Sahabat@Dusun Bayu

Monday, April 14, 2008

MUSLIM BOLEH MINUM ARAK?

Salam...

Semasa aku tgh stdy kat PKP td, tiba-tiba rasa bosan menegur aku... Aku pun ape lagi, layan la bosan 2... Brenti stdy jap, dan aku ternmpk Utusan Malaysia yg bertarikh 11 April 2008(Jumaat). Aku pun belek2 la Utusan Malaysia 2... Sampai je kat berita dunia, aku agak terkejut ckit la dgn satu tajuk berita 2... Tajuknye " Muslim boleh minum arak?". Kalau ade yg x baca lagi berita 2, kat bwh ni ade aku tulis balik... Lps hbs baca, sama2 la kita bincangkan isu ni k...

Muslim boleh minum arak?
DOHA, Qatar 10 April - Ulama terkenal, Dr. Yusuf al-Qaradawi hari ini mengeluarkan fatwa yang membenarkan alkohol menjadi minuman kepada umat Islam dengan hanya bersyaratkan, mesti dalam jumlah yang kecil.
Fatwa tersebut disiarkan kelmarin dalam akhbar Al Arab yang menyebut ulama kelahiran Mesir itu membenarkan alkohol atau arak diminum dengan jumlah yang sedikit terutama yang dihasilkan melalui penapaian asli dan ia didapati tidak melanggar ajaran Islam.
"Kehadiran arak dalam lingkungan 0.5 peratus tidak menjadi larangan kerana ia terlalu minimum dari aspek kuantiti, lebih-lebih lagi jika dihasilkan melalui penapaian asli.
"Jadi, tidak salah untuk kita menggunakannya termasuklah untuk diminum, " kata Yusuf.
Fatwanya ini dijangka menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam itu sendiri.
"Fatwa terbaru al-Qaradawi ini boleh menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam," kata Editor akhbar Ash-Sharq, Abdullatif al-Mahmud.
Namun ketika dihubungi oleh agensi berita AFP, Yusuf berkata, kebenaran ini menimbulkan kontroversi kerana orang ramai tidak difahami perkara ini secara betul dan tepat.
-AFP

Dah baca kn? Mcm mana? Ape pendapat kwn2... Ulama yg terkenal yg ckp 2... Bkn calang2 org plak 2...hmmm...Mesti byk kekeliruan yg akan berlaku. Benda yg haram boleh jd halal plak.. Kalau ade sebarang cadangan atau pendapat, bagi la k.. Aku amat mengalu-alukan...

"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."

7 comments:

QaryA ciptA said...

Ape ke hal pulak dengan tapai, budu, pekasam, etc???

amna said...

itulah tandanya kita dah berada di akhir zaman. benda haram blh jd & benda halal menjadi haram.sama ada menjadi kontroversi atau tidak sebagai muslim jdlah muslim yang sejati bukan hanya pada nama. dulu tak minum arak pon takde masalah kan?so fikir-fikirkanlah....(sedap sangat ke?)yang pasti aku tak suka tapai, budu, cencalok,perkasam, tempoyak,tepe dan seangkatan dengannyer..ko sukerrr??

Anonymous said...

Itu masalah khilafiah ilmu...
Tidak tidak boleh buat kesimpulan yang mudah...
Nabi tinggalkan umat dua perkara:
1. Al Quran
2. Sunnah

Ulama tetap ulama... perlu kita menunggu jawapan muzakarah ilmu yang hangat ini.. kerana kata putus ulama sedunia x ada lagi... mungkin ada penerangan lain... sabar...menanti jawapan....

Anonymous said...

Hadith : “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya,
(3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya,(8)yg mkn harganye 9-yg membeli
10-yg meminte dibelikannye.....riwayat tarmizi n ibn majah

Hadith Nabi SAW : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak,
maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih
mempunyai arak walaupun sedikit,
jangan minum dan jangan menjualnya.” (Riwayat Muslim)

kena kaji ape yg Prof Yusof Qardhawi cakap. Ade maksud sebenarnya yang dia ingin terangkan. sila bukan laman web beliau untuk keterangan lanjut.

Anonymous said...

Salam Wandy,

1)Buatlah chatbox kat sini

2)Tahniah untuk Irham.Moga tak gila kuasa.Hahaha!

3) Baru dapat email tentang Ribena yg diragui ada 0.1 persen jumlah arak.Akak punyalah suka minum Ribena tu.Sekarang ni dah jadi was-was.Kalau betul ada arak,isyhhh...nauzubillah!Patutlah 'weng' semacam je bila minum tu!

Azwandy Bin Muhamad said...

2 la kan kak Rai...sy pn suka gak minum air Ribena 2...huhu

Anonymous said...

ape laa..mmg dh terang dan jelas arak tu haram.. walau kte mnum cuma stitik skalipun, hakikatnya kte mnum jgak..ckit atau byk bkn persoalan, tapi yang jelas arak tu haram..dah tertulis dalam al-quran arak tu haram..nape la ade jgak manusia yang nk menghalalkan..

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker