Sahabat@Dusun Bayu

Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

BAGHBAN: Cerita Yang Membuat Aku Terharu

Salam...

Berjumpa lagi kita sahabat-sahabat blogger yg disayangi...

Petang semalam saya tengok cerita hindustan...
Memang susah saya nak tegok cerita hindustan sebenarnya...
Bukan minat pun nak tengok cerita mcm tu...
Biasanya cerita hindustan ni penuh dengan dunia fantasi...
Angan-angan...
Khayalan...
Dan lagunya yg banyak...
Hehe...

Tapi, cerita yang saya tengok semalam sangat memberi makna dalam diri saya...
Baghban tajuknya...
Sangat berbeza dengan cerita-cerita hindustan yang lain...
Cerita ini tiada unsur khayalan mahu pun fantasi...
Tetapi, cerita ini lebih kepada kekeluargaan...
Dunia realiti...
Yang sangat dekat dengan masyarakat kita masa kini...

Cerita itu juga banyak menggunakan bahasa-bahasa yang indah-indah
dan sangat memberi kesan yg sangat mendalam kepada penoton termasuk saya...
Hehe...

"Bukan senang hendak membuatkan penonton rasa terharu & hiba apabila menonton sesebuah cerita... Tidak kira sama ada dalam keadaan sedih atau gembira... Kerana apabila rasa terharu & hiba itu digabungjalinkan oleh mainan jalan cerita & bahasa yang indah, maka sangat berkesanlah sesebuah cerita tersebut..."

Inilah poster cerita tersebut...

Antara dialog atau ayat yg sangat membuat saya terkesan ialah...

"Jangan sentiasa mengharapkan sesuatu... Kerana apabila yang diharapkan itu tidak kesampaian, kita akan berasa sangat sakit..."

"Ibu & bapa sanggup menghabiskan wang walau sesen pun semata-mata mahu menggembirakan anak mereka... Sehingga mereka terpaksa melupakan keinginan mereka sendiri..."

"Anak-anak lebih nampak isteri/suami mereka menangis... Daripada melihat ibu atau bapa mereka menangis..."

Itu adalah antara dialog atau ayat dalam cerita tersebut yang sangat membuatkan saya terkesan... Banyak lagi sebenarnya dialog atau ayat yang membuatkan saya terkesan.. Pendek kata sepanjang cerita tersebut...
Hehe...

"Seseorang penulis atau sasterawan yang menulis novel melalui daya imaginasinya tidak dapat menandingi hasil tulisan seseorang yang menulis melalui perasaan dan isi hatinya..."

Siapa setuju angkat tangan...?
Hehe...

Baiklah.. Sekian dulu...

Terima kasih kerana sudi membaca...

~~~...Beberapa hari sahaja lagi... Huhu...~~~

Thursday, October 7, 2010

Minggu Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kali Ke-34

Salam...

Sahabat-sahabat blogger Poet Dusun Bayu apa khabar?
Semoga sihat-sihat sahaja hendaknya k...

Minggu ini & minggu depan, kebanyakan entri Poet Dusun Bayu akan tertumpu kepada
Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kali Ke-34...

Hari ini saya dan sahabat-sahabat saya menghadiri majlis raptai penuh majlis berkenaan...
Dapatlah berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan...
Hehe...

Selepas itu, kami semua bergambar sakan di fakulti kami iaitu Fakulti Pengajian Pendidikan...
Dah puas bergambar di situ, kami semua bergambar pula di ladang UPM...
Kalau anda semua nak tahu, ladang UPM ini sering menjadi lokasi pengambaran filem...
Antaranya filem Lagenda Budak Setan & Magika...

Ladang UPM ini memang cantik...
Hehe...

Akhirnya dapat juga kami menjejakkan kaki kami ke ladang UPM ni...

Posing istimewa untuk sahabat-sahabat blogger Poet Dusun Bayu...
Hehe...
 
Kami semua gembira sangat masa bergambar sakan tadi...
Malam ini ada bbq pula...
Harap-harap ramai la yg join...

Untuk entri-entri yg seterusnya, Poet Dusun Bayu akan banyak masukkan gambar...
Nanti saya akan upload gambar lagi k...
Masih dalam proses suntingan...
Hehe...

Esok, mak dan ayah saya akan sampai ke sini...
Semoga mereka selamat sampai...
Amin...

Adios...

~~~...Bestnya bergambar bersama-sama sahabat seperjuangan yg sama-sama berjuang selama 4 tahun di UPM...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker