilik penerbitan. Skrg ni, duk memerap kat bilik sendiri je la. Lagi pun aku nak brehat je skrg. Setahun jd MTM agak memenatkan bagi aku. Apatah lagi sbg Exco Editorial & komunikasi yg leh dikatakan agak bsr tanggungjwb yg dipegang. Kene siapkan Persada Canselor lagi. Harap2, pengganti aku tahan la dgn semua 2. hehe...
Sekarang sahabat2 aku ramai jd MTM...dah ade tanggungjawab lain. Tanggungjwb yg bsr sbg pemimpin di Kolej Canselor. Lps ni, korang pulak la yg slalu bz. Ingat ye wahai sahabat, aku x pernah berubah. Aku masih wandy yg korg knl dulu. Cuma skrg aku mengalami sedikit kesulitan dan alhamdullilah, kesulitan 2 aku dah hadapinye dgn hati yg terbuke. Lps ni, kalau nak mkn sama ajak je la k. Jgn pk yg bkn2 lagi. Lagi pun, sronok mkn ramai2.. btl x? hehehe...
Tapi aku sdh gak dgn sorg lagi sahabat kta yg tgh hangat dilamun cinta. x salah diorg bcinta. Tapi x kan la nak mkn dgn kita pun diorg x nak. Kalau yg sorg 2 join skali, tapi yg sorg lagi x nak, xkan la yg sorg 2 x nak gak... Tapi kalau yg sorg 2 join, yg sorg 2 jeles plak... huhu... agak2 la. x kan dgn kwn sendiri pon nak jeles... Tapi 2 la penangan cinta... sampai dgn kwn sendiri pun nak jeles. ktorg x rampas la awek lu...huahuahua... lagi satu, kalau merajuk, jgn susahkan org lain k wahai sahabat yg berkenaan.
Mcm2 kerenah sahabat2 aku ni... Rindu pulak kat sahabat2 aku yg lain. skrg masing2 dah ade keje masing2... Ade yg kat UM, UKM, UiTM, USM, UPSI, UTM, UUM, UDM, UNIMAS, UMS... pendek kata kat semua universiti kat Malaysia ni diorg blaja... Rindu nak jumpe balik. Cuti ni ktorg dah ade plan nak wat reunion..aku la yg kne jd mastermindnye... Hrp2 dpt la kumpul ramai2 lagi... Sblm ni aku je yg xde masa diorg kumpul... Tapi tahun ni aku ade... hehehe... Miss u all my frenz...
Sahabat2, mcm mane dgn program kta 2 eh? Jd x nak wat trip jelajah pulau... xdpt g pulau, g pantai PD pun jd la...asalkan kta hepi je. xpe la mmbr lain x nak join. kta je la yg g. Lagi pun pyh kalau paksa diorg g... kesempatan ni gak, aku nak mntk maaf kat sahabat2 sbb x naik jd mtm lagi... ade sbbnye aku x naik lagi... jgn risau, aku akan tolong n support korg... aku sentiasa ade dgn korg... korgkna sahabat aku... jgn risau k... selamat menjalankan tugas kpd shbt2 mtm aku. jadilah pemimpin yang bertanggungjwb n baik... "Jgn terbang terlalu tinggi, biar terbang rendah... kalau jatuh x la sakit"... JOM MAIN TERBANG2...Kate Qamarul kpd Wandy... huahuahua...
"Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain".

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker