Sahabat@Dusun Bayu

Showing posts with label Hindustan. Show all posts
Showing posts with label Hindustan. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

BAGHBAN: Cerita Yang Membuat Aku Terharu

Salam...

Berjumpa lagi kita sahabat-sahabat blogger yg disayangi...

Petang semalam saya tengok cerita hindustan...
Memang susah saya nak tegok cerita hindustan sebenarnya...
Bukan minat pun nak tengok cerita mcm tu...
Biasanya cerita hindustan ni penuh dengan dunia fantasi...
Angan-angan...
Khayalan...
Dan lagunya yg banyak...
Hehe...

Tapi, cerita yang saya tengok semalam sangat memberi makna dalam diri saya...
Baghban tajuknya...
Sangat berbeza dengan cerita-cerita hindustan yang lain...
Cerita ini tiada unsur khayalan mahu pun fantasi...
Tetapi, cerita ini lebih kepada kekeluargaan...
Dunia realiti...
Yang sangat dekat dengan masyarakat kita masa kini...

Cerita itu juga banyak menggunakan bahasa-bahasa yang indah-indah
dan sangat memberi kesan yg sangat mendalam kepada penoton termasuk saya...
Hehe...

"Bukan senang hendak membuatkan penonton rasa terharu & hiba apabila menonton sesebuah cerita... Tidak kira sama ada dalam keadaan sedih atau gembira... Kerana apabila rasa terharu & hiba itu digabungjalinkan oleh mainan jalan cerita & bahasa yang indah, maka sangat berkesanlah sesebuah cerita tersebut..."

Inilah poster cerita tersebut...

Antara dialog atau ayat yg sangat membuat saya terkesan ialah...

"Jangan sentiasa mengharapkan sesuatu... Kerana apabila yang diharapkan itu tidak kesampaian, kita akan berasa sangat sakit..."

"Ibu & bapa sanggup menghabiskan wang walau sesen pun semata-mata mahu menggembirakan anak mereka... Sehingga mereka terpaksa melupakan keinginan mereka sendiri..."

"Anak-anak lebih nampak isteri/suami mereka menangis... Daripada melihat ibu atau bapa mereka menangis..."

Itu adalah antara dialog atau ayat dalam cerita tersebut yang sangat membuatkan saya terkesan... Banyak lagi sebenarnya dialog atau ayat yang membuatkan saya terkesan.. Pendek kata sepanjang cerita tersebut...
Hehe...

"Seseorang penulis atau sasterawan yang menulis novel melalui daya imaginasinya tidak dapat menandingi hasil tulisan seseorang yang menulis melalui perasaan dan isi hatinya..."

Siapa setuju angkat tangan...?
Hehe...

Baiklah.. Sekian dulu...

Terima kasih kerana sudi membaca...

~~~...Beberapa hari sahaja lagi... Huhu...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker