Sahabat@Dusun Bayu

Saturday, November 8, 2008

PPSMI: Sejauhmana keberkesanannya?

Salam…


Agak lama aku menyepi daripada melayan blog aku ini. Memang agak sibuk dengan tugas sebagai seorang pelajar dan pemimpin pelajar di kolej menjadi salah satu sebab blog aku ini bersawang selama sebulan. Pelbagai perkara dan peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut dan aku hanya mampu mendengar cerita daripada kawan-kawan dan melalui surat khabar yang aku sempat baca.


Dan akhirnya terbitlah entri ini daripada respon mengenai isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Seperti yang kita semua ketahui, keputusan UPSR 2008 akan diumumkan pada 13 November ini. Keputusan UPSR inilah yang akan menjadi penanda aras kepada hala tuju PPSMI yang telah menjadi isu hangat sejak pelaksanaannya pada tahun 2003. Adakah PPSMI ini perlu diteruskan atau sebaliknya? Adakah pelaksanaan PPSMI ini berjaya atau sebaliknya? Adakah objektif pelaksanaan PPSMI ini tercapai? Semua persoalan tersebut akan terjawab setelah keputusan UPSR 2008 diumumkan nanti. Dan harapan aku sebagai salah seorang warganegara Malaysia yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI ini agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tulus dan jujur mengeluarkan analisis mengenai pencapaian pelaksanaan PPSMI tersebut dan tidak ada kepentingan individu.


Keputusan UPSR 13 November

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 13 November ini iaitu sehari sebelum cuti sekolah bermula.


Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pencapaian UPSR itu nanti akan menjadi penanda aras kepada hala tuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


"Keputusan akan diumumkan minggu depan dan diharapkan pencapaian akan menunjukkan peningkatan yang positif.


"Kita juga pada masa yang sama akan mengukur pencapaian UPSR 2008 sebagaimana yang dimaklumkan sebagai penanda aras," katanya selepas merasmikan mesyuarat bulanan Kementerian Pelajaran di sini semalam.


Bagi tahun ini seramai 518,616 calon akan menduduki peperiksaan membabitkan 8,171 buah sekolah.


(Sumber: Kosmo/8 November 2008)


Memartabatkan Bahasa Melayu adalah agenda yang lebih penting dan bukannya memartabatkan Bahasa Inggeris. Tidak salah sekiranya kita ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Tetapi, janganlah disebabkan persaingan global yang semakin rancak ini dan memerlukan kita menguasai Bahasa Inggeris, bahasa kita di anaktirikan.


Mantapkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah dan bukanlah mengajarkan mata pelajaran sains dan matametik dalam Bahasa Inggeris. Itu lebih baik. Sekiranya kita tidak memartabatkan Bahasa Melayu di persada dunia, siapakah lagi yang akan memartabatkannya. Negara Jepun boleh menjadi contoh kepada kita. Mereka sangat mementingkan bahasa mereka dan Negara mereka juga sangat maju.


Baru-baru ini, timbul isu papan tanda jalan di Pulau Pinang yang menggunakan pelbagai bahasa. Barulah ada orang kita yang sedar bahawa bahasa kita semakin diperlekehkan. Barulah orang kita sedar bahawa Perkara 152 dan 153 perlembagaan Malaysia telah dicemari. Barulah orang kita hebat berdebat mempertahankan maruah bahasa dan diri sendiri. Salah siapa?


Masih sempat lagi kalau kita mahu mengubah sesuatu yang telah dilaksanakan sebelum menjadi lebih parah. Apa-apa keputusan, mestilah mengambil kira pandangan orang lain dan bukannya keputusan individu untuk kepentingan diri masing-masing.


Kepada semua orang kita, saya perlukan respon anda mengenai isu ini. Bersama-samalah kita memartabatkan bahasa kita.


“Hidup Bahasa Melayu….Hidup Bangsa Melayu…”

Wednesday, September 24, 2008

Aku Balik Kuching Hari Ini...

Salam...
Hari ni aku akan balik ke kampung halaman di Kuching, Sarawak...
Kepada sahabat-sahabat
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
diucapkan...
Seandainya ada silap dan salah haraplah diampunkan...
Aku harap sangat nak berjumpa dgn seseorang yg istimewa tu...
huhuhu....
Tapi macam x sempat je nak jumpe...
Semoga si dia jaga diri baik-baik...
Dan gembira selalu...
Selamat bercuti kepada sahabat-sahabatku...
Jumpa lagi nanti...
Kadang-kadang kita tidak sedar yg kita tipu diri kita sendiri... Aku pun tipu diri aku sendiri jugak sebenarnya...huhu... Serius... Aku memang rindukan dia...huhu...

Sunday, September 21, 2008

Bila Sunyi Itu Datang II...

BILA SUNYI ITU DATANG II

Tak pernah terfikir pun
aku masih cintakanmu...

Kau temankanlah aku
setelah sekian lama
kau masih dalam hatiku...

Walaupun dah lama berlalu
walaupun kau jauh dariku...

Kau masih dalam hatiku...

Bila sunyi itu datang...ku harap kau datang... Semoga semua kembali tenang...

Bila Sunyi Itu Datang I...

BILA SUNYI ITU DATANG I

Bilaku pejamkan mata
ku cuba tuk terangkan semua
Kau yg jauh dariku
tak mampu tuk ku dekati...

Tak berani nak cakap
yg aku masih cintakanmu...

Tak berani nak cakap
yg aku masih menunggumu...

Sejuta kata... maaf terasa... kerna aku insan biasa...

Friday, September 19, 2008

Pesta Tanglung Di Kolej Canselor

Salam...

Semalam 18 September 2008, Pesta Tanglung telah diadakan. Program kali ini agak meriah berbanding tahun lepas. Sbbnye tahun lepas aku x dpt join sbb g Port Dickson ade program BHEP UPM. Enjoy sakan kat sana..hehe... Boleh dikatakan seperti Hari Keluarga UPM. Tapi sayangnye buat waktu bulan puasa.(Ade je yang mandi sakan masa siang 2...termasuk la aku...hehe). berbalik semula degan Pesta Tanglung semalam. Bagi aku pesta ini sememangnye menarik. Secara tidak langsung kita dapat mengenali budaya masyarakat cina. Di samping itu, penyertaan daripada warga kolej yg pelbagai kaum juga telah menjadikan pesta ini lebih meriah.

Aku sempat juga menyertai perarakkan membawa tanglung yang sebelum ini aku x pernah pun sertai. Pelajar asing yang kebetulan ada semasa program ini berlangsung juga tidak ketinggalan untuk menyertai perarakkan membawa tanglung yang diadakan.


Sempat bergambar dengan pengerusi majlis Pesta Tanglung 2008.


Tanglung yang aku bawa.

Program ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kaum yang berlainan. Sesuai dengan objektif program ini diadakan. Jadi, harapnye lepas ni pelajar-pelajar cina join la pulak program kolej yang akan dianjurkan. Semoga perpaduan antara kaum akan terus terjalin dan kaum lain memahami adat dan tradisi kaum masing-masing.

Hari ini pun belum dapat jumpe si dia... Tinggal beberapa hari je lagi...huhu...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker